Thursday, December 15, 2011

ALHAMDULILLAH




15.12.2002 ~ 15/12/2011


SYUKUR KE HADRATMU YA ALLAH




Tuesday, December 6, 2011

WAHAI HATI TENANGLAH...

Wahai hati tenanglah......
Janganlah gundah gulana
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Wahai air mata....
Cukuplah tangismu
Cukuplah esakmu

Moga hari mendatang lebih membahagiakan
Moga hari mendatang lebih menceriakan
Moga hari mendatang lebih mematangkan....

Wahai hati tenanglah, tabahlah, redhalah....


ALLAH HU ALLAH

Monday, December 5, 2011

PUASKAH ~ WALI BAND

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hooo.... sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakkan ku
Setelah kau dapatkan ku

Mungkin hanya bila ku mati
Kau ' kan berhenti' tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Huuuu huuuu huuuuu

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

Mungkin hanya bila ku mati
Kau 'kan berhenti 'tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Mungkin hanya bila ku mati
Kau 'kan berhenti 'tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai



hati tersentuh apabila menghayati bait- bait lagu ini

Wednesday, November 30, 2011

KAEDAH DIDIK ANAK

Pendahuluan
Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak
Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

Ketika Anak Dalam Kandungan
Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya

Setelah Anak Dilahirkan
Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"(Riwayat Abu Daud dan Termizi)Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".(Riwayat Bukhari dan Muslim)Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun.
Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya. 3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Kesimpulan
Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

dipetik dari sini

SAHABAT LAMA

Tadi sahabat lama ummi call.Dulu semasa di kolej kami sebilik.Rafidah namanya.Ummi panggei kak fidah.Cantik dan kecik molek orangnya.Kak Fidah ni lah yang selalunya ditugaskan untuk mengejutkan kami bertiga.Ummi, Salina dan arwah Sue..
Rindunya zaman dulu....zaman study..zaman berhijrah dari Penang ke Beranang, Selangor.Rindunyaaaaaaaaaaa........
Kak fidah masih berpantang selepas melahirkan anak ke limanya.Cepatnya masa berlalu terasa ummi dan keluarga baru sahaja melawatnya yang berpantang anak ke empat.Sekarang anaknya telah pun berusia tiga tahun.Betapa pantasnya masa berlalu meninggalkan kita.Kak Fidah bakal berpindah ke rumah barunya tak lama lagi.Seronok mendengar kawan- kawan berjaya.....Terdetik juga rasa cemburu di hati ini.... huhuhuhuhuu ampunkan ummi Ya Allah.Moga ummi menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan anugerah dan nikmatMu.
Rindunya ummi pada Kak Fidah.Teringin sangat nak menziarahi dia dan keluarga.Kak Fidah ni sangat berlemah lembut dan berhemah dalam tutur katanya.Moga ummi dan keluarga dapat melawat Kak Fidah di Sungai Petani suatu hari nanti....

SYUKUR YA ALLAH

Thursday, November 24, 2011

BERKHATAN ~ 19 NOVEMBER 2011

Alhamdulillah pada 19hb November 2011, kedua- dua anak bujang ummi telah selamat berkhatan.Ummi mengambil cuti pada 21 dan 22hb November untuk menjaga mereka.Tetapi ummi bukanlah ummi yang terbaik kerana ummi asyik bertukar watak


@


@@


@@@


@@@@


@@@@@


@@@@


@@@


@@


@


NAGA + SINGA




Bilalah agaknya ummi ni nak jadi seorang yang penyabar?????

Thursday, November 17, 2011

MALUNYA UMMI......

Kisah kali ni berlaku semalam sewaktu ummi dalam perjalanan pulang dari pejabat.Ummi ni semenjak dua menjak ni suka sangat memberi laluan kepada pemandu yang ingin melintas di laluan ummi.Ummi dah dekat dengan rumah, di hadapan sana kelihatan sebuah van sedang memberi signal untuk masuk.Di belakang van tersebut terdapat dua buah kenderaan ummi tak ingat dah kereta apa sebab dah termalu.Ummi pun dengan niat ikhlas memberikan laluan kepadanya terus menghentikan kereta dan mengangkat lampu tinggi.Tetapi ummi tengok van tersebut masih tidak bergerak.Dalam hati ummi dah mula mengatakan sombongnya pemandu van tersebut.Tengah ummi menunggu, pemandu van tersebut memberikan isyarat supaya ummi meneruskan perjalanan ummi.Masa ni ummi terus berkata dalam hati "kalau tak mahu masuk kenapa bagi signal?"Lantas ummi terfikir untuk melihat cermin pandang belakang...... sekali HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Padanlah pemandu van tersebut memberikan isyarat supaya ummi meneruskan perjalanan ummi..Di belakang ummi lengang tanpa sebuah pun kenderaan.Termalunya ummi.Ummi langsung tak pandang pemandu van tersebut semasa melepasi kenderaanya.Sehingga ke rumah ummi asyik tersenyum dan memikirkan kenapalah ummi tak melihat dulu keadaan di belakang ummi....
Apa pun ummi bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memberikan ummi keberanian untuk memandu walaupun masih memandu dalam keadaan berkaki ayam dan masih gagal untuk ke tempat yang ummi tak biasa.Ummi juga masih tidak pandai untuk masuk ke kotak parking dengan jayanya.Ada niat untuk berguru dengan nadia.Tak boleh berguru dengan bob dan hamiz sebabnya kedua adik2 ummi ni kalau bawa kereta asyik nak hon saja.
Apa pun ummi bersyukur atas semua yang ummi dapat.


SYUKUR YA ALLAH

Wednesday, November 9, 2011

2 KURSUS DALAM MASA SEHARI

Ummi berkursus di tingkat 24, KOMTAR.
Ummi baru sahaja naik kembali ke tingkat 24 selepas menapak turun ke bawah.
Penatnyaaaaaaaaaa

Ummi menghadiri 2 kursus serentak:

kursus open office base dan kursus....................................................................................


menapak turun 24 tingkat!!! ^_~

Dah pening dah tadi tuuuu.
Kawan- kawan dah laju ke bawah
Ada kakak2 yang pesan jangan tengok bawah.
Kalau tak tengok bawah, jawabnya ummi jadi buah nangka la tadi.
Ummi turun perlahan- lahan dan alhamdulillah di depan Ummi Allah kurniakan seorang lelaki yang baik hati.Dia akan tunggu sehingga ummi betul- betul berada di belakangnya.
Apa pun alhamdulillah ummi dapat merasa pengalaman menapak sebanyak 24 tingkat.Satu pengalaman yang rasanya tak akan ummi lupakan.


SYUKUR YA ALLAH

Wednesday, November 2, 2011

HATI BUSUK

Hari ni ummi sangat- sangat geram.
Ummi ni kalau terlalu geram atau marah memang akan menggigil dan akan menangis.
Sudah lama ummi tak rasa geram sehingga tahap sebegini.
Payah kalau kita berada dikalangan yang berhati busuk ni.
Ummi pun tak pasti sampai bila orang- orang ini akan berperangai sebegini.
Orang yang berhati busuk ni tak akan kemana- mana!!
Sampai bila - bila pun mereka akan tetap di takut yang sama.
GERAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM


orang yang sentiasa berhati busuk pasti jiwanya tidak tenang,tiada teman rapat dan dia tidak akan kemana-mana!!!Tahapnya hanya di satu takuk.


AMPUNKAN UMMI YA ALLAH.

Monday, October 31, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR

Inilah kejutan tersebut.sebenarnya tak berapa terkejut sebab dah nampak dalam peti sejuk kat pantry
Adik yang no 3.Tok siak gelaran untuk empunya diri.


Inilah kakak ummi tak panggei kakak pun sebab dia nampak lagi muda dari ummi



Yang ni pula adik no 2 dan no 1.Yang sorang suka mengacau dan yang sorang pantang dikacau.Kalau sorang takda sunyilah pejabat.



Jumaat 28.10.2011

Sungguh ummi tak sangka ada kejutan yang dilakukan oleh kakak dan adik- adik di pejabat.Di pejabat, ummi ada seorang kakak dan empat orang adik.Tapi dalam gambar di atas, adik yang bongsu tidak ada kerana dia yang mengambil gambar semasa kejadian tersebut
Apa pun terima kasih buat kakak dan adik- adik semua di atas ingatan.

SYUKUR YA ALLAH

Monday, October 24, 2011

RINDU SEORANG UMMI

Hari ni ummi ke pejabat seperti biasa setelah bercuti selama dua hari.Rindu sangat pada anak- anak.Awal pagi tadi anak dara ummi dah cakap dia malas nak ke sekolah.Lepas tu mulalah bagi alasan sakit tekak, nak demam dan macam- macam lagi.Yang ummi nak gelak sangat tu dia cakap malas nak ke sekolah.Boleh pula macam tu???Yang angah pun bila bangun bila tengok adeknya tak mandi lagi mulalah bagi alasan.Mata tak boleh nak buka pula jumaat tu dia dah dicutikan sebab matanya penuh bertahi mata dan merah.Ummi pujuk pun dah tak makan saman.Along dah siap ayah mandikan.Along ni sebenarnya tak berapa sihat, tapi pagi tadi tengok badan dia dah tak panas.Ummi dah bagi ubat demam siap- siap.Lepas ja ayah suami mandi,terus ayah cakap kalau tak siap ayah nak bagi rotan.Adek pun apa lagi terus londeh seluar dan baju pastu cakap "ummi, Inah nak pi sekolah."Adek bahasakan dirinya sebagai Inah (singkatan dari Sakinah).Bila adek dah bangun angah pun bangun juga, tapi macam biasalah angah ni banyak main- main.
Itu kisah pagi tadi....Sabtu 22.10.2011 ummi bawa anak- anak ke perpustakaan desa Bukit Tambun.Kawan ummi bekerja di situ.Ummi perlu kerap bawa mereka ke perpustakaan kerana mereka belum mengerti erti perpustakaan yang sebenarnya.Berlari, melompat,makan, main game, bersila di atas meja dan macam- macam lagi.Akhirnya ummi mengalah selepas satu jam kami di sana.Selepas itu, ummi bawa anak- anak ke rumah emak ummi.Anak- anak ni memang sangat menguji kesabaran ummi.Dalam pukul 6.30 petang kami kembali ke rumah.
Ahad 23.10.2011 awal pagi ummi bawa adek untuk beli sarapan.Lepas tu terus ummi ke dapur, siangkan ikan, ayam dan udang yang telah dibeli ayah suami pada hari Sabtu.Resepi ummi tomyam campur,ikan goreng,sambal belacan,ulam salad.Tomyam tu ummi berikan pada tiga orang jiran.Jiran sebelah memberi siput lala masak lemak cili padi.Jiran sebelah ummi ni memang pakar memasak.Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja mereka sekeluarga akan pulang ke rumah kerana pada hari bekerja mereka akan tinggal di kuarters.Setiap kali dia pulang pasti akan ada juadah untuk ummi sekeluarga.Aktiviti ummi dan anak- anak hanyalah menonton televisyen kerana pada petangnya hari hujan.Walaupun letih kerana terpaksa berletiaq tapi ummi seronok sangat bila dapat bersama dengan buah hati ummi.


SYUKUR YA ALLAH

Friday, October 21, 2011

CABUT GIGI

15.10.2011
Gigi ummi telah dicabut.Alhamdulillah hanya kesakitan yang sedikit berbanding kesakitan yang ummi tanggung selama ini.Kepada yang ingin mendapatkan rawatan gigi bolehlah ke:




YONG HE DENTAL SERVICES,



Tukang Gigi Yong He



2 Lorong 24/SS3



Bandar Tasek Mutiara



14120 Simpang Empat



SPS Pulau Pinang.



H/P:0164727992






SYUKUR YA ALLAH

Friday, October 14, 2011

DEMAM lwn SAKIT GIGI

Setelah empat hari mc, hari ni ayah @suami kembali bekerja.
Bermula dengan adik demam pada hari Jumaat, Angah dan seterusnya ayah.
Jumaat malam Sabtu ummi menjaga adek.Agak mencabar kerana adek ni akan muntah kembali ubat yang diberi.Ummi terpaksa bertegas terpaksa buat cengei.Tapi bila badan adik panas pada jam 3.00 pagi, tak sampai hati pula nak kejutkan adik untuk beri ubat dan tengok dia muntah.Jadi ummi hanya jelumkan dengan air dan air asam jawa.Ummi juga gunakan air daun bunga raya putih yang ummi tanam yang diramas.Tugas ummi semakin mencabar kerana hari Sabtu, angah dan ayah pula demam.Apabila angah demam sememangnya ummi sangat- sangat risau kerana ini.Pukul 3.30pagi ummi mandikan angah.Kesian sangat tengok dia terketar- ketar menahan sejuk tapi ummi terpaksa kerana ummi tak sanggup melihat makhluk bernama sawan kembali bertamu.Ayah memang tak mampu untuk membantu ummi menguruskan anak- anak.Demam ayah memang tinggi sampaikan dah selimut dengan toto pun masih menggigil.Pertama kali dalam usia perkahwinan menganjak ke sembilan tahun, ummi menyuapkan moi kepada ayah di atas katil di dalam bilik.Sebabnya ayah cukup tak suka makan di ruang tamu apatah lagi makan di dalam bilik.Tapi kali ni memang ayah akur sebab ayah dah tak larat sangat.Itu pun hanya beberapa suap sekadar mengalas perut untuk makan ubat.
Semalam 13.10.2011, ummi sakit gigi yang teramat sangat dan tugas- tugas ummi diambil oleh ayah.Memang tak tertanggung sakit gigi ni.Dah makan ubat penahan sakit tapi langsung tiada kesan, dan akhirnya ummi tertidur dalam kesakitan.Hmmmm kali ni dua batang gigi yang perlu dicabut.Makin tak segak lah ummi lepas niiiiiii
Itu lah kisahnya untuk entri kali ni......


ALHAMDULILLAH

Thursday, October 13, 2011

KEBUN KECIL UMMI

Dalam pasu - pegaga, pokok kunyit, daun kari.

Atas tanah- pokok serai,pokok rambutan,bendi,pegaga,daun pandan dan pokok bunga raya putih.
Nampak tak bendi ???Sedapppp
Pokok bendi ni lebih tinggi daripada ummi.

Ummi tanam sampaikan ke tanah rumah jiran sebelah.

Inilah hasil tanaman di atas tanah sekangkang kera

Wednesday, October 12, 2011

UMMI COMEI KE TAK COMEI????




hahahahahahah
tajuk entri kali ni agak 'keperasanan' sikit.cuba teka kat mana ummi dalam gambar di atas???

Thursday, October 6, 2011

TAYAR PANCIT?????

Ingat tak lagi entri ini.???Tentang betapa penakutnya ummi untuk memandu PDA ke kedai tayar.....

Semalam.... 05/10/2011- ummi keluar rumah seperti biasa.Selepas menguncikan pintu pagar dan memasukkan semua barang ummi ke dalam kereta ummi akan memeriksa keempat- empat biji tayar PDA.Tayar depan sebelah pemandu agak kempis dari biasa.Terdetik di hati ummi
"Tayar pancit."
Namun bila memikirkan ummi terpaksa menyusahkan ayah untuk kembali semula ke rumah atau ummi terpaksa merempit bersama 'CIK RISS', ummi cuba berfikiran positif.
"Tayar ni kurang angin agaknya."
Ummi memandu perlahan dan ummi sedikit pun tidak merasakan sebarang 'kepelikan' pada tayar PDA.Alhamdulillah ummi selamat tiba di pejabat dan bekerja seperti biasa.Selepas selesai waktu pejabat ummi ke tempat parking dan seperti biasa rutin ummi akan memeriksa tayar- tayar PDA.Ternyata tayar PDA masih seperti pagi tadi.Ummi berniat untuk beranikan diri untuk singgah ke stesen minyak untuk mengepam tayar.Namun sebaik ummi tiba di stesen minyak di Sungai Bakap ada satu treler yang bergerak perlahan di laluan kiri dan menghalang perjalanan ummi.Terus ummi batalkan niat dan terus memandu pulang.Semasa ummi telah memasuki jalan Valdor ummi tak tahu nama jalan, ummi merasakan tayar PDA sudah ada 'kepelikan'.Ummi teruskan berjalanan dan sememangnya dengan tawakkal kepada Allah.
Setibanya di rumah, ummi meneruskan rutin memasak.Menu hari ini, Ulam bendi rebus bendi yang ummi tanam, sambal belacan,sotong goreng kunyit dan sambal tumis ikan kembung.Apabila ayah dan anak-anak tiba di rumah, ummi terus maklumkan pada ayah keadaan tayar PDA.Terus ayah katakan tayar pancit.
Terus ayah bawa PDA ke kedai tayar dan apabila ayah pulang ayah maklumkan yang tayar PDA terkena paku.
"YA ALLAH"
Mungkin bagi orang lain, ini merupakan perkara biasa tetapi bagi ummi ini merupakan kurniaan Allah pada ummi kerana ummi langsung tak menyedari keadaan sebenar tayar PDA.Alhamdulillah ummi dapat keberanian tanpa ummi sedari.


SYUKUR YA ALLAH

Monday, October 3, 2011

RESEPI

TOMYAM CAMPUR

Bahan A
Bawang besar
bawang putih
Halia

Bahan B
Cili hidup
Cili melaka (lebihkan kuantiti)

kisarkan bahan A & bahan B

Bahan tambahan
Ayam
Udang
Sotong
Lobak Merah
Putik jagung
Serai
Daun Limau Purut
Air asam jawa (lebih untuk masamkan lagi)
Cili kering yang telah dikisar (sedikit sahaja)
garam
gula

Cara memasak:
1. Tumiskan bahan kisar A sehingga wangi. Masukkan serai (yang diketuk) serta daun limau purut.
2. Masukkan bahan kisar B beserta cili kering yang dikisar kemudian tambahkan air (agak- agak untuk dijadikan kuah).Untuk rasa yang lebih sedap, tutupkan periuk.
3. Masukkan ayam dan biarkan kuah mendidih.Kemudian masukkan sotong dan udang.
4. Masukkan perahan air asam jawa dan kesemua bahan tambahan yang lain.
5. Biarkan kesemua bahan tambahan masak seketika.
6. Siap untuk dihidangkan.

Terima kasih pada ustazah Ku Nur Hidayah Ku Ahmad yang sudi berkongsi resepi dengan ummi.
Alhamdulillah suami sangat suka masakan ini.Jiran- jiran yang pernah merasa pun minta resepi dari ummi.
Sebelum ni tomyam ummi menggunakan perencah yang ummi sendiri tidak pasti apa campurannya.
Setelah dapat resepi ini..... hmmmm terasa mudah untuk menyajikan tomyam pada keluarga.



ALHAMDULILLAH

Friday, September 30, 2011

'SI DIA'

Semalam ummi bermimpi.Bermimpikan sahabat ummi di zaman persekolahan dahulu.Ya... sahabat ummi ini seorang lelaki.
Masih ummi ingat, kami bersekolah di High School Bukit Mertajam.Satu sekolah berlainan kelas.Perkenalan kami bermula dengan 'si dia' menegur sahabat baik ummi Suraya Abdul Majid.Ummi sangkakan perkenalan itu adalah disebabkan 'di dia' berminat dengan sahabat baik ummi ni.Kami belajar bersama, bertukar- tukar kaset nasyid, berkongsi kisah- kisah agama dan pelbagai lagi kenangan manis di zaman persekolahan.Di masa ini tersimpan minat ummi pada 'si dia' namun bagi ummi 'si dia' meminati sahabat baik ummi.Lagi pun takkan lah perigi hendak mencari timba pula....
Selesai zaman persekolahan, ummi dan sahabat baik ditawarkan untuk memasuki Kolej Profesional Mara.Ummi di Beranang, Selangor dan sahabat baik ummi di Melaka.'Si dia' menghantar ummi di stesen keretapi bersama adiknya Muhaimin kalau tak silap.Sayu sangat waktu itu....
Di kolej, ummi sangat- sangat 'down'.Kerinduan pada keluarga,memikirkan emak yang bertungkus lumus bekerja untuk menyara keluarga dan merasakan ummi sebagai beban pada emak.Tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada tiga orang adik selalu ummi ingati.Ummi mengingat jadual kerja emak ...shif pagi,petang dan malam.Adakah adik- adik ummi telah makan.Adakah makanan yang emak masak pada tengahari tadi masih cukup untuk adik- adik ummi makan pada waktu malam sementara menantikan emak balik pada pukul 11 malam.Pada zaman itu, hendak menelefon keluarga memang payah.Faktor kewangan dan kemudahan telefon awam menyebabkan ummi jarang sekali menghubungi keluarga.Semua ini menyebabkan ummi 'down'.Di waktu ini, surat- surat 'si dia' setia memberikan kata- kata semangat.Boleh dikatakan ummi sentiasa menantikan surat dari 'si dia'.Kalau surat terlambat bermakna 'si dia' sibuk namun pasti akan ada surat juga buat ummi.Selama satu tahun setengah ummi di sana selama itulah juga surat 'si dia' setia mengunjungi ummi.
Pernah beberapa kali kami bertemu di luar di tempat kerja 'si dia'.Pernah juga ummi meminjam duit dari 'si dia', ummi ni memang payah untuk meminjam duit melainkan benar- benar terdesak.Pernah sekali ummi meminta bantuan dari 'si dia' kerana tayar motor ummi pancit di Carefour Seberang Jaya.Banyak benar kenangan ummi dengan 'si dia'.
Setelah bertahun berlalu, dan semalam 'si dia' kembali ke dalam mimpi ummi.'Si dia' kembali untuk membantu ummi yang bermasalah hingga menimbulkan cemburu di hati isterinya.Panjang jalan cerita mimpi ummi itu....
Ummi pohonkan moga Allah panjangkan jodoh 'si dia' bersama isterinya di dunia dan akhirat.'si dia' dikurniakan anak- anak yang soleh juga sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.

kepada 'si dia': ummi mohon maaf andai pernah mengguris hati dan perasaannya.terima kasih atas semua kenangan terindah dan terima kasih kerana pernah menjadi sahabat dan penyokong ummi.TERIMA KASIH WAHAI 'SI DIA'.ummi pasti 'si dia' akan membaca entri ini

Sekian.......

Friday, September 23, 2011

TAMAN TASIK TAIPING

19 Ogos 2011


Angah dan adek yang seronok sangat.

Syokla ayah tak payah penat-penat kayuh sebab along yang tolong kayuhkan swan tu.

Masa ni adek dah pucat dan takut sebab 'handle swan' tak berfungsi.

Ummi pun panik gak sebenarnya masa ni, tapi terpaksa 'relaks' sebab risau adek lagi takut.

Ummi dan ayah.


Percutian yang tidak dirancang.Kami ke Taman Tasik Taiping pada hari Isnin 19 September 2011.Kebetulan ummi dan ayah bercuti kerana ada urusan yang perlu kami selesaikan.Adek dan angah memang bercuti bersempena Jamuan Hari Raya dan Pertandingan Tilawah yang diadakan pada 16 September 2011.Ummi 'cutikan' along kerana dia selsema.

Kami tiba di sana dalam pukul 11.00 pagi.Seronok sangat anak- anak ummi kerana ini merupakan kali pertama mereka dapat mengayuh swan di tengah tasik.Setelah berbincang ummi akan menganyuh swan bersama along manakala ayah akan mengayuh swan bersama adek dan angah.Tetapi adek menolak untuk mengayuh swan bersama ayah.Jadi ummi terpaksa memujuk angah untuk mengayuh swan bersama ummi.Angah ni memang 'anak ayah'.

Ummi rasa sedikit gentar kerana terpaksa bersesak dengan angah dan adek dan risaukan angah kerana anak bujang tengah ummi ni berani.Risau juga jika ditengah- tengah tasik tu nanti ada 'aksi- aksi dramatik' dari angah.Yang tak bestnya ummi terpaksa mengayuh sendirian kerana kaki angah tidak sampai.Adek duduk di tengah- tengah.Hanya ada 2 swan saja di dalam tasik tersebut.Elok- elok dah sampai di tengah ummi sedar yang swan kami bertiga tidak boleh berpusing ke kanan, padahal masa tu ummi dah hampir melanggar pulau yang ada dalam tasik tersebut.Ayah minta ummi berundur, cepat- cepat ummi kayuh ke belakang.Lama juga ummi berpusing-pusing di situ.Adek dah panik masa ni tudung pun dah dibuka.Ayah dan along ke daratan mendapatkan bantuan.

Dalam dua minit kemudian bot penyelamat pun tiba.Hahahahah macam serius pula bunyinya.Tapi ada dua perkara yang ummi tak puas hati

1. Bantuan yang tiba sangat kasar.Botnya melanggar swan kami agak kasar mujur sempat ummi pegang anak- anak.

2. Semacam tak bersalah pengusaha swan mengatakan swan kuning (swan yang diberikan kepada ummi dan anak-anak) adalah swan yang selalu buat hal.Sedangkan banyak lagi swan- swan lain di situ.

Setelah bot itu beredar ummi bawa lagi angah dan adek pusing- pusing di sekitar situ, itu pun ummi terpaksa berkali- kali membetulkan besi yang tersangkut di tengah- tengah swan tersebut.Patutnya kami boleh meminta untuk digantikan dengan swan yang lain tapi ummi dan ayah memang malas untuk bertelagah.

Perancangan ummi seterusnya untuk membawa anak- anak ke zoo.Tapi ayah mengesyorkan untuk makan dahulu.Kami singgah di kedai untuk membeli makanan dan kemudian ke padang permainan yang bersebelahan dengan taman tasik.Sambil anak- anak bermain ummi dan ayah suapkan nasi untuk mereka.Kebetulan ada rombongan Prasekolah dari Baling berhenti di situ untuk makan, maka anak- anak ummi mendapat ramai kawan untuk bermain .Perancangan untuk ke zoo dibatalkan kerana anak- anak telah penat.

Ayah memilih untuk melalui jalan lama.Kami singgah solat Zohor di masjid ummi tak ingat nama masjid.Kami tiba di rumah sebelum Asar.

Seronok rasanya dapat mengembirakan anak- anak.

Wednesday, September 21, 2011

JAMUAN RAYA DAN PERTANDINGAN TILAWAH TABIKA BENGKEL KEMAS CEROK TO' KUN









16 September 2011


Majlis bermula sekitar jam 9.00pagi.Dimulakan dengan menyanyikan lagu NEGARAKU, NEGERI PULAU PINANG dan lagu TANGGAL 31ummi tak tau tajuk lagu sempena kemerdekaan.Ibu bapa turut sama menyanyikan ke tiga- tiga lagu tersebut.Di sini cikgu Ida mencari angah kerana menurut cikgu suara angah agak lantang.


"hmmmmm..... bab menyanyi ni memang tak perlulah ummi nak didik, sendiri pandai.Banyak 'tok guru' kat televisyen."


Selepas itu bermulalah pertandingan Tilawah.Angah peserta no 3 dan adik peserta ke 19.Seronok sangat melihat aksi anak- anak membaca surah Al- Fatihah,An-Nas dan Al-Masad.



Yang menariknya kali ni ayah turut serta di dalam kelas.Alhamdulillah, angah muncul sebagai johan untuk kategori 6 tahun dan adek naib johan untuk kategori 5 tahun.Sekali sekala dapat berkumpul untuk aktiviti sebegini sangat menyeronokkan.Dapat menambah kenalan.

Thursday, September 15, 2011

TERIMA KASIH

Petang semalam selepas habis waktu pejabat, seperti biasa ummi melangkahkan kaki menuju ke tempat parking kereta.Dari jauh sudah kelihatan tayar belakang PDA sebelah penumpang agak kempis sedikit dari biasa.

"hmmm tayar pancit."

Ummi cuba fikirkan apa yang perlu ummi lakukan.Ummi telefon adik pejabat ummi, tok siak.Tak dapat jawapan.Lantas terus ummi hubungi ayah.Selepas berbincang ayah bersetuju untuk mengambil ummi selepas mengambil along pulang dari sekolah.Pada mulanya ayah mengesyorkan agar ummi cuba pandu perlahan ke kedai tayar yang berhampiran.Namun seperti biasa, ummi yang sangat- sangatlah 'berani' ni sanggup menunggu hingga jam 6.30petang di pejabat daripada memandu kereta yang pancit.Huhuhuhuhuh lagi sekali ummi tewas sebelum bertempur..

Ummi kembali ke dalam pejabat.Di sini tok siak, terus menuju ke PDA untuk melihat keadaan tayar.Semasa menunggu dalam pejabat, Mahani menawarkan diri untuk menghantar ummi pulang.Ummi menolak kerana ummi perlu menunggu ayah.Ummi akan pulang bersama anak- anak menaiki avanza dan ayah pula membawa PDA ke kedai tayar.Tok siak menawarkan dirinya tanpa ummi pinta untuk membawa PDA ke kedai tayar .Di saat sebegini memang payah untuk kita mendapat rakan- rakan yang boleh membantu tanpa kita pinta.

Seronok berkawan dengan adik- adik ni...... Nadia,tok siak,bob dan mahani.Semuanya baik- baik walaupun otak sedikit gila- gila dan sedikit blue.Berkawan dengan adik- adik nii mengubah persepsi ummi tentang adik- adik pejabat niiii.Pengalaman ummi yang lepas cukup mengajar ummi batas- batas untuk berbaik dengan seseorang.

Apapun terima kasih pada mereka berempat.Walau pun kak siti hanya menumpang kat pejabat hampa niii hampa tetap terima kak siti seadanya...huhuhuhu

Dah- dah tak mau sedih- sedih.......

KAMI 3 BERADIK





SITI NORAINI IBRAHIM, SITI AISHAH IBRAHIM DAN SITI HALIJAH IBRAHIM.


MOHD HISAM IBRAHIM tak balik beraya tahun ni.


Adik beradik ummi


1.SITI AISHAH IBRAHIM (ummi laa)

2.MOHD HISAM IBRAHIM (pakngah sham)

3.SITI HALIJAH IBRAHIM (maklang)

4.SITI NORAINI IBRAHIM (maksu deknot)



Friday, September 2, 2011

Monday, August 29, 2011

ANGAH OH ANGAH

Entri ummi kali ni berkisar tentang anak bujang ummi yang kedua.
Semalam ummi dan keluarga balik berbuka di rumah mak ummi.
Satu hari ummi demam selsema.Lemah sangat badan.
Bila balik berbuka di rumah mak terasa senang sikit.
Adik ummi tolong uruskan anak-anak.
Berbuka pun ummi makan sikit saja.
Ayah ke masjid untuk solat terawih.
Dalam pukul 10.30 malam ummi terasa lapar.
Sambil makan ummi suapkan along dan angah.
Sedang ummi mencuci pinggan kedengaran suara angah menangis.
Segera ummi cucikan tangan sebab ummi tahu anak bujang ummi ni tidak
akan menangis kalau sakit yang biasa.
Bila ummi tengok angah tangannya tengah menutup matanya.
Bila ummi buka ada kesan darah.
Terus ummi marahkan adek.
Memang ummi cepat melatah kalau anak luka atau sakit.
Mulut ummi cepat bising.
Cepat- cepat ummi tuamkan keliling matanya.
Memang nampak bengkak.
Selepas dituam bengkak itu nampak semakin kurang.
Selepas ayah balik barulah ummi sedar ada kesan darah di dalam mata angah.
Ayah terus ajak ke hospital.
Ummi dah susah hati.Macam- macam ada dalam fikiran ummi.
Kami sampai di hospital dalam pukul 12.00malam.
Angah tidur sepanjang perjalanan dan masih tidur semasa masuk dalam bilik kecemasan.
Lama sungguh kami menunggu di ruang menunggu kerana ada satu kes kritikal.
Ada juga pesakit yang terus masuk tanpa dipanggil kerana terlalu lama menunggu.
Ada juga yang terus pulang tanpa mendapatkan rawatan kerana lama menunggu.
Semasa angah dirawat ummi minta untuk keluar kerana ummi tahu cecair yang akan digunakan untuk mencuci mata akan menyebabkan pedih yang teramat.
Cubaan ayah memujuk angah gagal dan ummi dipanggil masuk.
Ummi memujuk angah tanpa memandang apa yang dilakukan oleh pembantu perubatan tersebut.Memang kuat sungguh rontaan angah dan ummi pasti angah sangat- sangat sakit.
Ummi pujuk kerana cecair tersebut perlu dimasukkan sebanyak 2 kali.
Selepas selesai rawatan ummi terus mendukung angah dan ummi hanya berkata
"kalau angah rasa sakit sangat angah peluk ummi kuat-kuat."
Terus angah memeluk ummi.
Mengikut pembantu perubatan tersebut mata angah luka sedikit dan tidak serius.
Cuma dia memberikan surat untuk berjumpa pakar mata pada esoknya.
Ubat titik diberikan.
Dalam pukul 1.45pagi barulah kami sekeluarga sampai ke rumah.Satu lagi pengalaman baru buat kami sekeluarga.


Mata angah luka disebabkan dihempap bucu meja kecil.
Pagi ni memang nampak sangat bengkak di mata angah.
Dah kurang hensem anak bujang ummi ni.

Thursday, August 11, 2011

MUHASABAH DIRI

Hari ni ummi sangat- sangat sedih. Banyak perkara yang bermain- main di fikiran ummi.Banyak perkataan yang terngiang- ngiang di pendengaran ummi.Kadang- kadang ummi lemah dengan perjuangan ini.Dan ummi sendiri tidak pasti sampai bila ummi akan terus bertahan.

Setiap perkataan itu adalah doa, namun jika perkataan itu berbaur kata- kata kesat?????Telah banyak kali perkara begini berulang.Setiap kebaikan pasti akan disertai pujian yang melangit namun pada setiap kekurangan dan kelemahan pasti akan disusuli dengan cacian, makian serta ungkitan dari setiap perkataan ummi yang lalu.

Ya Allah,
di saat ini ummi rebah, ummi lemah,ummi marah,ummi sedih, ummi pilu.........
pedihnya ummi di saat ini...

TAPI,

di sinilah kesilapan ummi.di sinilah kelemahan ummi.
sepatutnya ummi bangkit dan terus bangkit.
sekiranya kekasaran yang ummi terima ummi perlu membalas dengan kelembutan.
ummi harus sabar dengan setiap ujian itu kerana ummi antara insan yang disayangi kerana ummi mendapat ujian tersebut.

PERLU ADA PERUBAHAN DALAM DIRI UMMI.

moga ummi terus tabah dengan ujian perasaan ini.BANTULAH HAMBAMU INI...YA ALLAH.

Wednesday, August 10, 2011

10 RAMADHAN

Hari ni dah 10 Ramadhan
Banyak lagi yang harus diperbetulkan.
Banyak lagi yang harus ditambah.
Banyak lagi yang harus dikurangkan.

Tuesday, June 21, 2011

DEWASA ~ ABAH

Kisah kali ini adalah mengenai anak bujang sulung ummi @ along. Anak bujang sulung ummi ini juga banyak mewarisi perangai "baik" ummi.Terlalu mudah mengalirkan air mata, terlalu mudah tersentuh, penakut, manja dan banyak lagi. Sehinggakan ada kalanya dia tak sempat menyalin latihan di papan hitam pun pasti apabila pulang ke rumah dia akan menangis sebelum sempat bercerita. Kadang- kadang ummi terpaksa bertegas dengannya. Tetapi kadang- kadang ummi kasihan pula dan terpaksa pula 'slow' untuk cuba fahamkan dirinya dengan situasi.

Semalam sedang along membuat homework Bahasa Arab, along bingkas bangun dan tercari- cari sesuatu dalam laci tempat simpanan buku teksnya. Yang pastinya air matanya telah pun mengalir tanpa sempat menceritakan hal dan keadaan sebenar. Ummi pasti ada sesutu yang hilang dari simpanannya.Air matanya semakin laju apabila diajukan soalan. Buku latihan sainsnya telah hilang. Memang ummi terus marahkan along sambil carikan buku latihan tersebut. Namun buku tersebut tiada di rumah. Setelah along mengemaskan buku latihan Bahasa Arabnya dia terus baring di atas 'toto'. Sayu pula apabila melihat anak bujang sulung ummi baring dalam keadaan "orang yang bermasalah besar". Terus ummi baring disebelahnya sambil bersembang dengannya.

"Ummi, kami dah ingat.Buku tu kami tertinggal dalam laci meja kami.Tapi tadi kami pi sekolah kami tengok dah takdak"

Anak- anak bujang ummi suka membahasakan diri mereka sebagai 'kami'.

"Tu la ummi dah kata..... buku tu takdak kat qumah.Esok along cuba bagitau cikgu minta cikgu tengok kut- kut buku tu ada kawan- kawan yang tersalah ambik."

"Macam mana kami nak habaq kat cikgu?"

Itulah perangai anak bujang sulung ummi. Ummi perlu berlembut dan berhemah apabila hendak menegurnya. Ummi memang terpaksa bertegas sekali sekala kerana along merupakan ANAK BUJANG SULUNG.

"Nanti along habaq kt cikgu macam ni..... cikgu, buku latihan saya takdak kat qumah.Hari tu saya tertinggai bawah meja dan mungkin ada kawan- kawan yang tersalah ambik."

"Nanti cikgu marah kat along."

"Dak... cikgu takkan marah dekat along kalau along cakap elok- elok. Lagipun nanti bila along dah habaq macam tu insyaAllah cikgu akan tolong tengok mungkin ada kawan- kawan yang tersalah ambik buku along."

"Ooooo"

Kemudian barulah nampak kejernihan pada wajah along....Alhamdulillah.

"Ummi, nanti kalau kami dah dewasa kami akan jadi abah kan?''

"Haaaa?????? A'a bila along dewasa nanti along akan jadi abah."

Apa kena mengena perbincangan ummi dengan isu DEWASA & ABAH????Haiiii la anak bujang sulung ummi......

Monday, June 20, 2011

BIHUN GORENG TOM YAM

Kali ni ummi nak ajak kawan- kawan semua macamlah ramai sangat kawan awak tu wahai ummi masak- memasak pula...Nadia jangan lupa try pastu bawa mai pejabat naaa !!!!

BAHAN- BAHAN

Bawang besar
Bawang putih
Halia
(ketiga- tiga bahan di atas perlu di blend kering)

Bihun (direndam)
Kiub tom yam
Cili kering (diblend)
sos tiram
kicap
sos cili / sos tomato
udang@ayam@fish ball dll
sawi@ lain- lain jenis sayuran
garam

CARA MEMASAK

1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah diblend tadi.
2.Masukkan cili kering (blend),sos tiram,kicap dan sos cili.Tambahkan sedikit air sekiranya nampak kering.
3.Masukkan kiub tom yam dan sedikit garam.
4.Masukkan udang, biarkan seketika kemudian masukkan bihun dan sayuran tadi.
5.Dah siap masak tutup api.

SEKIAN


sebenarnya resepi ni adalah resepi tak sengaja.Kes tersalah beli... nak kiub ayam terbeli kiub tom yam.apa pun resepi ni laku pada suami dan anak- anak ummi.cubalah......

DI SAAT KITA REBAH

Pagi tadi semasa ummi dalam perjalanan ke pejabat.Ummi terpandang seorang perempuan di tengah- tengah jalan dan ditengah kesibukan kenderaan yang masing- masing mengejar masa untuk ke destinasi masing- masing.

Dalam keadaan motosikalnya yang hampir- hampir terbalik akibat break yang mengejut.Ummi yang berada bersebelahan dengan motosikalnya hanya mampu memandang, perasaan ingin menolong tapi ummi memang tidak dapat berbuat apa- apa kerana kereta ummi perlu ke hadapan kerana lampu isyarat telah menunjukkan warna hijau.

Melalui cermin pandang belakang ummi dapat melihat dia sempat menahan motosikalnya dari terbalik dan menolak ke tepi jalan.Alhamdulillah!!!!


Begitulah dalam hidup kita ini....... Ada masanya kita rebah di waktu yang tidak terduga.Terpulang kepada kita untuk memilih haluan untuk bangun semula atau rebah tanpa bangkit semula.Jangan pula kita rebah disebabkan orang lain.

Friday, June 17, 2011

PETUA RASULULLAH UNTUK PARA ISTERI

Rehat tadi alhamdulillah dapat ummi mendengar ceramah dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.Antara pesanan dan ingatan buat diri ummi.....

1. Layan suami dengan elok tidak kira pada waktu siang @ malam hari.
2. Meminyakkan rambut suami ~ sikat rambut suami.
3. Menggunting misai suami.
4. Sikat rambut suami.
5. Memotong kuku suami.

Ganjaran kepada para isteri sekiranya melakukan 5 perkara di atas:

1. Mudahkan sakaratul maut.
2. Kubur luas ibarat taman.
3. Nama si isteri ada di pintu syurga.
4. Minuman istimewa di syurga.
5. Mudahkan urusan sewaktu melintas di titian sirat kelak ~ ibarat kilat yang menyambar.

Thursday, June 16, 2011

TERINGAT ANAK BUJANG SULUNG

Ummi di pejabat sekarang ni, tengah makan roti bakar.
Hati ni teringatkan anak bujang sulung ummi.
Pagi ni ummi hanya sediakan milo panas sahaja sebagai sarapan
terlupa pula nak hidangkan biskut kering.
Mesti anak ummi tengah lapar sekarang nii...

Semalam ummi hanya masakan bihun goreng tom yam sahaja buat anak- anak ummi.
Kesian anak bujang sulung ummi.Sudahlah pagi ni ada pendidikan jasmani.
Rehat pukul 10.10pagi.Moga Allah pelihara anak ummi dari merasa lapar sehingga
tibanya waktu rehat.

Buat anak bujang kedua dan anak dara kecik ummi, tak la ummi risaukan sangat kerana di tabika ada disediakan sarapan pagi sebelum kelas bermula.

Moga anak- anak ummi ceria- ceria selalu di sekolah.amin.

Saturday, June 11, 2011

Pelbagai ujian dan cabaran.....
Kadang- kadang letih bila memikirkan
Moga Allah berikan petunjuk buat kami semua dalam menerima dugaan dan ujian ini.
Moga dijauhkan kami sekeluarga dari sebarang perkara yang tidak diingini.
-Amin-

Thursday, June 2, 2011

ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Allah.

Majlis kesyukuran yang ummi dan ayah rancangkan sekian lama akhirnya telah selesai.Pada 28 hb Mei 2011 bermula 12.30 tghr dan berakhir 5.00 petang.Alhamdulillah sehingga pukul 7.00 malam masih ada tetamu di rumah kami.Walau majlis hanyalah sederhana, namun kami sangat- sangat bersyukur kerana majlis berlangsung dalam suasana dan cuaca yang baik.Semoga kediaman kami itu terus menjadi syurga dunia yang sementara sebelum berangkat 'kembali' padaNya.

Terima kasih kepada emak ummi,emak mertua, adik ,adik- adik ipar,kakak ipar dan semua keluarga yang membantu dalam meringankan tugas ummi.Juga kepada jiran- jiran yang datang membantu.Kepada semua kenalan yang hadir memeriahkan majlis sangatlah ummi hargai.

TERIMA KASIH WAHAI SEMUA.

Monday, May 23, 2011

WAHAI HATI SABARLAH

Setelah ummi mendapat "kewarasan" semula:

1.Kenapa ummi perlu memikirkan pandangan orang kepada ummi sedangkan ummi tidak bergantung kepadanya langsung??
2.Ummi ada keluarga dan tanggungjawab yang lebih PENTING yang perlu ummi fikirkan daripada memikirkan perkara SAKIT HATI UMMI.
3.Ummi ada ALLAH untuk ummi mengadu dan merintih.
4.Pandangan orang kepada ummi langsung tidang penting kerana PANDANGAN ALLAH kepada ummi yang perlu ummi utamakan.
5.Lain- lain lagi ......dan lagi.....dan lagi.....


kesimpulannya:

1.Ummi, sila sambung kembali kerja ummi.
2.Perkara ini hanyalah "benda remeh" yang perlu ummi abaikan.
3.Lupakan perkara ini kerana ummi telah menjemput.Terpulang kepada yang dijemput untuk hadir atau pun tidak.
4.Ummi hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari salah dan silap jadi sememangnya ummi tidak mampu untuk memuaskan hati setiap orang.Jadi cukuplah sekadar yang ummi mampu.


WAHAI HATI SEJUKLAH.SABARLAH.....
TERIMA KASIH WAHAI ALLAH atas kewarasan ini.....

HATI INI SAKIT

Kisah ini adalah sinambungan dari entri http://ummidanayah.blogspot.com/2011/02/kadang-kadang-ummi-tak-faham.html

Tadi ummi ada menelefon orang yang dimaksudkan.Bertujuan untuk menjemput orang tersebut ke majlis kesyukuran yang akan ummi adakan pada hari Sabtu ini.Niat ummi hanya satu "buang yang keruh, ambil yang jernih" tapi dua kali ummi menelefon dan lgsung tidak di jawab.Akhirnya ummi hanya sekadar sms sahaja.

Kemudian terus ummi sms kepada suaminya untuk menyatakan tentang sms tersebut dan minta suaminya khabarkan tentang majlis tersebut kepadanya.

Ummi mendapat balasan sms dari suaminya menyatakan mereka berada di kilnik untuk mendapatkan rawatan buat anak mereka.Ummi akur dan sekadar membalas sms tersebut, namun hati ini sakit.Terlalu sakit.

Entahlaaaahhhhhhhhhhh
Hanya Allah yang mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah dalam perkara ini....Dan memang ummi akui ummi bukanlah yang terbaik.Terlalu mudah hati ini terguris.Terlalu mudah hati ini pedih.Moga Allah ampunkan semua dosa- dosa ummi dan Allah sejukkan hati ummi ini.

susah sangat ke nak menjawab panggilan sekali pun dalam klinik @ sengaja tidak mahu menjawab.Jawapannya hanya ada pada orang tersebut.

Tuesday, May 10, 2011

DOAKAN UNTUK ANGAH

Hari ni angah ada check up di Hospital Bukit Mertajam.Risau sangat hati ummi ni.Macam- macam yang bermain dalam fikiran ummi ni.

Kawan- kawan semua, tolong doakan untuk 'anakanda tengah' ummi.

Gusinya masih bengkak.Semoga bengkak itu cepat surut.


Monday, May 9, 2011

HATI UMMI INI RISAU LAGI

Awal pagi isnin ini ummi memandu ke pejabat ditemani kerisauan.Hati ummi ini dipagut kerisauan lagi dengan kesihatan anakanda ummi yang tengah.

Sabtu (7 April 2011) ummi membawa along dan angah untuk mendapatkan rawatan gigi di Klinik Yang di Bukit Mertajam.Serik rasanya untuk membawa anak- anak untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kerajaan.Doktor hanya menampal gigi angah dan along yang berlubang.Ummi berpuas hati cara layanan dan rawatan yang diberikan walaupun bagi ayah bayaran yang dikenakan agak tinggi.

Namun pagi ini apabila bangun dari tidur angah mengadu sakit gigi dan kelihatan bengkak pada bahagian yang ditampal.Ummi memujuk angah untuk mandi dan bersiap dan terus memberikan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor tersebut.Pesan ummi pada 'anakanda tengah', sekiranya sakit tidak tertahan terus beritahu pada cikgu kelasnya kerana cikgu boleh menghubungi mertua ummi.Ummi juga bekalkan ubat tahan sakit di rumah mertua.Macam- macam yang bermain di fikiran ummi.Mungkin juga gigi tersebut tidak patut ditampal dan harus dicabut.Apa pun doa ummi moga Allah sembuhkan semua kesakitan pada anak- anak ummi dan jauhkan mereka dari sebarang penyakit yang merbahaya.

..................

Di sebalik kerisauan ini ummi panjatkan syukur pada Allah, kerana hajat ayah untuk menggunakan Toyota Avanza termakbul.Walaupun sekadar kereta '2nd hand' kami tetap bersyukur kerana dengan adanya kereta ini memudahkan kami untuk membawa ahli keluarga yang lain.Ummi bukanlah berasal dari keluarga yang senang jadi setiap apa yang kami perolehi amatlah ummi syukuri.Cuma ummi pohonkan pada Allah janganlah ada riak atau bangga dalam hati ini.Risau sekiranya 'nikmat kenderaan' yang Allah kurniakan pada ummi, ummi jadi lupa diri.Semoga bayaran ansuran bulanan kereta ini tidak menjadi bebanan kepada kami sekeluarga.Semoga dengan adanya kenderaan ini juga akan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan dapat meningkatkan ibadah kami pada Allah.


Moga anak- anak ummi sentiasa diberikan kesihatan yang baik.Tak sanggup lagi ummi ini melihat anak- anak menahan kesakitan.




Thursday, April 28, 2011

PUAS HATI?????

Macam mana untuk ummi mulakan entri kali ni.....

Angah masuk ke wad 5 Hospital Bukit Mertajam semula pada 22 April 2011 hingga 27 April 2011.Pengalaman dua kali keluar masuk wad 5 ini sangat- sangat mengecewakan ummi dan ayah.

Pertama kali mendaftar masuk ke wad di bahagian hasil Hospital Bukit Mertajam seorang kakitangan lelaki berbangsa Melayu bertanyakan pada ayah adakah bekerja dengan kerajaan.Ayah mengiyakan dan menghulurkan kad pengenalan.Tiada langsung disebutkan perkataan "GL" pada sessi 'lapor diri' kami.Dua hari ummi di sana ummi memang pasti angah mendapat makanan kelas kedua.Hari ketiga ummi hanya sempat bersama angah dari 6.30 petang hingga 11 malam.Ummi kembali menjaga angah pada hari keempat pada pukul 10 malam.Keesokan paginya ummi agak terperanjat apabila melihat sarapan, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam semuanya adalah kelas 3.Ummi masih bersabar mungkin ada kesilapan di mana-mana.Lagi pun ummi bukanlah jenis yang suka membesar- besarkan isu yang kecil.Pada hari Sabtu (hari kelima), dari sarapan hinggalah ke makanan malam angah masih disajikan dengan makanan kelas ketiga.Di sini ummi mula bersuara pada ayah, dan ayah mula bertanyakan pada atendan yang menghidangkan makanan.Di sini bermulalah istilah "GL".

"Cik tak bawa GL ker?"

Ummi dan ayah agak pelik.Sekarang sudah menggunakan 'sistem online' dan pada sessi 'lapor diri' ummi dan ayah juga tidak diminta untuk mengemukakan "GL".Di sini ada sedikit perbalahan ayah dengan atendan perempuan tersebut.Dia mengatakan perlu membawa "GL".Kami akur mungkin itu prosedur yang diperlukan di sebuah 'hospital yang canggih' ini.

Keesokannya dari sarapan hinggalah ke makan malam angah tetap dihidangkan dengan makanan kelas 3 juga.Pada waktu petang sekali lagi ayah mempertikaikan kepada seorang lagi atendan perempuan dan jawapan yang sama ummi dan ayah terima.ummi memang jenis tidak suka bermasam muka.Beberapa kali lafaz maaf ummi hulurkan buat atendan perempuan tadi.

Namun yang peliknya pada hari akhir, angah disajikan dengan makanan kelas kedua.Ummi membuat kesimpulan sendiri mungkin ada berlaku kesilapan di mana- mana dan "GL" tidak diperlukan.Ada episod terkilan dan tidak puas hati ummi dan ayah namun kami diamkan saja.

..............................

Pengalaman kali kedua.


Angah di bawa oleh mertua ummi untuk membuat pemeriksaan kerana bengkak kalenjar angah kembali.Angah terus dimasukan ke wad 5 sekali lagi.Jadi kiranya semua urusan menggunakan kad pengenalan mertua.Petangnya ayah terus ke bahagian hasil dan jawapannya "sistem tak ok".Ayah terus bertanya sama ada ada cara lain dan dijawab oleh lelaki Melayu tersebut "takdak cara lain.Encik cuba lagi esok".Ummi menemani angah bermula malam tersebut.Keesokannya kami dihidangkan dengan makanan kelas 3.Ayah terus ke bahagian hasil dan jawapannya sangat- sangat menghampakan "Cik kena mai hari isnin la sebab cuti 2 hari".Ayah cuba berbincang dengan atendan dan nurse- nurse yang ada di situ.Semuanya mengatakan yang ayah perlu mengambil "GL".Ayah juga ada menyatakan bagaimana ayah nak mengambil "GL" sedangkan KLINIK Pergigian Air Itam juga tutup.Lagi sekali jawapan yang diterima sangat menghampakan

"Kami tak boleh buat apa la CIK.Cik tetap kena bawa "GL"."

Keesokan paginya sewaktu menghantar makanan atendan perempuan tersebut dengan sinis bertanya kepada ummi

"kak tak bawa mai "GL" lagi ka?"

Ummi malas nak bertengkar

"Takpa la.Mungkin ini rezeki kak dengan anak".

Petang tu ayah sekali lagi menceritakan isu ini kepada seorang nurse cina (yang biasa ummi ceritakan dalam entri sebelum ini).Jawapannya sangat mudah

"Takpala cik, nanti saya akan order makanan kelas ke 2 untuk anak cik.Untuk ibu (merujuk kepada ummi) tetap makanan kelas ke 3".

Dengan segera ummi menjawab

"Terima kasih banyak.Untuk saya memang tak kisah yang penting untuk anak.Sebab bila dia tengok kakak depan ni (merujuk kepada aliya-anak angkat ummi) makan benda lain dia memang tak mau makan".Aliya mendapat makanan kelas ke 2 kerana kilang tempat ayahnya bekerja yang membiayai semuanya dalam kelas ke 2.

Keesokannya angah dihidangkan makanan kelas ke 2 dan ummi makanan kelas ke 3.Dalam hati ummi ada kemusykilan dan rasanya sesuai ummi gunakan peribahasa "HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH".

Petangnya ayah terus membawakan "GL" yang dicetak dari KLINIK.Angah mendapat makanan kelas ke 2 sehinggalah hari terakhir angah dihidangkan makanan kelas ke 3 pada waktu makan tengahari.Ummi pertikaikan juga pada atendan perempuan tersebut.Jawapannya

"Ni bahagian dapuq la yang buat silap ni".

Ummi tetap mengatakan maaf sedangkan sepatutnya kata maaf tersebut lahirnya dari satu lagi pihak.Angah terus tidak mahu makan.Di sini ummi mula bersuara


"Kalau ayah tau jadi macam ni, jenuh ayah mengamuk".

Atendan tersebut serba salah bila melihat angah tidak menyentuh makanan tersebut.

"Tu dia nak makan apa?"

Ummi hanya menjawab

"Tak palah kak".

Petangnya angah disajikan semula makanan kelas ke 2.Bila ayah datang sengaja ummi diamkan perkara ini.Ummi telah berpesan kepada angah jangan memberitahu perkara tersebut kepada ayah.Bimbang berlaku pertelingkahan lagi.Petang tersebut angah sudah boleh keluar dari wad....

Pengalaman di sini??????Agaknya berapa bintang yang boleh ummi berikan?????Beginikah layanan kepada kami "orang kampung"??????


Apa pun jutaan terima kasih ummi hulurkan buat :

1. Nurse Hawa - sangat berhemah dan lemah lembut dalam menjalankan tugas.
2. Nurse Rosni - sangat berhemah dan lemah lembut dalam menjalankan tugas.
3. Nurse Siti Hajar - sangat berhemah dan lemah lembut pada semua golongan.
pandai mengambil hati kanak-kanak.
yang menemani ummi menaiki ambulans untuk proses membuat CT
Scan di Seberang Jaya.Dan bertindak menyuruh kakitangan di sana
Menyegerakan angah di scan dulu kerana katanya kesian melihat
angah berpuasa.
4. Nurse Pn Chiam - Yang pandai berusaha tanpa perlu mencari alasan.
Mendengar keluhan pesakit.
Bercakap dengan cara yang berhemah tidak mengira bangsa.

ISU MAKANAN SEMEMANGNYA BUKANLAH ISU YANG BESAR.NAMUN TUJUAN UMMI MENCATATKAN DI SINI HANYALAH SEBAGAI PENGAJARAN BUAT DIRI DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH YANG PERLU DIGALAS.

Tuesday, April 26, 2011

HOSPITAL BUKIT MERTAJAM








KESIMPULAN

Daripada apa yang ummi coretkan sebelum ini ternyata dunia zaman ini 'terlalu pelik'.Sekiranya kita ada jawatan atau kita mengenali 'orang atas' maka kita akan dilayan dengan baik.

Kesan daripada tindakan ayah itu, ummi dapat melihat 'pandangan serong' dari nurse- nurse dalam wad tersebut.

Bagi ummi, biarlah apa pandangan dan pendapat mereka tentang ummi dan ayah.Yang penting anak ummi kembali sihat selepas ini.Biarlah apa yang ayah lakukan itu dapat memberikan pengajaran buat doktor ????? supaya jangan hanya memandang bulu.Walaupun kami ni semua hanya 'orang kampung' namun kami berhak mendapat layanan dan rawatan yang sama rata kerana kami juga kakitangan awam dan kami juga rakyat Malaysia.

Pujian ummi tujukan buat seorang nurse berbangsa cina yang sangat- sangat baik dalam memberikan perkhidmatannya.Tak sempat pula ummi bertanyakan namanya.

Buat nurse yang baik dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ummi doakan semoga mereka akan terus dilimpahkan rezeki dan rahmat dari Allah.Bagi nurse yang sebaliknya pula ummi doakan semoga Allah memberikan petunjuk buat mereka supaya dapat mereka berfikir secara waras seandainya mereka di tempat ummi dan ayah bagaimanakah perasaan mereka apabila anak diperlakukan seperti bahan kajian?????

Renung- renung dan fikir- fikirkanlah..........


HANYA ALLAH YANG TAHU

Pengalaman menjaga angah di wad 5, Hospital Bukit Mertajam kali ini benar- benar merubah persepsi dan hormat ummi pada pakar-pakar yang memang ditauliahkan dalam bidang kedoktoran ini.

Angah dimasukkan ke wad kembali setelah kalenjar pada tengkuknya bengkak semula.Pada hari Sabtu dan Ahad angah dirawat oleh Doktor R-----.Ummi agak berpuas hati apabila ada penerangan yang terperinci dari doktor tersebut berbanding pengalaman yang pertama.Doktor ????? langsung tidak memberikan apa- apa penerangan kepada ummi.Dengan berlagak sombong dan berbahasa Inggeris memang ummi akui ummi 'meluat.Ummi akui salah diri sendiri kerana tidak fasih berbahasa Inggeris.Memang ummi kurang faham ditambah dengan istilah- istilah perubatan, lagi memeningkan kepala ummi.Apabila ummi bertanya lagi soalan bodo terus dia menjawab "You can ask my nurse after this".......Apabila doktor berlalu terus ummi tanyakan pada nurse yang bersamanya dan jawapan dari nurse "kak tak tanya doktor ke tadi?"Adakah ini sesuatu yang boleh dibanggakan????Tapi ummi diamkan diri kerana masih ada nurse- nurse di sana yang baik budi dan dedikasi dalam menjalankan tugas.

Namun pengalaman pada 25 April 2011 memang tak akan ummi lupakan sampai bila- bila.Pagi itu angah dilawati oleh tiga orang doktor pakar.Doktor Melayu, India dan Cina.Kebarangkalian angah jadi begitu adalah disebabkan giginya yang rosak, dan angah akan dirujuk pada doktor gigi.Tapi ummi memang sedih kerana mereka sendiri tidak dapat mengesan punca sebenar, yang ada hanyalah kemungkinan dan kebarangkalian.......lebih kurang pukul 10pagi angah dilawati pula oleh pakar pediatrik.Di sini ummi sangat- sangat takut kerana dimaklumkan kemungkinan angah mengidap talasemia dan dijangkiti kuman tibi.Mereka akan mengambil sampel darah angah sekali lagi dan akan melakukan satu ujian yang memerlukan satu wayar dimasukan melalui hidung disalurkan hingga ke perut.Hati seorang ibu mana yang tidak luluh apabila mendengar semua ini.

Petangnya pula angah dirujuk ke klinik gigi.Ummi telah maklumkan doktor lelaki tersebut bahawa angah dirujuk dari wad 5 disebabkan bengkak pada lehernya dan disyaki bengkak itu berpunca dari kuman dalam gigi yang rosak.Doktor itu mengatakan gigi tersebut perlu dicabut.Ummi yang cetek ilmu perubatan hanya mengiyakan sahaja kerana bagi ummi mereka lebih arif dalam hal- hal tersebut.sedih hati ini tatkala memujuk angah untuk menerima suntikan pada dua tempat.Tapi ummi masih mampu menahan air mata sehingga gigi angah dicabut.Balik dari klinik gigi ummi 'mendukung' angah sehingga ke dalam wad.Tapi sebaik masuk ke dalam wad angah mula menangis kerana tidak tahan sakit ditambah dengan darah yang tidak henti- henti mengalir.Ummi call ayah dan maklumkan keadaan angah.Terus ayah melenting, kerana sepatutnya gigi angah tidak boleh dicabut.Ayah sendiri bekerja di Klinik Pergigian.

Sangat sayu apabila melihat anak yang paling banyak karenah dan paling 'kuat'ummi bertanya pada ummi

"Pasai apa ummi nangis?"

Ummi hanya mampu menggeleng.sekali lagi soalan itu angah kemukakan.Terus ummi menjawab

"ummi nangis sebab tengok angah nangis laa.."

Tapi angah memang anak yang kuat.Terus dia katakan pada ummi

"Kami tau...Ummi nangis sebab ummi sedih tengok kami sakitkan?"

Murah benar air mata ummi pada hari ini.Angah masih menahan sakit.Meleleh air matanya.Terus ummi pujuk dengan mengambil tuala dan menuam secara perlahan- lahan.Akhirnya angah tertidur dalam kesakitan dan darah masih mengalir.Tiada seorang pun nurse yang bertanya khabar keadaan angah.Ayah tiba disaat ummi masih menangis dan sedang mengelap darah yang masih mengalir.Ayah terus hilang sabar dan terus ke kaunter depan.Kebetulan doktor ????? ada di situ.Terus ayah ajukan pelbagai soalan padanya dan di sini doktor tersebut menuding ke arah ayah dan berkata "you shut up".
Di sini kesabaran ayah sudah hilang.Soalan ayah cuma "kenapa perlu rujuk ke doktor gigi sedangkan anak saya sakit dan masih dalam rawatan?Sedangkan mengikut prosedur pergigian gigi tidak boleh dicabut jika seseorang dalam keadaan tidak sihat."
Berlaku pertengkaran di antara ayah dengan doktor tersebut.Doktor tersebut memang langsung tiada sifat merendah diri.Terus ayah katakan

"saya memang hanya seorang atendan, tapi dalam keadaan macam ni saya boleh gunakan orang atasan."

Bukan niat mengugut, tetapi kesabaran telah hilang dek kerana kelakuan seorang yang bergelar PAKAR.Ayah memang akhrab dengan seorang TAN SRI yang memang banyak menghulurkan bantuan,seorang yang tinggi pekerti dan beliau memang benci kepada kakitangan awam yang tidak beretika dan ego.Terus ayah tunjukan kad nama TAN SRI tersebut pada seorang lagi doktor.Ayah terus ke bawah untuk mencari doktor gigi yang bertanggung jawab mencabut gigi angah.Tak pernah ummi tengok ayah jadi biadap dengan orang seperti hari ini.

Ummi dipanggil oleh tiga orang yang bergelar PAKAR.Di sini ummi diterangkan sebab kenapa dan mengapa mereka merujuk angah kepada pakar gigi.Ummi hanya menganggukkan kepala dan air mata terus laju mengalir.Doktor tersebut hanya memujuk ummi dengan mengatakan "don't cry".Lantas dia mengatakan mereka akan menyediakan satu ambulans untuk membawa angah ke Seberang Jaya sekiranya darah masih mengalir.Ummi hanya mengangguk, otak ini tak mampu untuk merncernakan apakah yang "dibahasa Inggeriskan" oleh doktor tersebut.Ada perasaan marah di sini namun ummi masih mampu mengawal perasaan marah.Perbualan itu ummi akhiri kata maaf dan terima kasih dengan menghulurkan tangan kepada dua doktor perempuan tersebut.

Ummi terus call ayah dan memujuk ayah dan memang ayah nekad untuk membawa angah keluar mendapatkan rawatan di pusat rawatan swata.Di sini salah seorang doktor terus memujuk ayah dan mengatakan mereka akan memberikan rawatan yang terbaik buat angah.Terus doktor tadi datang melihat keadaan angah dan mengatakan darah pada gigi angah semakin kurang.Di sini ummi benci melihat pada wajah seorang nurse yang depan manis belakang tak payah cakap.Biarlah hanya Allah yang dapat membalas 'jasa- jasa' kalian semua.

Ayah juga telah menandatangani surat tidak bersetuju untuk menjalankan proses memasukkan wayar melalui hidung.Mungkin selepas selesai antibiotik kami akan mencuba kaedah lain.Kepada rakan- rakan yang tahu kaedah perubatan selain daripada 'mengadap PAKAR-PAKAR YANG TERAMAT BERTAULIAH' ini bolehlah maklumkan pada ummi.

Ummi juga mohon pada kawan- kawan untuk mendoakan kesihatan angah.Tak sanggup rasanya melihat angah sakit.

pesanan buat diri:jangan kita jadi lalang baik kita menjadi padi semakin berisi semakin menunduk.


Friday, April 22, 2011

HOSPITAL

Ummi dan angah akan tido kt wad lagi sekali.
Pohon kawan- kawan doakan kesihatan angah yer.

UJIAN LAGI

Tak kuat rasanya nak ummi coretkan di sini.Angah sekali lagi sakit.Bengkak di lehernya kembali.Bermacam yang bermain dalam fikiran ummi tatkala ini.Ditambah pula dengan cerita cucu seorang kawan mertua yang kisahnya lebih kurang angah, dan yang paling merunsingkan ummi cucunya telah pun kembali mengadap ILAHI di usianya enam tahun.

Ummi pohon pada ALLAH moga ditunjukkan kami kaedah rawatan yang sesuai serta ALLAH panjangkan tempoh untuk ummi meminjam angah.

Sunday, April 17, 2011

BERSIARAN DARI RUMAH MERTUA

Hari ni ummi bersiaran dari rumah mertua ummi.
Ketaq kaki tangan pun tak habis lagi ni.
Ummi drive dari rumah menggunakan jalan yang tak biasa ummi gunakan.

HUHUHUHUHUHUH

bilalah agaknya ummi jadi berani ni????


Monday, April 11, 2011

PERASAAN APAKAH INI??

Ummi sendiri tak pasti apakah yang sedang ummi fikirkan pada saat ini.Terasa seperti sedang memikirkan sesuatu namun minda tidak dapat mencerna apakah 'isi kandungan' tersebut.

Yang pastinya terlalu banyak perkara yang ummi risaukan.Perkara- perkara sekeliling yang berlaku turut mempengaruhi 'ketenteraman' ummi.

Kesihatan angah yang agak kurang baik.Demam yang berulang pada sabtu dan ahad.Selepas berpeluh pun badan angah boleh panas kembali.Terus ummi hentikan antibiotik pada angah.Ummi doakan anak- anak ummi diberikan kesihatan yang baik.Moga bengkak di leher angah cepat kecut.

Pagi ni pula kereta ummi tak dapat dihidupkan.Terus ayah 'charge' namun sebaik kereta dihidupkan lampu signal pula berkelip- kelip.Mulanya ummi ambil keputusan untuk mengambil EL sahaja namun setelah berkira- kira baki cuti yang tinggal terus ummi ambil keputusan untuk menggunakan motosikal.Break motosikal yang bising mengganggu perjalanan ummi, sehinggakan ummi rasa seperti tidak mahu menekan break.Sampai sahaja di pejabat, tudung ummi pula kotor kesan dari menggunakan helmet ayah.Terpaksa ummi mengalihkan bahagian dalam tudung ke luar.

Ummi masih teringatkan adik yang agak merengek mintakan sesuatu dalam kekalutan ummi pagi tadi.Terdetik satu penyesalan dalam diri ummi kerana mengabaikan anak kecil ummi.Semoga anak- anak ummi ceria- ceria sahaja di sekolah pada hari ini.

Di pejabat, ummi sayu sangat melihat kegigihan CC ummi yang baru kembali bertugas setelah sekian waktu bercuti sakit.Ditambah pula dengan salah seorang 'adik pejabat' ummi yang ibunya masih berada di wad.Terasa sesak benar minda ummi tatkala ini.ummi pohonkan pada Allah semoga 'kesesakan' ini akan kembali pulih seperti sedia kala.Ummi juga doakan semoga semuanya sihat kembali seperti sediakala.

Ya Allah.Engkau permudahkan semua urusan ummi dan jadikan ummi di antara hamba- hambaMu yang kuat dalam menerima ujian dan dugaan.Semoga ummi menjadi seorang yang beryukur.amin

Wednesday, April 6, 2011

DI SAAT UMMI 'DOWN'

Angah di masukkan ke wad 5, Hospital Bukit Mertajam dari 29 Mac 2011 hingga 4 April 2011.Di saat itu, ummi sangat- sangat 'down'.

Buat keluarga ummi,mertua ummi yang turut membantu ummi menjaga angah di wad, ipar duai ummi.Semua banyak memberi kata- kata semangat buat ummi.Juga kepada teman- teman sejati ummi yang banyak memberi dorongan dan semangat.Terima kasih buat semua.Di saat inilah ummi dapat mengenal yang mana teman sejati ummi.

Juga buat nurse- nurse wad 5, Hospital Bukit Mertajam terima kasih atas layanan baik dari kalian semua.Terutama buat nurse yang bernama Hawa, sama- sama berzikir dengan ummi dan angah di saat memujuk angah di waktu proses mengambil darah.Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.Layanan kalian semua sangat berbeza berbanding pengalaman ummi yang lepas.

Terima kasih buat kak Yati, doktor Norziana (mama kepada Husna),nenek kepada Ain,Yati, Ida, ibu kepada Airil Ikhwan.Pengalaman bersama kalian di dalam wad 5, insyaAllah akan ummi ingat sampai bila- bila.

TERIMA KASIH SEMUA.

Monday, March 28, 2011

BERKECAMUK

Saat ini, perasaan ummi sangat- sangat tidak tenteram.Pelbagai perkara yang bermain di fikiran ummi.ummi di pejabat namun hati dan ingatan ummi pada ayah dan anak- anak.

Ummi doakan semoga ayah dan anak- anak sihat.Semoga tiada 'perkara pelik' yang berlaku pada angah.

- - - > UPDATE
ummi baru dapat berita dari ayah.ummi redha namun ummi rasa lemah sangat-sangat.
Tolong doakan yang terbaik buat ummi sekeluarga.

Friday, February 11, 2011

APALA UMMI NI...

Setiap kali ummi keluar untuk ke jalan besar ummi akan bertembung dengan kereta senior (waktu sekolah).Memang ummi tak pernah tetapkan waktu tapi sepanjang minggu ni setiap hari kami bertembung.Ummi dalam perjalanan ke pejabat dan dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Kiranya ummi pernah meminati senior ini suatu waktu dahulu dan pernah sekali ummi berbual- bual dengannya di dalam perpustakaan sekolah.Kiranya macam sessi perkenalan la waktu tu....(gatai betui ummi ni)

Sewaktu ummi melewati rumahnya pagi tadi, kelihatan emaknya sedang menyapu laman.Dalam hati ummi terdetik yang ummi pasti akan bertembung dengannya di jalan besar.Tapi sewaktu ummi sampai di jalan besar ummi tak nampak pula keretanya.Ummi terpaksa berhentikan kereta sementara menunggu jalan 'lengang' sebelum ummi dapat masuk ke jalan besar.

Tiba- tiba...... nun di sana kelihatan satria neo yang dinanti- nanti dari arah kanan.Secara tiba- tiba juga ummi tidak dapat masukkan gear satu kereta ummi.Ummi mula menggelabah.Ummi panik.Ummi malu.Banyak kali ummi cuba masukkan gear, dan setelah beberapa kali mencuba barulah ummi berjaya...

Selepas berjaya masuk ke jalan besar, terdetik di hati ummi.

UMMI, AWAK TU DAH KAWEN DAN DAH ADA TIGA ORANG ANAK.SENIOR AWAK PUN DAH KAWEN.YANG AWAK MALU TAK TENTU ARAH TU KENAPA?ENTAH- ENTAH SENIOR TU PUN TAK PERNAH SEDAR AKAN KEWUJUDAN AWAK DAN KERETA AWAK.YANG AWAK MENGGELABAH TAK TENTU HALA TU KENAPA?????INI BUKAN ZAMAN SEKOLAH LAGI OK????????

Hahahahahahhahahahah sepanjang jalan ummi senyum sendirian.Apala ummi ni.........

Tuesday, February 8, 2011

KADANG- KADANG UMMI TAK FAHAM.....

Ummi tak faham sangat- sangat dengan karenah sesetengah orang.Bila dalam keadaan tersepit habis semua rahsia kita diceritakan.Tapi di dalam situasi ummi sekarang, memang ummi juga bersalah kerana terlalu mudah mempercayai orang.Terlalu mudah untuk berkongsi masalah.Tapi kami bukan orang asing, kami ada pertalian kekeluargaan.Sekadar meluahkan dan berkongsi apa yang terpendam kerana ummi diasuh supaya tidak bersikap biadap atau bahasa kasarnya kurang ajar walau pedih macam mana sekalipun hati ini.Akhirnya apa yang diluahkan itu memakan diri sendiri.Cuma sebab semuanya terbongkar adalah disebabkan pertengkaran pihak kedua dan ketiga.

Biarlah apa pun rahsia ummi yang telah diceritakan, tapi bagi ummi semua rahsianya adalah tetap menjadi rahsia bagi ummi.Silapnya kerana telah membuka pekung sendiri.

"HABAQ KAT KAK AISHAH, JANGAN DOK BUAT WAYANG SANGAT"

Itulah pesanan yang disampaikan oleh suaminya.Sayunya hati ummi bila mendengar kata- kata itu dari seorang 'adik'.Ummi masih lagi memikirkan apakah maksud WAYANG itu?Ummi juga redha sekiranya apa yang diceritakan itu membuatkan 'pihak ketiga' itu bencikan ummi.Terpulang pada penilaian masing- masing.Siapala ummi untuk memuaskan hati semua orang.Memang tidak termampu untuk ummi lakukan.

Tapi dari peristiwa ini, banyak pengajaran yang dapat ummi ambil.

1. Jangan terlalu mudah untuk rapat dengan seseorang dah banyak kejadian yang berlaku disebabkan sifat ini
2. Jangan terlalu mudah untuk menceritakan masalah kita kepada orang kerana rambut manusia sama hitam, hati lain-lain.
3. Sentiasa berlapang dada dalam apa yang menimpa sebab disebalik sesuatu kejadian pasti ada hikmah dan kebaikannya.
4. Dan banyak lagi.....

P/S: untuk adik ummi, SITI HALIJAH IBRAHIM- terima kasih kerana sudi menjadi pendengar dan sentiasa menyokong kakakmu ini.

Untuk kawan2 yang membaca blog ummi ni, maaflah kerana ini adalah luahan rasa dari seorang 'kakak yang terkilan'.

Friday, January 28, 2011

MASIH BELAJAR UNTUK BERANI

Sekarang ni waktu rehat. Ummi baru saja balik dari econsave.Ummi cuba beranikan diri sebab nak elak daripada "melandingkan diri" di surau.Sejak dari hari isnin yang lepas kepala ummi ni asyik sakit saja, ummi dah pun ambil panadol tapi sakit kepala ni tetap sama.

Jadi ummi cuba beranikan diri untuk memandu ke econsave yang jaraknya "sangat-sangatlah dekat dengan pejabat".Alhamdulillah ummi berjaya sampai dan berjaya pulang walaupun hakikatnya tadi masa ummi parkingkan PDA keadaannya sangat-sangatlah senget benget.Punyala segan masa nak keluar dan masuk kembali ke PDA.

ummi ni masih lagi memandu dalam keadaan berkaki ayam dan masih lagi belajar cara untuk masuk ke kotak parking dengan jayanya.

Sekarang ni ummi perlu untuk belajar menjadi berani terlebih dahulu sebelum ummi berjaya untuk masuk ke kotak parking dengan jayanya.


Monday, January 24, 2011

SAYUNYA HATI.....

Sayu sangat hati ummi menyaksikan seorang pemuda yang terjatuh dari motosikalnya kerana terlanggar seorang apek tua terus bangun dan berlari untuk memapah apek tua tersebut ke tepi jalan. Kemudian bangun lagi untuk mengalihkan motor apek tersebut untuk diletakkan di tepi jalan dan kemudian dia bangun lagi untuk kembali ke tengah jalan untuk mengalihkan motornya dan dikala ini ummi baru tersedar yang kaki pemuda tersebut luka kerana dia berjalan dalam keadaan terjengket- jengket.Masa kejadian ummi berada selang empat buah kereta dari tempat.Yang menambahkan sayu di hati ummi, pemuda tersebut terpaksa menahan kereta untuk melintas setiap kali dia berulang alik untuk melakukan apa yang ummi ceritakan di atas.Tiada siapa yang pedulikan mereka.Kenderaan yang lalu lalang hanya memandang dan meneruskan perjalanan.

Sebaik ummi melintasi tempat pemuda tersebut sedang duduk ada seorang apek tua berhenti dan bercakap- cakap dengan apek tua tadi.Kemudian dia memberikan telefon kepada apek tua yang dilanggar tadi.Pemuda itu masih disebelah apek tua tadi, ummi sangat kagum dengan pemuda tadi.Walau pun pada permulaan kejadian memang dia yang bersalah namun apabila ummi lihat "kegigihan" dia bangun untuk membantu apek tua tersebut memang hati ummi sayu.

Ummi meneruskan perjalanan namun tiba- tiba ada bunyi hentaman yang kuat di belakang ummi.Ummi perhatikan dalam cermin pandang belakang jelas kelihatan sebuah kereta dilanggar dari belakang dan ummi pasti kereta yang melanggar terlalu asyik melihat 'kisah pemuda dan apek tua' tersebut.Hati ummi bertambah- tambah lagi sayu.....


SEMEMANGNYA KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG BAKAL BERLAKU cuma pesan ummi pada diri sendiri cuba berhati- hati dengan sebaik mungkin dan sentiasa ingat DIA kerana hanya DIAlah yang maha mengetahui apa yang bakal berlaku.


Thursday, January 13, 2011

ANAK UMMI DAH 7 TAHUN




Alhamdulillah
Anak ummi dah 7 tahun.
Anak ummi nak ke darjah satu, ummi yang paling susah hati.
Awal- awal pagi ummi yang senak perut sebab terlalu risaukan anak ummi.
Tapi alhamdulillah menghantar anak sulung ummi sangat mudah, anak ummi pandai berdikari.Nantilah akan ummi coretkan kisah along di sini.

1 JANUARI 2011~ BEZDAY MAK







Selalunya bila besday mak kami akan makan di luar.
Tapi berlainan pula kali ni, adik ummi buatkan mee kuah dan belikan kek besday buat mak.Ummi sekadar belikan hadiah buat mak.
Kebetulan hari tu, makcik ummi sekeluarga(adik mak) datang ke rumah bertambah meriahlah sambutan hari lahir mak ummi kali ni.Yang sedihnya adik ummi yang bongsu tak dapat balik. Dia tengah praktikal di Selangor.Majlis tu dibuat sekali untuk sambut besday satu- satunya adik lelaki ummi yang jatuh pada 12 Januari.

Alhamdulillah kami dapat gembirakan mak.Memang ummi tak mampu nak berikan wang ringgit dan harta benda buat mak cukuplah bila dapat gembirakan mak.

ALHAMDULILLAH

bila balik rumah mak pasti akan ada 'habuan' untuk anak- anak ummi.mak pula akan berikan barang- barang dapur dari kedai runcit yang mak ummi sedang usahakan....semoga kedai runcit mak akan bertambah maju.

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...