Monday, May 9, 2011

HATI UMMI INI RISAU LAGI

Awal pagi isnin ini ummi memandu ke pejabat ditemani kerisauan.Hati ummi ini dipagut kerisauan lagi dengan kesihatan anakanda ummi yang tengah.

Sabtu (7 April 2011) ummi membawa along dan angah untuk mendapatkan rawatan gigi di Klinik Yang di Bukit Mertajam.Serik rasanya untuk membawa anak- anak untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kerajaan.Doktor hanya menampal gigi angah dan along yang berlubang.Ummi berpuas hati cara layanan dan rawatan yang diberikan walaupun bagi ayah bayaran yang dikenakan agak tinggi.

Namun pagi ini apabila bangun dari tidur angah mengadu sakit gigi dan kelihatan bengkak pada bahagian yang ditampal.Ummi memujuk angah untuk mandi dan bersiap dan terus memberikan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor tersebut.Pesan ummi pada 'anakanda tengah', sekiranya sakit tidak tertahan terus beritahu pada cikgu kelasnya kerana cikgu boleh menghubungi mertua ummi.Ummi juga bekalkan ubat tahan sakit di rumah mertua.Macam- macam yang bermain di fikiran ummi.Mungkin juga gigi tersebut tidak patut ditampal dan harus dicabut.Apa pun doa ummi moga Allah sembuhkan semua kesakitan pada anak- anak ummi dan jauhkan mereka dari sebarang penyakit yang merbahaya.

..................

Di sebalik kerisauan ini ummi panjatkan syukur pada Allah, kerana hajat ayah untuk menggunakan Toyota Avanza termakbul.Walaupun sekadar kereta '2nd hand' kami tetap bersyukur kerana dengan adanya kereta ini memudahkan kami untuk membawa ahli keluarga yang lain.Ummi bukanlah berasal dari keluarga yang senang jadi setiap apa yang kami perolehi amatlah ummi syukuri.Cuma ummi pohonkan pada Allah janganlah ada riak atau bangga dalam hati ini.Risau sekiranya 'nikmat kenderaan' yang Allah kurniakan pada ummi, ummi jadi lupa diri.Semoga bayaran ansuran bulanan kereta ini tidak menjadi bebanan kepada kami sekeluarga.Semoga dengan adanya kenderaan ini juga akan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan dapat meningkatkan ibadah kami pada Allah.


Moga anak- anak ummi sentiasa diberikan kesihatan yang baik.Tak sanggup lagi ummi ini melihat anak- anak menahan kesakitan.




No comments:

Post a Comment

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...