Angah dimasukkan ke wad kembali setelah kalenjar pada tengkuknya bengkak semula.Pada hari Sabtu dan Ahad angah dirawat oleh Doktor R-----.Ummi agak berpuas hati apabila ada penerangan yang terperinci dari doktor tersebut berbanding pengalaman yang pertama.Doktor ????? langsung tidak memberikan apa- apa penerangan kepada ummi.Dengan berlagak sombong dan berbahasa Inggeris memang ummi akui ummi '
Namun pengalaman pada 25 April 2011 memang tak akan ummi lupakan sampai bila- bila.Pagi itu angah dilawati oleh tiga orang doktor pakar.Doktor Melayu, India dan Cina.Kebarangkalian angah jadi begitu adalah disebabkan giginya yang rosak, dan angah akan dirujuk pada doktor gigi.Tapi ummi memang sedih kerana mereka sendiri tidak dapat mengesan punca sebenar, yang ada hanyalah kemungkinan dan kebarangkalian.......lebih kurang pukul 10pagi angah dilawati pula oleh pakar pediatrik.Di sini ummi sangat- sangat takut kerana dimaklumkan kemungkinan angah mengidap talasemia dan dijangkiti kuman tibi.Mereka akan mengambil sampel darah angah sekali lagi dan akan melakukan satu ujian yang memerlukan satu wayar dimasukan melalui hidung disalurkan hingga ke perut.Hati seorang ibu mana yang tidak luluh apabila mendengar semua ini.
Petangnya pula angah dirujuk ke klinik gigi.Ummi telah maklumkan doktor lelaki tersebut bahawa angah dirujuk dari wad 5 disebabkan bengkak pada lehernya dan disyaki bengkak itu berpunca dari kuman dalam gigi yang rosak.Doktor itu mengatakan gigi tersebut perlu dicabut.Ummi yang cetek ilmu perubatan hanya mengiyakan sahaja kerana bagi ummi mereka lebih arif dalam hal- hal tersebut.sedih hati ini tatkala memujuk angah untuk menerima suntikan pada dua tempat.Tapi ummi masih mampu menahan air mata sehingga gigi angah dicabut.Balik dari klinik gigi ummi 'mendukung' angah sehingga ke dalam wad.Tapi sebaik masuk ke dalam wad angah mula menangis kerana tidak tahan sakit ditambah dengan darah yang tidak henti- henti mengalir.Ummi call ayah dan maklumkan keadaan angah.Terus ayah melenting, kerana sepatutnya gigi angah tidak boleh dicabut.Ayah sendiri bekerja di Klinik Pergigian.
Sangat sayu apabila melihat anak yang paling banyak karenah dan paling 'kuat'ummi bertanya pada ummi
"Pasai apa ummi nangis?"
Ummi hanya mampu menggeleng.sekali lagi soalan itu angah kemukakan.Terus ummi menjawab
"ummi nangis sebab tengok angah nangis laa.."
Tapi angah memang anak yang kuat.Terus dia katakan pada ummi
"Kami tau...Ummi nangis sebab ummi sedih tengok kami sakitkan?"
Murah benar air mata ummi pada hari ini.Angah masih menahan sakit.Meleleh air matanya.Terus ummi pujuk dengan mengambil tuala dan menuam secara perlahan- lahan.Akhirnya angah tertidur dalam kesakitan dan darah masih mengalir.Tiada seorang pun nurse yang bertanya khabar keadaan angah.Ayah tiba disaat ummi masih menangis dan sedang mengelap darah yang masih mengalir.Ayah terus hilang sabar dan terus ke kaunter depan.Kebetulan doktor ????? ada di situ.Terus ayah ajukan pelbagai soalan padanya dan di sini doktor tersebut menuding ke arah ayah dan berkata "you shut up".
Di sini kesabaran ayah sudah hilang.Soalan ayah cuma "kenapa perlu rujuk ke doktor gigi sedangkan anak saya sakit dan masih dalam rawatan?Sedangkan mengikut prosedur pergigian gigi tidak boleh dicabut jika seseorang dalam keadaan tidak sihat."
Berlaku pertengkaran di antara ayah dengan doktor tersebut.Doktor tersebut memang langsung tiada sifat merendah diri.Terus ayah katakan
"saya memang hanya seorang atendan, tapi dalam keadaan macam ni saya boleh gunakan orang atasan."
Bukan niat mengugut, tetapi kesabaran telah hilang dek kerana kelakuan seorang yang bergelar PAKAR.Ayah memang akhrab dengan seorang TAN SRI yang memang banyak menghulurkan bantuan,seorang yang tinggi pekerti dan beliau memang benci kepada kakitangan awam yang tidak beretika dan ego.Terus ayah tunjukan kad nama TAN SRI tersebut pada seorang lagi doktor.Ayah terus ke bawah untuk mencari doktor gigi yang bertanggung jawab mencabut gigi angah.Tak pernah ummi tengok ayah jadi
Ummi dipanggil oleh tiga orang yang bergelar PAKAR.Di sini ummi diterangkan sebab kenapa dan mengapa mereka merujuk angah kepada pakar gigi.Ummi hanya menganggukkan kepala dan air mata terus laju mengalir.Doktor tersebut hanya memujuk ummi dengan mengatakan "don't cry".Lantas dia mengatakan mereka akan menyediakan satu ambulans untuk membawa angah ke Seberang Jaya sekiranya darah masih mengalir.Ummi hanya mengangguk, otak ini tak mampu untuk merncernakan apakah yang "dibahasa Inggeriskan" oleh doktor tersebut.Ada perasaan marah di sini namun ummi masih mampu mengawal perasaan marah.Perbualan itu ummi akhiri kata maaf dan terima kasih dengan menghulurkan tangan kepada dua doktor perempuan tersebut.
Ummi terus call ayah dan memujuk ayah dan memang ayah nekad untuk membawa angah keluar mendapatkan rawatan di pusat rawatan swata.Di sini salah seorang doktor terus memujuk ayah dan mengatakan mereka akan memberikan rawatan yang terbaik buat angah.Terus doktor tadi datang melihat keadaan angah dan mengatakan darah pada gigi angah semakin kurang.Di sini ummi benci melihat pada wajah seorang nurse yang
Ayah juga telah menandatangani surat tidak bersetuju untuk menjalankan proses memasukkan wayar melalui hidung.Mungkin selepas selesai antibiotik kami akan mencuba kaedah lain.Kepada rakan- rakan yang tahu kaedah perubatan selain daripada 'mengadap PAKAR-PAKAR YANG TERAMAT BERTAULIAH' ini bolehlah maklumkan pada ummi.
Ummi juga mohon pada kawan- kawan untuk mendoakan kesihatan angah.Tak sanggup rasanya melihat angah sakit.
No comments:
Post a Comment