Ummi sendiri tak pasti apakah yang sedang ummi fikirkan pada saat ini.Terasa seperti sedang memikirkan sesuatu namun minda tidak dapat mencerna apakah 'isi kandungan' tersebut.
Yang pastinya terlalu banyak perkara yang ummi risaukan.Perkara- perkara sekeliling yang berlaku turut mempengaruhi 'ketenteraman' ummi.
Kesihatan angah yang agak kurang baik.Demam yang berulang pada sabtu dan ahad.Selepas berpeluh pun badan angah boleh panas kembali.Terus ummi hentikan antibiotik pada angah.Ummi doakan anak- anak ummi diberikan kesihatan yang baik.Moga bengkak di leher angah cepat kecut.
Pagi ni pula kereta ummi tak dapat dihidupkan.Terus ayah 'charge' namun sebaik kereta dihidupkan lampu signal pula berkelip- kelip.Mulanya ummi ambil keputusan untuk mengambil EL sahaja namun setelah berkira- kira baki cuti yang tinggal terus ummi ambil keputusan untuk menggunakan motosikal.Break motosikal yang bising mengganggu perjalanan ummi, sehinggakan ummi rasa seperti tidak mahu menekan break.Sampai sahaja di pejabat, tudung ummi pula kotor kesan dari menggunakan helmet ayah.Terpaksa ummi mengalihkan bahagian dalam tudung ke luar.
Ummi masih teringatkan adik yang agak merengek mintakan sesuatu dalam kekalutan ummi pagi tadi.Terdetik satu penyesalan dalam diri ummi kerana mengabaikan anak kecil ummi.Semoga anak- anak ummi ceria- ceria sahaja di sekolah pada hari ini.
Di pejabat, ummi sayu sangat melihat kegigihan CC ummi yang baru kembali bertugas setelah sekian waktu bercuti sakit.Ditambah pula dengan salah seorang 'adik pejabat' ummi yang ibunya masih berada di wad.Terasa sesak benar minda ummi tatkala ini.ummi pohonkan pada Allah semoga 'kesesakan' ini akan kembali pulih seperti sedia kala.Ummi juga doakan semoga semuanya sihat kembali seperti sediakala.
No comments:
Post a Comment