Tuesday, December 28, 2010

PDA CEDERA

huhuhhuhuhuhuhuh

pagi- pagi ni ummi dah cederakan PDA. Rasanya ummi bawa PDA macam biasa saja pagi ni. Ummi parking pun di tempat yang biasa ummi parking. Sedar- sedar dah bunyi macam hentaman. Mula- mula ummi ingatkan botol- botol air yang ummi bawa tu jatuh. Botol- botol air tu ummi bawa untuk berwuduk waktu zohor nanti kerana diberitakan pada hari ini tiada bekalan air. Ummi abaikan saja bunyi tu sehinggalah ummi sedar PDA dalam kedudukan yang tidak betul. Masa ni kaki tangan dah 'ketaq' sebabnya bila ummi jengukkan kepala ke luar, PDA dah 'melampaui' had yang sepatutnya. Ummi pasti bunyi tadi adalah bunyi PDA melanggar tebing tempat ummi parking. Perlahan- lahan ummi perbetulkan kedudukan PDA.

Keluar dari PDA ummi belek- belek badan PDA, memang nampak kesan terkopak pada badan PDA. Tapi ummi hanya belek- belek macam tu saja sebabnya 'ada perasaan malu' pada mata- mata yang memandang. Sampai ke saat ni ummi masih berdebar- debar risaukan keadaan PDA.

Ummi tersedar mungkin kejadian ni sebagai peringatan pada ummi yang tidak tahu mensyukuri nikmat. Semenjak dua ni, ummi selalu mengeluh tentang 'kekuatan' PDA.Dengan hanya 660cc memang kadang- kadang ummi rasa perlahan terutamanya selepas berhenti di lampu isyarat. Terasa lambat benar PDA 'nak mula mengorak langkahnya' kembali selepas 'berehat' di lampu isyarat yang bewarna merah.

ampunkan ummi Ya Allah, atas sikap ummi yang tidak tahu bersyukur


Monday, December 20, 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Pagi hujung minggu ummi 'bertemankan' SERAWA PISANG.
Dah lama teringin dan hari ahad barulah sempat ummi memasaknya. Angah dan adek saja yang makan, along 'tak pandai' sangat makan serawa pisang ni.



Tengaharinya pula ummi dan anak- anak ikut ayah ke majlis kawen kawan ayah. Memang ramai sangat tetamu.Sampaikan nak ambil makanan pun kena beratur panjang. Ummi bawa angah dan adik 'copkan' tempat sementara ayah dan along beratur untuk ambil makanan. Lauk yang tinggal pun hanyalah sejenis, tapi alhamdulillah lauk dan nasinya sangat sedap. Semasa ummi dan keluarga tengah makan ada seorang lelaki yang pada pandangan ummi agak biadap kerana dia seolah- olah memaksa ummi dan anak- anak cepat- cepat beredar sedangkan kami masih lagi sedang makan. Ummi pujuk anak- anak supaya cepat makan.

Dalam perjalanan ke kereta, ternampak pula seorang pakcik sedang menjual aiskrim. Maka terdengarlah permintaan- permintaan kecil untuk membeli aiskrim. Ayah tidak menghampakan permintaan anak- anak dan inilah hasilnya:



Balik dari kenduri terus ke rumah mak ummi. Aktiviti petang diteruskan dengan bermain badminton. Ummi pun tak lepaskan peluang yang ada. Main pun atas mini tar depan rumah saja.Hahahahahahaha best pula sekali sekala jadi "keanak- anakan" ni.......Teringat zaman dulu2~ zaman panjat pokok manggis, main guli, congkak, 'toi',badminton, lastik sarang tebuan, dan macam- macam lagi







Pukul 6.30 petang, ummi dengan keluarga ke rumah baru kami. Sehingga sekarang tenaga elektrik masih belum dapat "dialirkan" ke kawasan perumahan kami. Ummi sekeluarga masih perlu menanti........

ITULAH ANTARA AKTIVITI HUJUNG MINGGU UMMI SEKELUARGA.

Friday, December 17, 2010

ADA GUSAR, ADA RISAU, ADA SEDIH, ADA SAYU DI HATI UMMI....(bhgn 2)

Ummi perlu menerima hakikat along perlu menggunakan cermin mata. Hanya doa yang ummi panjatkan moga- moga di masa hadapan mata along akan beransur- ansur pulih dan tidak perlu lagi menggunakan cermin mata. Untuk angah pula ummi doakan keputusan pemeriksaan mata tadi adalah tidak tepat. Ummi akan membawa angah untuk melakukan pemeriksaan mata lagi tapi di kedai yang lain pula.ummi terkilan dengan pekedai tersebut kerana tidak mengendahkan permintaan ummi untuk melakukan pemeriksaan sekali lagi pada mata angah. Banyak benar episod terkilan ummi. 'kecik' benar hati ummi.

Balik dari kedai ayah ajak ke pasar malam untuk membeli buah anggur. Ummi dan anak- anak hanya menunggu di dalam kereta. Ummi minta ayah belikan sekali daging setengah kilo.pagi esok ler baru dapat ummi masak Anak- anak ummi sibuk bertanya kenapa kami hanya menunggu dalam kereta? Hahahahahaha jawapannya wahai anak- anakku " sekiranya kalian bertiga juga keluar, jenuhlah ummi dan ayah nak 'mengepung' kalian bertiga". Untuk memujuk mereka juga memujuk hati ini ummi berikan dua pilihan dan satunya akan dicadangkan kepada ayah. KFC @ MC DONALD? Keputusannya KFC dan sebaik ayah masuk ke dalam kereta ummi kemukakan cadangan tersebut. Mulanya ayah bantah tapi setelah anak- anak menyokong ummi, ayah akur. Kami pulang ke rumah untuk solat Maghrib dahulu.

Kemudiannya:









Selepas balik dari KFC ummi ajak ayah meronda sekitar "Bagan".Pukul 10.30 malam baru kami sampai di rumah dengan ketiga- tiga "putera dan puteri" kami telah "melabuhkan tirai".

Ummi rasa akhirnya ummi dapat menerima "ketentuan" ini walaupun ADA GUSAR, ADA RISAU, ADA SEDIH, ADA SAYU DI HATI UMMI......

ALHAMDULILLAH

Thursday, December 16, 2010

ADA GUSAR,ADA RISAU,ADA SEDIH,ADA SAYU DI HATI UMMI....(bhgn 1)

Bagaimana nak mulakan ummi pun tak pasti.

Sebenarnya di usia along hampir menginjak ke usia 7 tahun dia masih belum lancar membaca.Ada silap ummi di sini, di mana ummi kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran anak- anak.Baru- baru ni ummi macam sedar bila ummi tunjukkan buku cerita untuk along dia seolah- olah perlu merenung.Ummi fikirkan mungkin disebabkan along perlu mengeja perkataan tersebut satu persatu.Lagi pun ummi tidak mahu berfikiran negatif kerana ummi risau ummi tidak boleh menerima hakikat sekiranya anak ummi rabun di usia muda.

Namun, semalam sewaktu ayah pulang dari mengambil anak- anak dari rumah mertua segalanya berubah.Ada perkhabaran duka yang ummi terima.Along telah pun membuat cermin mata bersama mertua ummi.Sepanjang dua minggu ini cikgu kelas along mengadakan 'kelas persediaan' untuk ke tahun satu.Dan mertua ummi yang akan mengambil sewaktu along pulang dari tabika.Dan di situlah aduan dari cikgu Ida yang along lemah dalam bacaan dan along seolah- olah rabun jauh.Namun along selalu mendapat 100% dalam setiap ujian Matematik yang cikgu berikan.Di sini ada sedikit episod terkilan mertua ummi terus membawa along untuk cek mata dan terus membuat tempahan untuk cermin mata.terasa seperti ummi tiada hak untuk membuat keputusan.

Kesudahannya pukul 6.45 petang semalam ayah membawa ummi ke kedai tersebut untuk melihat jenis dan bentuk cermin mata tersebut, namun pekedai di situ memaklumkan cermin mata tersebut telah di hantar ke kedai lain untuk disiapkan.bertambah satu episod sedih ummi .Ummi bertanyakan power untuk cermin mata along.sebelah 75 sebelah lagi 50 dan ada rabun silau juga.ummi sedih lagi.Sekali lagi ummi menyalahkan diri sendiri kerana terlalu awal memperkenalkan komputer kepada anak- anak.Ummi juga tidak memantau jadual mereka mengadap komputer.Banyak benar salah ummi pada anak- anak.Maafkan ummi wahai anak- anakku, ummi bukanlah ummi yang baik buat kalian bertiga.

Ummi gunakan kesempatan untuk periksa mata ummi.Mata ummi juga ada peningkatan rabun jauh serta rabun silau dan pastinya power cermin mata perlu ditambah.Ummi minta pekedai tersebut periksa sekali mata adik dan alhamdulillah mata adik sihat.Namun bila tiba giliran angah susah pula nak dapatkan keputusan kerana menurut pekedai tersebut angah banyak bergerak.Hanya sebelah mata sahaja yang dapat diperiksa,itu pun dalam keadaan yang kalut jadi ummi ambil keputusan untuk pulang sahaja.Tiba- tiba pekedai tersebut memanggil ummi kembali kerana katanya daripada keputusan sebelah mata angah rabun silaunya 200 lebih.Ada gusar, ada risau, ada sedih dan ada sayu di hati ummi......Namun bila ummi minta pekedai tersebut membuat pemeriksaan sekali lagi dia banyak berdolak dalih.Katanya periksa mata angah sewaktu nak mengambil cermin mata along nanti.Mungkin disebabkan pemeriksaan mata adalah percuma maka pekedai tersebut tidak mahu bazirkan masanya.Tapi menurut pekedai tersebut mata angah tidak rabun jauh.Hati kecil ummi hanya mampu berdoa moga- moga keputusan tersebut bukanlah keputusan yang sebenar, cukuplah along seorang yang perlu memakai cermin mata.

Ummi risau seandainya anak- anak ummi terpaksa memakai cermin mata kerana ini boleh membataskan aktiviti harian mereka.Cukuplah ummi seorang yang memakai cermin mata.Ummi mula memakai cermin mata di usia 22 tahun.

bersambung.....

Wednesday, December 15, 2010

8 TAHUN~ ALHAMDULILLAH



15.12.2002 - 15.12.2010

Alhamdulillah.Masih dipanjangkan jodoh ummi dan ayah.Dan ummi mohon moga jodoh ummi dan ayah kekal di dunia hingga akhirat.Banyak dugaan dalam berumah tangga ni, di tambah pula dengan perangai ummi yang cepat marah, cepat melatah, bebal dan bermacam lagi yang semuanya merujuk kepada sifat negatif.

Banyak lagi ilmu rumahtangga yang perlu ummi pelajari. Masih terlalu cetek ilmu di dada.

Terima kasih kepada ayah kerana banyak bersabar dengan karenah ummi.

4.12.2010

Ada majlis kenduri saudara ummi (sebelah arwah ayah ummi) yang diadakan di Bandar Perda.
ummi ikut adik (maklang) dan adik ipar (paklang) beserta emak ummi.
Ummi tak berani drive jadi ummi jadi penumpang kereta adik ipar ummi, ayah tak ikut.
ummi tiada idea nak mengarang jadi ummi letakkan gambar sahaja sebagai cerita.







CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...