Hari ni ummi ke pejabat seperti biasa setelah bercuti selama dua hari.Rindu sangat pada anak- anak.Awal pagi tadi anak dara ummi dah cakap dia malas nak ke sekolah.Lepas tu mulalah bagi alasan sakit tekak, nak demam dan macam- macam lagi.Yang ummi nak gelak sangat tu dia cakap malas nak ke sekolah.Boleh pula macam tu???Yang angah pun bila bangun bila tengok adeknya tak mandi lagi mulalah bagi alasan.Mata tak boleh nak buka pula
jumaat tu dia dah dicutikan sebab matanya penuh bertahi mata dan merah.Ummi pujuk pun dah tak makan saman.Along dah siap ayah mandikan.Along ni sebenarnya tak berapa sihat, tapi pagi tadi tengok badan dia dah tak panas.Ummi dah bagi ubat demam siap- siap.Lepas ja ayah
suami mandi,terus ayah cakap kalau tak siap ayah nak bagi rotan.Adek pun apa lagi terus londeh seluar dan baju pastu cakap "ummi, Inah nak pi sekolah."Adek bahasakan dirinya sebagai Inah (singkatan dari Sakinah).Bila adek dah bangun angah pun bangun juga, tapi macam biasalah angah ni banyak main- main.
Itu kisah pagi tadi....Sabtu 22.10.2011 ummi bawa anak- anak ke perpustakaan desa Bukit Tambun.Kawan ummi bekerja di situ.Ummi perlu kerap bawa mereka ke perpustakaan kerana mereka belum mengerti erti perpustakaan yang sebenarnya.Berlari, melompat,makan, main game, bersila di atas meja dan macam- macam lagi.Akhirnya ummi mengalah selepas satu jam kami di sana.Selepas itu, ummi bawa anak- anak ke rumah emak ummi.Anak- anak ni memang sangat menguji kesabaran ummi.Dalam pukul 6.30 petang kami kembali ke rumah.
Ahad 23.10.2011 awal pagi ummi bawa adek untuk beli sarapan.Lepas tu terus ummi ke dapur, siangkan ikan, ayam dan udang yang telah dibeli ayah
suami pada hari Sabtu.Resepi ummi tomyam campur,ikan goreng,sambal belacan,ulam salad.Tomyam tu ummi berikan pada tiga orang jiran.Jiran sebelah memberi siput lala masak lemak cili padi.Jiran sebelah ummi ni memang pakar memasak.Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja mereka sekeluarga akan pulang ke rumah kerana pada hari bekerja mereka akan tinggal di kuarters.Setiap kali dia pulang pasti akan ada juadah untuk ummi sekeluarga.Aktiviti ummi dan anak- anak hanyalah menonton televisyen kerana pada petangnya hari hujan.Walaupun letih kerana terpaksa
berletiaq tapi ummi seronok sangat bila dapat bersama dengan buah hati ummi.
SYUKUR YA ALLAH
No comments:
Post a Comment