Monday, November 29, 2010

MALU DAN TAKUT YANG TIDAK BERTEMPAT

Malu dan takut yang tidak bertempat- inilah salah satu sifat negatif yang ada dalam diri ummi. Setelah berkahwin dan mempunyai tiga orang permata hati, ummi masih mempunyai sifat negatif ini malahan semakin menebal dalam diri ummi.

Kadang- kadang ummi menyesal sangat kerana disebabkan sifat ini banyak perkara yang ingin ummi lakukan 'terbantut'.Ummi sendiri tidak tahu macam mana harus ummi kikiskan perasaan malu dan takut yang tidak bertempat ini.

Awal pagi semalam ummi menerima panggilan dari kak norihah, seorang rakan yang ummi anggap seperti kakak.Kalau ummi bergayut di telefon dengannya memang tidak sedar masa berlalu.Ummi senang meluahkan masalah padanya.Dulu kami berjiran pejabat dan sekarang dia telah bertukar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim.Namun panggilannya kali ini membawa khabar duka, ibunya baru saja menghembuskan nafas yang terakhir.Nada suaranya tenang dan masih lagi sempat bergurau tentang anak ummi.

Di sinilah ruginya mempunyai sifat / perasaan malu dan takut yang tidak bertempat.Semalam memang hari yang sibuk bagi ayah.Jadi sekiranya ummi ingin berziarah ummi perlu memandu sendiri.Akhirnya ummi tidak dapat menziarahi jenazah ibu kawan ummi disebabkan pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran ummi.

1. nak parking kat mana?
2. nanti anak- anak berlari sana sini, macam mana?
3. kalau dah dapat parking, bila nk keluar balik kalau kereta banyak macam mana pula?
4. macam- macam lagi.......

Kesimpulannya ummi 'tewas' sebelum ummi berusaha....Teruk kan ummi ni???????
Ummi tidak tahu sampai bila ummi akan ada sifat / perasaan negatif ni....

to: kak norihah, siti nak minta maaf banyak2 dekat kak sebab siti ni penakut nak drive sendiri sebab tu siti tak dapat pi rumah kak.tak dapat melawat jenazah.maafkan siti

PERLU TERUS BERSABAR....

Sesungguhnya kita hanya merancang dan perancangan tersebut adakalanya menyakitkan dan memeritkan apabila ianya tidak menjadi kenyataan.

Di kala ini, ummi hanya mampu memujuk diri.... "sabarlah".Perancangan ummi dan ayah untuk berpindah ke rumah baru masih tidak kesampaian.Walau pun telah mendapat kunci rumah, namun ummi dan ayah tidak boleh lagi berpindah kerana tenaga elektrik tidak dapat disambungkan lagi atas alasan ada lagi 'pemeriksaan dan pembetulan' yang harus dilakukan.Sewaktu menyerahkan kunci pihak pemaju menyatakan masa yang diperlukan hanyalah seminggu untuk mendapatkan kebenaran dari TNB untuk penyambungan elektrik.Hari ini, selepas ummi menelefon pihak pemaju lain pula jawapan yang ummi terima.Ummi harus menunggu hingga dua ke tiga minggu lagi.... dan ummi juga tahu sekiranya pihak pemaju menyatakan tempoh dari dua ke tiga minggu bermakna ummi perlu bersedia untuk menerima berkemungkinan penantian ini akan berlarutan sehingga ke sebulan.

Ummi sangat- sangat terkilan kerana banyak perancangan kami yang tertangguh.Semalam sewaktu kami ke rumah, ummi lihat ada jiran ummi yang telah siap memasang langsir dan semestinya harapan untuk jiran tersebut berpindah ke rumah baru sangatlah tinggi.....

Ummi cuba untuk bertahan agar air mata ini tidak gugur.Ummi kesiankan anak- anak yang sememangnya tidak sabar untuk berpindah.Ummi cuba mencari kelebihan di sebalik penantian ini namun ummi gagal menemuinya.Dan sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui akan segalanya.........................

Ya Allah, kuatkan hati ini untuk menerima semua ini dengan redha dan sabar.amin.

Friday, November 26, 2010

PENGERTIAN TAUBAT (bukan tau buat)

Taubat. Suatu istilah yang pendek, yang senang disebut, tetapi sering di salah ertikan tuntutannya. Tuntutan taubat juga sangat berat untuk dipenuhi oleh orang yang merindui dosa dan kemungkaran. Sebaliknya, tuntutan taubat merupakan suatu kemanisan buat seseorang yang merindui untuk berdamping dengan kekasihnya yang sejati lagi hakiki iaitu Allah Rabbul Izzati.Kadang-kadang kita yang jahil ini sering terfikir. Kenapa kita perlu bertaubat ? Tidak lain dan tidak bukan ialah agar :

Kita dapat merasai keringanan dan kemanisan dalam beribadah. Agar hati kita sentiasa tenang. Kerana kejadian kita yang dicipta Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya, adalah bersesuaian dengan fitrah kejadian kita yang benci menjadi hamba kepada selain Allah. Kerana setelah merasa kemanisan dan keringanan dalam beribadah, maka kita telah pun menerima taufik, bagi melaksanakan hidayah yang telah kita kecapi.

Agar ibadah kita di terima oleh Allah SWT. Ibadah yang kita lakukan, sedang kita bergelumang dengan dosa dan maksiat, belum tentu dinilai oleh Allah SWT. Ibaratkan seorang rakyat yang kotor tubuh badan disaluti selut lumpur, pergi mengadap Raja untuk menerima hadiah. Apakah Raja akan gembira dengan rakyatnya yang pengotor datang mengadap untuk menerima hadiah ? Begitu juga halnya dengan diri kita. Seandainya diri kita dikotori oleh dosa dan kemungkaran, apakah mudah untuk Allah menerima ibadah kita ? Melainkan kita membersihkan diri kita dengan taubat..

PENGERTIAN TAUBAT

Bahasa: Perkataan taubat diambil daripada perkataan (ta alif ba). Perkataan (ta alif ba) dalam Bahasa Arab membawa erti kembali.

Istilah: Taubat membawa maksud kembali iaitu kembali taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau melakukan larangannya.

Menurut pendapat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, "Taubat ialah kembali seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang dicela pada syarak kepada perkara-perkara yang dipuji pada syarak dan mengetahui dia bahawasanya, dosa dan maksiat itu membinasakan diri dan iman dan menjauhkan daripada Allah Azza Wajalla dan daripada syurgaNya".

Manakala taubat nasuha mengikut pendapat Abu Hasan Basri Radiallahhuanhu ialah " Bermula taubat nasuha itu iaitu menyesal dengan hati dan Istighfar dengan lidah dan meninggalkan maksiat dan segala anggotanya dan cita-cita bahawa tiada kembali kepada maksiat selama-lamanya".

Berpandukan pengertian taubat daripada pandangan dua tokoh ulama besar di atas dapatlah difahamkan bahawa taubat itu ialah satu cara membersihkan diri seseorang dari sebarang dosa atau maksiat yang dilakukan serta kembali mengerjakan perkara-perkara yang disuruh yang telah ditinggalkan. Orang yang telah melakukan taubat maka jadilah hatinya yang kotor itu bersih semula seperti kain putih. Amalan taubat itu hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak.



Tuesday, November 23, 2010

PESANAN BUAT PENGANTIN BARU

Pesanan daripada Ummamah Binti haris kepada puterinya Ummu Ilias Binti Auf ketika berlangsung perkahwinannya dengan Amru Bin Hujrah. Ummamah masuk ke bilik anaknya dan berpesan," Anakku, jagalah baik-naik 10 perkara ini. kelak engkau akan memiliki perbendaharaan rumah tangga".

10 PERKARA ITU ADALAH:

1. Hormati suamimu dengan menggembirakan serta memberi kepuasan kepadanya. kebahagiaan dan kepuasan sebenarnya bertunjang di hati. Apabila hati seorang suami tidak tenteram apa yang dilakukan oleh isteri ada saja yang tidak kena. Manakala hati suami yang tenang apabila segala tindak tanduk si isteri menyenangkan, lalu ia akan mencetuskan kemesraan dalam rumahtangga.

Suami yang mendapat ketenangan di rumah akan muncul di tengah masayarakat sebagai orang yang ceria, aktif, & mudah bertolak ansur. Begitu juga dengan isteri yang mendapat ketenangan di rumah akan menjadi isteri yang ceria, penyayang & bahagia rumahtangganya. Pasangan dalam rumah tangga yang bahagia akan dapat melakukan ibadah dengan rasa khusyuk.

Diriwayatkan oleh Maisarah Bin Ali daripada Abu Sayid Bin al-Khudri, Nabi Muhammad saw bersabda," Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya & isterinya pula membalas pandangan dengan pandangan cinta dan kasih, lalu Allah swt menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Dan jika suami membelai isteri, lalu dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari mereka

Isteri hendaklah selalu menghadiahkan senyuman buat suami, begitu juga sebaliknya. Senyuman yang menawan dapat menambat hati pasangan. Apatah lagi ia dilakukan setiap kali suami pulang ke rumah. Senyuman dapat melegakan fikiran serabut suami setelah seharian bekerja di pejabat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud," Senyuman yang terukir di bibir sedikit sebanyak menghilangkan kekeruhan di dalam rumahtangga.

2. Turuti perintah suamimu dengan baik, kerana kewajipan utama bagi seorang isteri adalah taat kepada suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama. Tidak rugi taat kepada suami kerana ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi.

Nabi Muhammad saw bersabda,"apabila isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan dan mentaati suami maka diucapkan kepadanya,"Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki.". ( Riwayat Ahmad at-Tabrani )

3. Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu melihat sesuatu pandangan buruk daripada pandanganmu. Maksudnya berhiaslah yang cantik-cantik untuk suami dan berikanlah senyuman padanya.

4. Awasilah hidungnya jangan sampai suamimu tercium bau kecuali bau yang paling sedap dan nyaman daripadamu

5. Awasilah tidur suamimu dan jangan sampai terganggu kerana gangguan orang yang sedang tidur itu boleh membawa kemarahan. Sedangkan kemarahan itu adalah sifat syaitan. Jangan dibiarkan tidur suami terganggu dengan anak-anak yang membuat bising, membuka suara televiseyen atau radio dengan suara yang terlalu kuat. Kemarahan dan rasa tidak hormat ini dibimbangi jika ia berterusan boleh membawa kepada perceraian.

6. Awasilah suamimu waktu makannya. Jangan sampai dia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut boleh menimbulkan kemarahan. Apabila suami pulang, sediakanlah makan dan minumnya. Temankan suami ketika di meja makan kerana perbuatan ini akan mendapat ganjaran besar daripada Allah swt.

Nabi Muhammad saw bersabda," Wahai Fatimah, kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh kerana membasuh untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api neraka bagi menghalang api neraka itu. Dan jarak antara satu parit dengan parit yang lain adalah sejauh seperti langit dan bumi. Wahai Fatimah, bagi wanita yang mengalirkan air matanya kerana memotong atau menghiris bawang untuk di masak kepada ahli rumahnya, maka Allah swt mencatatkan pahala sebanyak yang diberikan kepadanya orang yang menangis takutkan Allah swt. " ( Riwayat Abu Hurairah )

7. Jagalah harta benda suami. Isteri harus bijak mengatur urusan rumahtangga. Nabi Muhammad saw berkata," Sebaik-baik wanita jika engkau pandang dia menyenangkanmu. Jika engkau perintah, dia mentaatimu. Jika engkau tinggalkan, dia akan jaga harta dan dirinya.

8. Jagalah anak-anak, keluarga dan pembantu rumah. Peliharalah anak-anak dengan baik kerana mereka adalah benteng daripada terkena api neraka.

9. Jangan menentang perintah suami kerana ia akan menyedihkan hati suami. Nabi Muhammad saw bersabda,"Sesiapa saja isteri yang derhaka terhadap suami dan menyakiti hatinya akan mendapat kutukan daripada Allah swt, para malaikat dan segenap manusia.

10. Jangan buka rahsia suamimu kerana jika engkau membuka rahsianya, engkau tidak akan selamat daripada pembalasan-Nya. Nabi Muhammad saw menjelaskan pengkhususan dan kesucian perkahwinan. Baginda mengharamkan kepada suami atau isteri menceritakan hal-hal yang terjadi terumata sekali perkara yang berkaitan dengan hubungan mesra suami isteri ini kerana ia merupakan akhlak yang paling buruk dan tercela. Oleh itu, peliharalah apa yang terjadi antara suami isteri dan ia harus di simpan dan dirahsiakan.


pesanan ini juga khas untuk diri ummi sendiri supaya dapat perbaiki diri ini

Friday, November 19, 2010

ALHAMDULILLAH

18.11.2010
Syukur Syukur Syukur Ya Allah
Akhirnya penantian ummi selama ini telah berakhir.impian untuk memiliki rumah sendiri bersama ayah telah dimakbulkan Allah.

ummi dan ayah telah mendapat kunci rumah kami di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat.InsyaAllah hujung bulan Nov @ awal Dis kami akan berpindah ke rumah baru kami.

Semoga rumah baru ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan semoga ianya menjadi syurga dunia (sementara) yang disinari cahaya islam dan iman yang dipenuhi dengan rasa kasih sayang -----amin----

syurga dunia(sementara) yang disinari cahaya islam dan iman serta dipenuhi dengan rasa kasih sayang

Thursday, November 18, 2010

EPISOD GANGGUAN

Semasa di Ulu Yam ummi dan rombongan diberikan penginapan di **** Resort Ulu Yam.Kami sampai lebih kurang pukul 10 malam.Setibanya di situ anak2 ummi dah mengeluh tentang tv, tapi bagi ummi kami di situ sekadar bermalam sebelum menantikan tibanya siang.

Tetapi ada episod tidak berpuas hati dari abang ipar ummi sebabnya bilik hanya ada dua.satu bilik untuk ummi sekeluarga dan satu lagi untuk mak mertua ummi,maklong ummi,adik ipar (solehah) dan maksu izah.Jadi abang ipar ummi 'menawarkan diri' bermalam di dalam kereta.Pada mulanya keadaan seperti biasa saja, sehinggalah ayah keluar untuk membasuh botol susu anak2 disebabkan kualiti air dalam bilik sangat2 kurang memuaskan.Selepas saja ayah masuk ke dalam bilik, abang ipar ummi (mufti) pula mengetuk pintu bilik kami.Dari nada suaranya ummi pasti ada sesuatu yang tidak kena.Ayah pula menjawab dengan pelik "xpa ang tido saja.Buat xtau saja."

Ada episod gangguan di situ.pintu kereta diketuk dan telinganya dibisik2.Suasana kecoh, abang ipar minta tidur di dalam bilik.Maksu izah dan maklong berpindah ke bilik ummi, abang ipar masuk tido dalam bilik mak mertua dengan adik ipar ummi.

Mata ummi dengan ayah baru saja nak terlelap, terdengar bilik kami diketuk.abang ipar pula nampak kelibat di depan bilik dan bisikan tu masih terngiang2 di telinganya.ayah ke bilik sebelah, masa ni anak2 ummi dah tido nyenyak namun ummi risau sangat2.sebaik ayah masuk ke dalam bilik kami, ummi rasakan seakan angin yg bertiup melintasi ummi dan anak2.ummi hanya mampu berdoa moga2 dijauhkan kami dari sebarang gangguan.

Malam tu ummi tido berbantalkan lengan ayah.Sebabnya macam2 bunyi yang ummi dengar.Dan ummi ni sangat2 la penakutnya....

Dah lama ummi tak rasa takut macam ni.Zaman kolej dulu selalu sangat ummi alami episod gangguan ni.....

Tapi ummi bersyukur pada NYA kerana anak2 ummi tidak diganggu.

esoknya ayah ceritakan pada ummi, semasa dia keluar membasuh botol susu dia ternampak ada kelibat ulang alik di depan bilik kami.

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU- HAJAR & AZUAN




ummi doakan adik ipar (hajar) dan biras ummi (azuan)berbahagia di dunia dan akhirat.sememangnya ikatan ini ada kalanya sangat membahagiakan dan ada kalanya sangat2 menguji kesabaran masing2.

sekarang kalian berdua telah berada di dalam sebuah kapal, pandai2 lah mengemudi kapal tersebut.ombak dan badai sentiasa menanti di hadapan.apa pun yang paling penting KESABARAN DAN KEPINTARAN dalam menghadapi saat2 menempuh ombak dan badai tersebut.

PDA KE ULU YAM, SELANGOR

13.11.2010

Balik saja dari Majlis Graduasi anak2, ummi dan family bersiap2 pula nak ke Ulu Yam, Selangor.esok majlis persandingan adik ayah (siti hajar) sebelah pengantin lelaki pula (azuan).Penat juga tapi yang memenatkan dan menyedihkan ummi apabila terpaksa menggunakan PDA (kereta ummi- kancil 660cc).Kalau diikutkan memang xda langsung dalam perancangan kami untuk menggunakan PDA,tetapi disebabkan beberapa perkara yang ummi rasa xperlulah dicoretkan di sini.... kami terpaksa mengalah.(ada sedikit episod terkilan di sini).

Selalunya PDA ni hanya ummi gunakan untuk ke pejabat dan sekadar bersiar- siar dengan family di hujung minggu.Paling jauh pernah ummi gunakan sekadar ke Taiping.Dari awal perjalanan PDA mula menunjukkan "rasa xselesanya".Jarum temperature bergerak2 seolah- olah menunjukkan tanda protesnya.... hahahahahah..... pandai keta ummi!!!!

Tapi alhamdulillah, dengan izinNya kami selamat sampai dan selamat pulang dari sana.walaupun ada beberapa episod yang tidak enak dan tidak seronok yang berlaku (akan ummi ceritakan di lain entry).

Ummi sertakan gambar- gambar sepanjang dalam perjalanan.dan jurufotonya adalah anak dara ummi.












ummi siap sembang2 lagi dengan PDA, minta dia 'berkelakuan baik'.di sebalik peristiwa ni ada pesanan untuk diri ummi sendiri: jangan kita lupa diri andai kesenangan yang Allah berikan, renung2kan kembali di zaman kita susah.dan jangan jadi kacang lupakan kulit

HARI GRADUASI TABIKA/ TASKA KEMAS PARLIMEN BUKIT MERTAJAM


13.11.2010

awal pagi anak2 umi dah ikut cikgu ke dewan IKBN Berapit.lebih kurang pukul 9 pagi baru ummi dan ayah ke sana.seronok rasanya dapat saksikan ketiga- tiga anak ummi mengambil sijil.terharu rasanya dapat melihat anak2 melangkah tanpa rasa takut di atas pentas.terutamanya bila ummi melihat adik(4 tahun), sebabnya ummi ni dulu sangatla penakut dan pemalu.

dan paling menyedihkan bila melihat along membuat persembahan nasyid.rasa sayu sangat melihat along yang berusia 6 tahun bersama- sama rakan menyanyikan lagu 'ayah'.kumpulan mereka ni pernah mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan.walau pun xmenang ummi berbangga dengan keberanian along.












bukan senang dapat melangkahkan kaki di atas pentas yang dipenuhi ramai orang sebagai penonton.ummi sendiri memang takut dan malu.... hahahaha


Monday, November 8, 2010

SIBUK?????? ALHAMDULILLAH

Dah lama rasanya ummi xjenguk blog ni....
ummi sibuk skt kebelakangan ni.
ummi sibuk mengemas barang2 di rumah, kerana berkemungkinan dalam bulan nov / dis ni ummi dan keluarga insyaAllah akan berpindah ke rumah baru kami.
ummi sibuk menjahit langsir untuk rumah baru.(masih dalam proses belajar-alhamdulillah dpt jimatkan kos)
di pejabat, ummi sibuk dengan tugas2....(alhamdulillah)
sebenarnya banyak perkara yang nak ummi coretkan di sini,insyaAllah ada kelapangan nanti akan ummi lakukan.

dah lama ummi dan keluarga menanti untuk berpindah ke rumah sendiri.semoga dipermudahkan segala urusan ummi dan keluarga.

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...