Tuesday, June 21, 2011

DEWASA ~ ABAH

Kisah kali ini adalah mengenai anak bujang sulung ummi @ along. Anak bujang sulung ummi ini juga banyak mewarisi perangai "baik" ummi.Terlalu mudah mengalirkan air mata, terlalu mudah tersentuh, penakut, manja dan banyak lagi. Sehinggakan ada kalanya dia tak sempat menyalin latihan di papan hitam pun pasti apabila pulang ke rumah dia akan menangis sebelum sempat bercerita. Kadang- kadang ummi terpaksa bertegas dengannya. Tetapi kadang- kadang ummi kasihan pula dan terpaksa pula 'slow' untuk cuba fahamkan dirinya dengan situasi.

Semalam sedang along membuat homework Bahasa Arab, along bingkas bangun dan tercari- cari sesuatu dalam laci tempat simpanan buku teksnya. Yang pastinya air matanya telah pun mengalir tanpa sempat menceritakan hal dan keadaan sebenar. Ummi pasti ada sesutu yang hilang dari simpanannya.Air matanya semakin laju apabila diajukan soalan. Buku latihan sainsnya telah hilang. Memang ummi terus marahkan along sambil carikan buku latihan tersebut. Namun buku tersebut tiada di rumah. Setelah along mengemaskan buku latihan Bahasa Arabnya dia terus baring di atas 'toto'. Sayu pula apabila melihat anak bujang sulung ummi baring dalam keadaan "orang yang bermasalah besar". Terus ummi baring disebelahnya sambil bersembang dengannya.

"Ummi, kami dah ingat.Buku tu kami tertinggal dalam laci meja kami.Tapi tadi kami pi sekolah kami tengok dah takdak"

Anak- anak bujang ummi suka membahasakan diri mereka sebagai 'kami'.

"Tu la ummi dah kata..... buku tu takdak kat qumah.Esok along cuba bagitau cikgu minta cikgu tengok kut- kut buku tu ada kawan- kawan yang tersalah ambik."

"Macam mana kami nak habaq kat cikgu?"

Itulah perangai anak bujang sulung ummi. Ummi perlu berlembut dan berhemah apabila hendak menegurnya. Ummi memang terpaksa bertegas sekali sekala kerana along merupakan ANAK BUJANG SULUNG.

"Nanti along habaq kt cikgu macam ni..... cikgu, buku latihan saya takdak kat qumah.Hari tu saya tertinggai bawah meja dan mungkin ada kawan- kawan yang tersalah ambik."

"Nanti cikgu marah kat along."

"Dak... cikgu takkan marah dekat along kalau along cakap elok- elok. Lagipun nanti bila along dah habaq macam tu insyaAllah cikgu akan tolong tengok mungkin ada kawan- kawan yang tersalah ambik buku along."

"Ooooo"

Kemudian barulah nampak kejernihan pada wajah along....Alhamdulillah.

"Ummi, nanti kalau kami dah dewasa kami akan jadi abah kan?''

"Haaaa?????? A'a bila along dewasa nanti along akan jadi abah."

Apa kena mengena perbincangan ummi dengan isu DEWASA & ABAH????Haiiii la anak bujang sulung ummi......

No comments:

Post a Comment

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...