Macam mana untuk ummi mulakan entri kali ni.....
Angah masuk ke wad 5 Hospital Bukit Mertajam semula pada 22 April 2011 hingga 27 April 2011.Pengalaman dua kali keluar masuk wad 5 ini sangat- sangat mengecewakan ummi dan ayah.
Pertama kali mendaftar masuk ke wad di bahagian hasil Hospital Bukit Mertajam seorang kakitangan lelaki berbangsa Melayu bertanyakan pada ayah adakah bekerja dengan kerajaan.Ayah mengiyakan dan menghulurkan kad pengenalan.Tiada langsung disebutkan perkataan "GL" pada sessi 'lapor diri' kami.Dua hari ummi di sana ummi memang pasti angah mendapat makanan kelas kedua.Hari ketiga ummi hanya sempat bersama angah dari 6.30 petang hingga 11 malam.Ummi kembali menjaga angah pada hari keempat pada pukul 10 malam.Keesokan paginya ummi agak terperanjat apabila melihat sarapan, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam semuanya adalah kelas 3.Ummi masih bersabar mungkin ada kesilapan di mana-mana.Lagi pun ummi bukanlah jenis yang suka membesar- besarkan isu yang kecil.Pada hari Sabtu (hari kelima), dari sarapan hinggalah ke makanan malam angah masih disajikan dengan makanan kelas ketiga.Di sini ummi mula bersuara pada ayah, dan ayah mula bertanyakan pada atendan yang menghidangkan makanan.Di sini bermulalah istilah "GL".
"Cik tak bawa GL ker?"
Ummi dan ayah agak pelik.Sekarang sudah menggunakan 'sistem online' dan pada sessi 'lapor diri' ummi dan ayah juga tidak diminta untuk mengemukakan "GL".Di sini ada sedikit perbalahan ayah dengan atendan perempuan tersebut.Dia mengatakan perlu membawa "GL".Kami akur mungkin itu prosedur yang diperlukan di sebuah 'hospital yang canggih' ini.
Keesokannya dari sarapan hinggalah ke makan malam angah tetap dihidangkan dengan makanan kelas 3 juga.Pada waktu petang sekali lagi ayah mempertikaikan kepada seorang lagi atendan perempuan dan jawapan yang sama ummi dan ayah terima.ummi memang jenis tidak suka bermasam muka.Beberapa kali lafaz maaf ummi hulurkan buat atendan perempuan tadi.
Namun yang peliknya pada hari akhir, angah disajikan dengan makanan kelas kedua.Ummi membuat kesimpulan sendiri mungkin ada berlaku kesilapan di mana- mana dan "GL" tidak diperlukan.Ada episod terkilan dan tidak puas hati ummi dan ayah namun kami diamkan saja.
..............................
Pengalaman kali kedua.
Angah di bawa oleh mertua ummi untuk membuat pemeriksaan kerana bengkak kalenjar angah kembali.Angah terus dimasukan ke wad 5 sekali lagi.Jadi kiranya semua urusan menggunakan kad pengenalan mertua.Petangnya ayah terus ke bahagian hasil dan jawapannya "sistem tak ok".Ayah terus bertanya sama ada ada cara lain dan dijawab oleh lelaki Melayu tersebut "takdak cara lain.Encik cuba lagi esok".Ummi menemani angah bermula malam tersebut.Keesokannya kami dihidangkan dengan makanan kelas 3.Ayah terus ke bahagian hasil dan jawapannya sangat- sangat menghampakan "Cik kena mai hari isnin la sebab cuti 2 hari".Ayah cuba berbincang dengan atendan dan nurse- nurse yang ada di situ.Semuanya mengatakan yang ayah perlu mengambil "GL".Ayah juga ada menyatakan bagaimana ayah nak mengambil "GL" sedangkan KLINIK Pergigian Air Itam juga tutup.Lagi sekali jawapan yang diterima sangat menghampakan
"Kami tak boleh buat apa la CIK.Cik tetap kena bawa "GL"."
Keesokan paginya sewaktu menghantar makanan atendan perempuan tersebut dengan sinis bertanya kepada ummi
"kak tak bawa mai "GL" lagi ka?"
Ummi malas nak bertengkar
"Takpa la.Mungkin ini rezeki kak dengan anak".
Petang tu ayah sekali lagi menceritakan isu ini kepada seorang nurse cina (yang biasa ummi ceritakan dalam entri sebelum ini).Jawapannya sangat mudah
"Takpala cik, nanti saya akan order makanan kelas ke 2 untuk anak cik.Untuk ibu (merujuk kepada ummi) tetap makanan kelas ke 3".
Dengan segera ummi menjawab
"Terima kasih banyak.Untuk saya memang tak kisah yang penting untuk anak.Sebab bila dia tengok kakak depan ni (merujuk kepada aliya-anak angkat ummi) makan benda lain dia memang tak mau makan".Aliya mendapat makanan kelas ke 2 kerana kilang tempat ayahnya bekerja yang membiayai semuanya dalam kelas ke 2.
Keesokannya angah dihidangkan makanan kelas ke 2 dan ummi makanan kelas ke 3.Dalam hati ummi ada kemusykilan dan rasanya sesuai ummi gunakan peribahasa "HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH".
Petangnya ayah terus membawakan "GL" yang dicetak dari KLINIK.Angah mendapat makanan kelas ke 2 sehinggalah hari terakhir angah dihidangkan makanan kelas ke 3 pada waktu makan tengahari.Ummi pertikaikan juga pada atendan perempuan tersebut.Jawapannya
"Ni bahagian dapuq la yang buat silap ni".
Ummi tetap mengatakan maaf sedangkan sepatutnya kata maaf tersebut lahirnya dari satu lagi pihak.Angah terus tidak mahu makan.Di sini ummi mula bersuara
"Kalau ayah tau jadi macam ni, jenuh ayah mengamuk".
Atendan tersebut serba salah bila melihat angah tidak menyentuh makanan tersebut.
"Tu dia nak makan apa?"
Ummi hanya menjawab
"Tak palah kak".
Petangnya angah disajikan semula makanan kelas ke 2.Bila ayah datang sengaja ummi diamkan perkara ini.Ummi telah berpesan kepada angah jangan memberitahu perkara tersebut kepada ayah.Bimbang berlaku pertelingkahan lagi.Petang tersebut angah sudah boleh keluar dari wad....
Pengalaman di sini??????Agaknya berapa bintang yang boleh ummi berikan?????Beginikah layanan kepada kami "orang kampung"??????
Apa pun jutaan terima kasih ummi hulurkan buat :
1. Nurse Hawa - sangat berhemah dan lemah lembut dalam menjalankan tugas.
2. Nurse Rosni - sangat berhemah dan lemah lembut dalam menjalankan tugas.
3. Nurse Siti Hajar - sangat berhemah dan lemah lembut pada semua golongan.
pandai mengambil hati kanak-kanak.
yang menemani ummi menaiki ambulans untuk proses membuat CT
Scan di Seberang Jaya.Dan bertindak menyuruh kakitangan di sana
Menyegerakan angah di scan dulu kerana katanya kesian melihat
angah berpuasa.
4. Nurse Pn Chiam - Yang pandai berusaha tanpa perlu mencari alasan.
Mendengar keluhan pesakit.
Bercakap dengan cara yang berhemah tidak mengira bangsa.
No comments:
Post a Comment