Thursday, October 6, 2011

TAYAR PANCIT?????

Ingat tak lagi entri ini.???Tentang betapa penakutnya ummi untuk memandu PDA ke kedai tayar.....

Semalam.... 05/10/2011- ummi keluar rumah seperti biasa.Selepas menguncikan pintu pagar dan memasukkan semua barang ummi ke dalam kereta ummi akan memeriksa keempat- empat biji tayar PDA.Tayar depan sebelah pemandu agak kempis dari biasa.Terdetik di hati ummi
"Tayar pancit."
Namun bila memikirkan ummi terpaksa menyusahkan ayah untuk kembali semula ke rumah atau ummi terpaksa merempit bersama 'CIK RISS', ummi cuba berfikiran positif.
"Tayar ni kurang angin agaknya."
Ummi memandu perlahan dan ummi sedikit pun tidak merasakan sebarang 'kepelikan' pada tayar PDA.Alhamdulillah ummi selamat tiba di pejabat dan bekerja seperti biasa.Selepas selesai waktu pejabat ummi ke tempat parking dan seperti biasa rutin ummi akan memeriksa tayar- tayar PDA.Ternyata tayar PDA masih seperti pagi tadi.Ummi berniat untuk beranikan diri untuk singgah ke stesen minyak untuk mengepam tayar.Namun sebaik ummi tiba di stesen minyak di Sungai Bakap ada satu treler yang bergerak perlahan di laluan kiri dan menghalang perjalanan ummi.Terus ummi batalkan niat dan terus memandu pulang.Semasa ummi telah memasuki jalan Valdor ummi tak tahu nama jalan, ummi merasakan tayar PDA sudah ada 'kepelikan'.Ummi teruskan berjalanan dan sememangnya dengan tawakkal kepada Allah.
Setibanya di rumah, ummi meneruskan rutin memasak.Menu hari ini, Ulam bendi rebus bendi yang ummi tanam, sambal belacan,sotong goreng kunyit dan sambal tumis ikan kembung.Apabila ayah dan anak-anak tiba di rumah, ummi terus maklumkan pada ayah keadaan tayar PDA.Terus ayah katakan tayar pancit.
Terus ayah bawa PDA ke kedai tayar dan apabila ayah pulang ayah maklumkan yang tayar PDA terkena paku.
"YA ALLAH"
Mungkin bagi orang lain, ini merupakan perkara biasa tetapi bagi ummi ini merupakan kurniaan Allah pada ummi kerana ummi langsung tak menyedari keadaan sebenar tayar PDA.Alhamdulillah ummi dapat keberanian tanpa ummi sedari.


SYUKUR YA ALLAH

No comments:

Post a Comment

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...