Friday, September 30, 2011

'SI DIA'

Semalam ummi bermimpi.Bermimpikan sahabat ummi di zaman persekolahan dahulu.Ya... sahabat ummi ini seorang lelaki.
Masih ummi ingat, kami bersekolah di High School Bukit Mertajam.Satu sekolah berlainan kelas.Perkenalan kami bermula dengan 'si dia' menegur sahabat baik ummi Suraya Abdul Majid.Ummi sangkakan perkenalan itu adalah disebabkan 'di dia' berminat dengan sahabat baik ummi ni.Kami belajar bersama, bertukar- tukar kaset nasyid, berkongsi kisah- kisah agama dan pelbagai lagi kenangan manis di zaman persekolahan.Di masa ini tersimpan minat ummi pada 'si dia' namun bagi ummi 'si dia' meminati sahabat baik ummi.Lagi pun takkan lah perigi hendak mencari timba pula....
Selesai zaman persekolahan, ummi dan sahabat baik ditawarkan untuk memasuki Kolej Profesional Mara.Ummi di Beranang, Selangor dan sahabat baik ummi di Melaka.'Si dia' menghantar ummi di stesen keretapi bersama adiknya Muhaimin kalau tak silap.Sayu sangat waktu itu....
Di kolej, ummi sangat- sangat 'down'.Kerinduan pada keluarga,memikirkan emak yang bertungkus lumus bekerja untuk menyara keluarga dan merasakan ummi sebagai beban pada emak.Tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada tiga orang adik selalu ummi ingati.Ummi mengingat jadual kerja emak ...shif pagi,petang dan malam.Adakah adik- adik ummi telah makan.Adakah makanan yang emak masak pada tengahari tadi masih cukup untuk adik- adik ummi makan pada waktu malam sementara menantikan emak balik pada pukul 11 malam.Pada zaman itu, hendak menelefon keluarga memang payah.Faktor kewangan dan kemudahan telefon awam menyebabkan ummi jarang sekali menghubungi keluarga.Semua ini menyebabkan ummi 'down'.Di waktu ini, surat- surat 'si dia' setia memberikan kata- kata semangat.Boleh dikatakan ummi sentiasa menantikan surat dari 'si dia'.Kalau surat terlambat bermakna 'si dia' sibuk namun pasti akan ada surat juga buat ummi.Selama satu tahun setengah ummi di sana selama itulah juga surat 'si dia' setia mengunjungi ummi.
Pernah beberapa kali kami bertemu di luar di tempat kerja 'si dia'.Pernah juga ummi meminjam duit dari 'si dia', ummi ni memang payah untuk meminjam duit melainkan benar- benar terdesak.Pernah sekali ummi meminta bantuan dari 'si dia' kerana tayar motor ummi pancit di Carefour Seberang Jaya.Banyak benar kenangan ummi dengan 'si dia'.
Setelah bertahun berlalu, dan semalam 'si dia' kembali ke dalam mimpi ummi.'Si dia' kembali untuk membantu ummi yang bermasalah hingga menimbulkan cemburu di hati isterinya.Panjang jalan cerita mimpi ummi itu....
Ummi pohonkan moga Allah panjangkan jodoh 'si dia' bersama isterinya di dunia dan akhirat.'si dia' dikurniakan anak- anak yang soleh juga sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.

kepada 'si dia': ummi mohon maaf andai pernah mengguris hati dan perasaannya.terima kasih atas semua kenangan terindah dan terima kasih kerana pernah menjadi sahabat dan penyokong ummi.TERIMA KASIH WAHAI 'SI DIA'.ummi pasti 'si dia' akan membaca entri ini

Sekian.......

No comments:

Post a Comment

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...