Friday, September 23, 2011

TAMAN TASIK TAIPING

19 Ogos 2011


Angah dan adek yang seronok sangat.

Syokla ayah tak payah penat-penat kayuh sebab along yang tolong kayuhkan swan tu.

Masa ni adek dah pucat dan takut sebab 'handle swan' tak berfungsi.

Ummi pun panik gak sebenarnya masa ni, tapi terpaksa 'relaks' sebab risau adek lagi takut.

Ummi dan ayah.


Percutian yang tidak dirancang.Kami ke Taman Tasik Taiping pada hari Isnin 19 September 2011.Kebetulan ummi dan ayah bercuti kerana ada urusan yang perlu kami selesaikan.Adek dan angah memang bercuti bersempena Jamuan Hari Raya dan Pertandingan Tilawah yang diadakan pada 16 September 2011.Ummi 'cutikan' along kerana dia selsema.

Kami tiba di sana dalam pukul 11.00 pagi.Seronok sangat anak- anak ummi kerana ini merupakan kali pertama mereka dapat mengayuh swan di tengah tasik.Setelah berbincang ummi akan menganyuh swan bersama along manakala ayah akan mengayuh swan bersama adek dan angah.Tetapi adek menolak untuk mengayuh swan bersama ayah.Jadi ummi terpaksa memujuk angah untuk mengayuh swan bersama ummi.Angah ni memang 'anak ayah'.

Ummi rasa sedikit gentar kerana terpaksa bersesak dengan angah dan adek dan risaukan angah kerana anak bujang tengah ummi ni berani.Risau juga jika ditengah- tengah tasik tu nanti ada 'aksi- aksi dramatik' dari angah.Yang tak bestnya ummi terpaksa mengayuh sendirian kerana kaki angah tidak sampai.Adek duduk di tengah- tengah.Hanya ada 2 swan saja di dalam tasik tersebut.Elok- elok dah sampai di tengah ummi sedar yang swan kami bertiga tidak boleh berpusing ke kanan, padahal masa tu ummi dah hampir melanggar pulau yang ada dalam tasik tersebut.Ayah minta ummi berundur, cepat- cepat ummi kayuh ke belakang.Lama juga ummi berpusing-pusing di situ.Adek dah panik masa ni tudung pun dah dibuka.Ayah dan along ke daratan mendapatkan bantuan.

Dalam dua minit kemudian bot penyelamat pun tiba.Hahahahah macam serius pula bunyinya.Tapi ada dua perkara yang ummi tak puas hati

1. Bantuan yang tiba sangat kasar.Botnya melanggar swan kami agak kasar mujur sempat ummi pegang anak- anak.

2. Semacam tak bersalah pengusaha swan mengatakan swan kuning (swan yang diberikan kepada ummi dan anak-anak) adalah swan yang selalu buat hal.Sedangkan banyak lagi swan- swan lain di situ.

Setelah bot itu beredar ummi bawa lagi angah dan adek pusing- pusing di sekitar situ, itu pun ummi terpaksa berkali- kali membetulkan besi yang tersangkut di tengah- tengah swan tersebut.Patutnya kami boleh meminta untuk digantikan dengan swan yang lain tapi ummi dan ayah memang malas untuk bertelagah.

Perancangan ummi seterusnya untuk membawa anak- anak ke zoo.Tapi ayah mengesyorkan untuk makan dahulu.Kami singgah di kedai untuk membeli makanan dan kemudian ke padang permainan yang bersebelahan dengan taman tasik.Sambil anak- anak bermain ummi dan ayah suapkan nasi untuk mereka.Kebetulan ada rombongan Prasekolah dari Baling berhenti di situ untuk makan, maka anak- anak ummi mendapat ramai kawan untuk bermain .Perancangan untuk ke zoo dibatalkan kerana anak- anak telah penat.

Ayah memilih untuk melalui jalan lama.Kami singgah solat Zohor di masjid ummi tak ingat nama masjid.Kami tiba di rumah sebelum Asar.

Seronok rasanya dapat mengembirakan anak- anak.

No comments:

Post a Comment

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...