Kisah kali ni berlaku semalam sewaktu ummi dalam perjalanan pulang dari pejabat.Ummi ni semenjak dua menjak ni suka sangat memberi laluan kepada pemandu yang ingin melintas di laluan ummi.Ummi dah dekat dengan rumah, di hadapan sana kelihatan sebuah van sedang memberi signal untuk masuk.Di belakang van tersebut terdapat dua buah kenderaan
ummi tak ingat dah kereta apa sebab dah termalu.Ummi pun dengan niat ikhlas memberikan laluan kepadanya terus menghentikan kereta dan mengangkat lampu tinggi.Tetapi ummi tengok van tersebut masih tidak bergerak.Dalam hati ummi dah mula mengatakan sombongnya pemandu van tersebut.Tengah ummi menunggu, pemandu van tersebut memberikan isyarat supaya ummi meneruskan perjalanan ummi.Masa ni ummi terus berkata dalam hati "kalau tak mahu masuk kenapa bagi signal?"Lantas ummi terfikir untuk melihat cermin pandang belakang...... sekali HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Padanlah pemandu van tersebut memberikan isyarat supaya ummi meneruskan perjalanan ummi..Di belakang ummi lengang tanpa sebuah pun kenderaan.Termalunya ummi.Ummi langsung tak pandang pemandu van tersebut semasa melepasi kenderaanya.Sehingga ke rumah ummi asyik tersenyum dan memikirkan kenapalah ummi tak melihat dulu keadaan di belakang ummi....
Apa pun ummi bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memberikan ummi keberanian untuk memandu walaupun masih memandu dalam keadaan berkaki ayam dan masih gagal untuk ke tempat yang ummi tak biasa.Ummi juga masih tidak pandai untuk masuk ke kotak parking dengan jayanya.Ada niat untuk berguru dengan
nadia.Tak boleh berguru dengan
bob dan
hamiz sebabnya kedua adik2 ummi ni kalau bawa kereta asyik nak hon saja.
Apa pun ummi bersyukur atas semua yang ummi dapat.
SYUKUR YA ALLAH
No comments:
Post a Comment