Thursday, April 28, 2011

PUAS HATI?????

Macam mana untuk ummi mulakan entri kali ni.....

Angah masuk ke wad 5 Hospital Bukit Mertajam semula pada 22 April 2011 hingga 27 April 2011.Pengalaman dua kali keluar masuk wad 5 ini sangat- sangat mengecewakan ummi dan ayah.

Pertama kali mendaftar masuk ke wad di bahagian hasil Hospital Bukit Mertajam seorang kakitangan lelaki berbangsa Melayu bertanyakan pada ayah adakah bekerja dengan kerajaan.Ayah mengiyakan dan menghulurkan kad pengenalan.Tiada langsung disebutkan perkataan "GL" pada sessi 'lapor diri' kami.Dua hari ummi di sana ummi memang pasti angah mendapat makanan kelas kedua.Hari ketiga ummi hanya sempat bersama angah dari 6.30 petang hingga 11 malam.Ummi kembali menjaga angah pada hari keempat pada pukul 10 malam.Keesokan paginya ummi agak terperanjat apabila melihat sarapan, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam semuanya adalah kelas 3.Ummi masih bersabar mungkin ada kesilapan di mana-mana.Lagi pun ummi bukanlah jenis yang suka membesar- besarkan isu yang kecil.Pada hari Sabtu (hari kelima), dari sarapan hinggalah ke makanan malam angah masih disajikan dengan makanan kelas ketiga.Di sini ummi mula bersuara pada ayah, dan ayah mula bertanyakan pada atendan yang menghidangkan makanan.Di sini bermulalah istilah "GL".

"Cik tak bawa GL ker?"

Ummi dan ayah agak pelik.Sekarang sudah menggunakan 'sistem online' dan pada sessi 'lapor diri' ummi dan ayah juga tidak diminta untuk mengemukakan "GL".Di sini ada sedikit perbalahan ayah dengan atendan perempuan tersebut.Dia mengatakan perlu membawa "GL".Kami akur mungkin itu prosedur yang diperlukan di sebuah 'hospital yang canggih' ini.

Keesokannya dari sarapan hinggalah ke makan malam angah tetap dihidangkan dengan makanan kelas 3 juga.Pada waktu petang sekali lagi ayah mempertikaikan kepada seorang lagi atendan perempuan dan jawapan yang sama ummi dan ayah terima.ummi memang jenis tidak suka bermasam muka.Beberapa kali lafaz maaf ummi hulurkan buat atendan perempuan tadi.

Namun yang peliknya pada hari akhir, angah disajikan dengan makanan kelas kedua.Ummi membuat kesimpulan sendiri mungkin ada berlaku kesilapan di mana- mana dan "GL" tidak diperlukan.Ada episod terkilan dan tidak puas hati ummi dan ayah namun kami diamkan saja.

..............................

Pengalaman kali kedua.


Angah di bawa oleh mertua ummi untuk membuat pemeriksaan kerana bengkak kalenjar angah kembali.Angah terus dimasukan ke wad 5 sekali lagi.Jadi kiranya semua urusan menggunakan kad pengenalan mertua.Petangnya ayah terus ke bahagian hasil dan jawapannya "sistem tak ok".Ayah terus bertanya sama ada ada cara lain dan dijawab oleh lelaki Melayu tersebut "takdak cara lain.Encik cuba lagi esok".Ummi menemani angah bermula malam tersebut.Keesokannya kami dihidangkan dengan makanan kelas 3.Ayah terus ke bahagian hasil dan jawapannya sangat- sangat menghampakan "Cik kena mai hari isnin la sebab cuti 2 hari".Ayah cuba berbincang dengan atendan dan nurse- nurse yang ada di situ.Semuanya mengatakan yang ayah perlu mengambil "GL".Ayah juga ada menyatakan bagaimana ayah nak mengambil "GL" sedangkan KLINIK Pergigian Air Itam juga tutup.Lagi sekali jawapan yang diterima sangat menghampakan

"Kami tak boleh buat apa la CIK.Cik tetap kena bawa "GL"."

Keesokan paginya sewaktu menghantar makanan atendan perempuan tersebut dengan sinis bertanya kepada ummi

"kak tak bawa mai "GL" lagi ka?"

Ummi malas nak bertengkar

"Takpa la.Mungkin ini rezeki kak dengan anak".

Petang tu ayah sekali lagi menceritakan isu ini kepada seorang nurse cina (yang biasa ummi ceritakan dalam entri sebelum ini).Jawapannya sangat mudah

"Takpala cik, nanti saya akan order makanan kelas ke 2 untuk anak cik.Untuk ibu (merujuk kepada ummi) tetap makanan kelas ke 3".

Dengan segera ummi menjawab

"Terima kasih banyak.Untuk saya memang tak kisah yang penting untuk anak.Sebab bila dia tengok kakak depan ni (merujuk kepada aliya-anak angkat ummi) makan benda lain dia memang tak mau makan".Aliya mendapat makanan kelas ke 2 kerana kilang tempat ayahnya bekerja yang membiayai semuanya dalam kelas ke 2.

Keesokannya angah dihidangkan makanan kelas ke 2 dan ummi makanan kelas ke 3.Dalam hati ummi ada kemusykilan dan rasanya sesuai ummi gunakan peribahasa "HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH".

Petangnya ayah terus membawakan "GL" yang dicetak dari KLINIK.Angah mendapat makanan kelas ke 2 sehinggalah hari terakhir angah dihidangkan makanan kelas ke 3 pada waktu makan tengahari.Ummi pertikaikan juga pada atendan perempuan tersebut.Jawapannya

"Ni bahagian dapuq la yang buat silap ni".

Ummi tetap mengatakan maaf sedangkan sepatutnya kata maaf tersebut lahirnya dari satu lagi pihak.Angah terus tidak mahu makan.Di sini ummi mula bersuara


"Kalau ayah tau jadi macam ni, jenuh ayah mengamuk".

Atendan tersebut serba salah bila melihat angah tidak menyentuh makanan tersebut.

"Tu dia nak makan apa?"

Ummi hanya menjawab

"Tak palah kak".

Petangnya angah disajikan semula makanan kelas ke 2.Bila ayah datang sengaja ummi diamkan perkara ini.Ummi telah berpesan kepada angah jangan memberitahu perkara tersebut kepada ayah.Bimbang berlaku pertelingkahan lagi.Petang tersebut angah sudah boleh keluar dari wad....

Pengalaman di sini??????Agaknya berapa bintang yang boleh ummi berikan?????Beginikah layanan kepada kami "orang kampung"??????


Apa pun jutaan terima kasih ummi hulurkan buat :

1. Nurse Hawa - sangat berhemah dan lemah lembut dalam menjalankan tugas.
2. Nurse Rosni - sangat berhemah dan lemah lembut dalam menjalankan tugas.
3. Nurse Siti Hajar - sangat berhemah dan lemah lembut pada semua golongan.
pandai mengambil hati kanak-kanak.
yang menemani ummi menaiki ambulans untuk proses membuat CT
Scan di Seberang Jaya.Dan bertindak menyuruh kakitangan di sana
Menyegerakan angah di scan dulu kerana katanya kesian melihat
angah berpuasa.
4. Nurse Pn Chiam - Yang pandai berusaha tanpa perlu mencari alasan.
Mendengar keluhan pesakit.
Bercakap dengan cara yang berhemah tidak mengira bangsa.

ISU MAKANAN SEMEMANGNYA BUKANLAH ISU YANG BESAR.NAMUN TUJUAN UMMI MENCATATKAN DI SINI HANYALAH SEBAGAI PENGAJARAN BUAT DIRI DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH YANG PERLU DIGALAS.

Tuesday, April 26, 2011

HOSPITAL BUKIT MERTAJAM








KESIMPULAN

Daripada apa yang ummi coretkan sebelum ini ternyata dunia zaman ini 'terlalu pelik'.Sekiranya kita ada jawatan atau kita mengenali 'orang atas' maka kita akan dilayan dengan baik.

Kesan daripada tindakan ayah itu, ummi dapat melihat 'pandangan serong' dari nurse- nurse dalam wad tersebut.

Bagi ummi, biarlah apa pandangan dan pendapat mereka tentang ummi dan ayah.Yang penting anak ummi kembali sihat selepas ini.Biarlah apa yang ayah lakukan itu dapat memberikan pengajaran buat doktor ????? supaya jangan hanya memandang bulu.Walaupun kami ni semua hanya 'orang kampung' namun kami berhak mendapat layanan dan rawatan yang sama rata kerana kami juga kakitangan awam dan kami juga rakyat Malaysia.

Pujian ummi tujukan buat seorang nurse berbangsa cina yang sangat- sangat baik dalam memberikan perkhidmatannya.Tak sempat pula ummi bertanyakan namanya.

Buat nurse yang baik dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ummi doakan semoga mereka akan terus dilimpahkan rezeki dan rahmat dari Allah.Bagi nurse yang sebaliknya pula ummi doakan semoga Allah memberikan petunjuk buat mereka supaya dapat mereka berfikir secara waras seandainya mereka di tempat ummi dan ayah bagaimanakah perasaan mereka apabila anak diperlakukan seperti bahan kajian?????

Renung- renung dan fikir- fikirkanlah..........


HANYA ALLAH YANG TAHU

Pengalaman menjaga angah di wad 5, Hospital Bukit Mertajam kali ini benar- benar merubah persepsi dan hormat ummi pada pakar-pakar yang memang ditauliahkan dalam bidang kedoktoran ini.

Angah dimasukkan ke wad kembali setelah kalenjar pada tengkuknya bengkak semula.Pada hari Sabtu dan Ahad angah dirawat oleh Doktor R-----.Ummi agak berpuas hati apabila ada penerangan yang terperinci dari doktor tersebut berbanding pengalaman yang pertama.Doktor ????? langsung tidak memberikan apa- apa penerangan kepada ummi.Dengan berlagak sombong dan berbahasa Inggeris memang ummi akui ummi 'meluat.Ummi akui salah diri sendiri kerana tidak fasih berbahasa Inggeris.Memang ummi kurang faham ditambah dengan istilah- istilah perubatan, lagi memeningkan kepala ummi.Apabila ummi bertanya lagi soalan bodo terus dia menjawab "You can ask my nurse after this".......Apabila doktor berlalu terus ummi tanyakan pada nurse yang bersamanya dan jawapan dari nurse "kak tak tanya doktor ke tadi?"Adakah ini sesuatu yang boleh dibanggakan????Tapi ummi diamkan diri kerana masih ada nurse- nurse di sana yang baik budi dan dedikasi dalam menjalankan tugas.

Namun pengalaman pada 25 April 2011 memang tak akan ummi lupakan sampai bila- bila.Pagi itu angah dilawati oleh tiga orang doktor pakar.Doktor Melayu, India dan Cina.Kebarangkalian angah jadi begitu adalah disebabkan giginya yang rosak, dan angah akan dirujuk pada doktor gigi.Tapi ummi memang sedih kerana mereka sendiri tidak dapat mengesan punca sebenar, yang ada hanyalah kemungkinan dan kebarangkalian.......lebih kurang pukul 10pagi angah dilawati pula oleh pakar pediatrik.Di sini ummi sangat- sangat takut kerana dimaklumkan kemungkinan angah mengidap talasemia dan dijangkiti kuman tibi.Mereka akan mengambil sampel darah angah sekali lagi dan akan melakukan satu ujian yang memerlukan satu wayar dimasukan melalui hidung disalurkan hingga ke perut.Hati seorang ibu mana yang tidak luluh apabila mendengar semua ini.

Petangnya pula angah dirujuk ke klinik gigi.Ummi telah maklumkan doktor lelaki tersebut bahawa angah dirujuk dari wad 5 disebabkan bengkak pada lehernya dan disyaki bengkak itu berpunca dari kuman dalam gigi yang rosak.Doktor itu mengatakan gigi tersebut perlu dicabut.Ummi yang cetek ilmu perubatan hanya mengiyakan sahaja kerana bagi ummi mereka lebih arif dalam hal- hal tersebut.sedih hati ini tatkala memujuk angah untuk menerima suntikan pada dua tempat.Tapi ummi masih mampu menahan air mata sehingga gigi angah dicabut.Balik dari klinik gigi ummi 'mendukung' angah sehingga ke dalam wad.Tapi sebaik masuk ke dalam wad angah mula menangis kerana tidak tahan sakit ditambah dengan darah yang tidak henti- henti mengalir.Ummi call ayah dan maklumkan keadaan angah.Terus ayah melenting, kerana sepatutnya gigi angah tidak boleh dicabut.Ayah sendiri bekerja di Klinik Pergigian.

Sangat sayu apabila melihat anak yang paling banyak karenah dan paling 'kuat'ummi bertanya pada ummi

"Pasai apa ummi nangis?"

Ummi hanya mampu menggeleng.sekali lagi soalan itu angah kemukakan.Terus ummi menjawab

"ummi nangis sebab tengok angah nangis laa.."

Tapi angah memang anak yang kuat.Terus dia katakan pada ummi

"Kami tau...Ummi nangis sebab ummi sedih tengok kami sakitkan?"

Murah benar air mata ummi pada hari ini.Angah masih menahan sakit.Meleleh air matanya.Terus ummi pujuk dengan mengambil tuala dan menuam secara perlahan- lahan.Akhirnya angah tertidur dalam kesakitan dan darah masih mengalir.Tiada seorang pun nurse yang bertanya khabar keadaan angah.Ayah tiba disaat ummi masih menangis dan sedang mengelap darah yang masih mengalir.Ayah terus hilang sabar dan terus ke kaunter depan.Kebetulan doktor ????? ada di situ.Terus ayah ajukan pelbagai soalan padanya dan di sini doktor tersebut menuding ke arah ayah dan berkata "you shut up".
Di sini kesabaran ayah sudah hilang.Soalan ayah cuma "kenapa perlu rujuk ke doktor gigi sedangkan anak saya sakit dan masih dalam rawatan?Sedangkan mengikut prosedur pergigian gigi tidak boleh dicabut jika seseorang dalam keadaan tidak sihat."
Berlaku pertengkaran di antara ayah dengan doktor tersebut.Doktor tersebut memang langsung tiada sifat merendah diri.Terus ayah katakan

"saya memang hanya seorang atendan, tapi dalam keadaan macam ni saya boleh gunakan orang atasan."

Bukan niat mengugut, tetapi kesabaran telah hilang dek kerana kelakuan seorang yang bergelar PAKAR.Ayah memang akhrab dengan seorang TAN SRI yang memang banyak menghulurkan bantuan,seorang yang tinggi pekerti dan beliau memang benci kepada kakitangan awam yang tidak beretika dan ego.Terus ayah tunjukan kad nama TAN SRI tersebut pada seorang lagi doktor.Ayah terus ke bawah untuk mencari doktor gigi yang bertanggung jawab mencabut gigi angah.Tak pernah ummi tengok ayah jadi biadap dengan orang seperti hari ini.

Ummi dipanggil oleh tiga orang yang bergelar PAKAR.Di sini ummi diterangkan sebab kenapa dan mengapa mereka merujuk angah kepada pakar gigi.Ummi hanya menganggukkan kepala dan air mata terus laju mengalir.Doktor tersebut hanya memujuk ummi dengan mengatakan "don't cry".Lantas dia mengatakan mereka akan menyediakan satu ambulans untuk membawa angah ke Seberang Jaya sekiranya darah masih mengalir.Ummi hanya mengangguk, otak ini tak mampu untuk merncernakan apakah yang "dibahasa Inggeriskan" oleh doktor tersebut.Ada perasaan marah di sini namun ummi masih mampu mengawal perasaan marah.Perbualan itu ummi akhiri kata maaf dan terima kasih dengan menghulurkan tangan kepada dua doktor perempuan tersebut.

Ummi terus call ayah dan memujuk ayah dan memang ayah nekad untuk membawa angah keluar mendapatkan rawatan di pusat rawatan swata.Di sini salah seorang doktor terus memujuk ayah dan mengatakan mereka akan memberikan rawatan yang terbaik buat angah.Terus doktor tadi datang melihat keadaan angah dan mengatakan darah pada gigi angah semakin kurang.Di sini ummi benci melihat pada wajah seorang nurse yang depan manis belakang tak payah cakap.Biarlah hanya Allah yang dapat membalas 'jasa- jasa' kalian semua.

Ayah juga telah menandatangani surat tidak bersetuju untuk menjalankan proses memasukkan wayar melalui hidung.Mungkin selepas selesai antibiotik kami akan mencuba kaedah lain.Kepada rakan- rakan yang tahu kaedah perubatan selain daripada 'mengadap PAKAR-PAKAR YANG TERAMAT BERTAULIAH' ini bolehlah maklumkan pada ummi.

Ummi juga mohon pada kawan- kawan untuk mendoakan kesihatan angah.Tak sanggup rasanya melihat angah sakit.

pesanan buat diri:jangan kita jadi lalang baik kita menjadi padi semakin berisi semakin menunduk.


Friday, April 22, 2011

HOSPITAL

Ummi dan angah akan tido kt wad lagi sekali.
Pohon kawan- kawan doakan kesihatan angah yer.

UJIAN LAGI

Tak kuat rasanya nak ummi coretkan di sini.Angah sekali lagi sakit.Bengkak di lehernya kembali.Bermacam yang bermain dalam fikiran ummi tatkala ini.Ditambah pula dengan cerita cucu seorang kawan mertua yang kisahnya lebih kurang angah, dan yang paling merunsingkan ummi cucunya telah pun kembali mengadap ILAHI di usianya enam tahun.

Ummi pohon pada ALLAH moga ditunjukkan kami kaedah rawatan yang sesuai serta ALLAH panjangkan tempoh untuk ummi meminjam angah.

Sunday, April 17, 2011

BERSIARAN DARI RUMAH MERTUA

Hari ni ummi bersiaran dari rumah mertua ummi.
Ketaq kaki tangan pun tak habis lagi ni.
Ummi drive dari rumah menggunakan jalan yang tak biasa ummi gunakan.

HUHUHUHUHUHUH

bilalah agaknya ummi jadi berani ni????


Monday, April 11, 2011

PERASAAN APAKAH INI??

Ummi sendiri tak pasti apakah yang sedang ummi fikirkan pada saat ini.Terasa seperti sedang memikirkan sesuatu namun minda tidak dapat mencerna apakah 'isi kandungan' tersebut.

Yang pastinya terlalu banyak perkara yang ummi risaukan.Perkara- perkara sekeliling yang berlaku turut mempengaruhi 'ketenteraman' ummi.

Kesihatan angah yang agak kurang baik.Demam yang berulang pada sabtu dan ahad.Selepas berpeluh pun badan angah boleh panas kembali.Terus ummi hentikan antibiotik pada angah.Ummi doakan anak- anak ummi diberikan kesihatan yang baik.Moga bengkak di leher angah cepat kecut.

Pagi ni pula kereta ummi tak dapat dihidupkan.Terus ayah 'charge' namun sebaik kereta dihidupkan lampu signal pula berkelip- kelip.Mulanya ummi ambil keputusan untuk mengambil EL sahaja namun setelah berkira- kira baki cuti yang tinggal terus ummi ambil keputusan untuk menggunakan motosikal.Break motosikal yang bising mengganggu perjalanan ummi, sehinggakan ummi rasa seperti tidak mahu menekan break.Sampai sahaja di pejabat, tudung ummi pula kotor kesan dari menggunakan helmet ayah.Terpaksa ummi mengalihkan bahagian dalam tudung ke luar.

Ummi masih teringatkan adik yang agak merengek mintakan sesuatu dalam kekalutan ummi pagi tadi.Terdetik satu penyesalan dalam diri ummi kerana mengabaikan anak kecil ummi.Semoga anak- anak ummi ceria- ceria sahaja di sekolah pada hari ini.

Di pejabat, ummi sayu sangat melihat kegigihan CC ummi yang baru kembali bertugas setelah sekian waktu bercuti sakit.Ditambah pula dengan salah seorang 'adik pejabat' ummi yang ibunya masih berada di wad.Terasa sesak benar minda ummi tatkala ini.ummi pohonkan pada Allah semoga 'kesesakan' ini akan kembali pulih seperti sedia kala.Ummi juga doakan semoga semuanya sihat kembali seperti sediakala.

Ya Allah.Engkau permudahkan semua urusan ummi dan jadikan ummi di antara hamba- hambaMu yang kuat dalam menerima ujian dan dugaan.Semoga ummi menjadi seorang yang beryukur.amin

Wednesday, April 6, 2011

DI SAAT UMMI 'DOWN'

Angah di masukkan ke wad 5, Hospital Bukit Mertajam dari 29 Mac 2011 hingga 4 April 2011.Di saat itu, ummi sangat- sangat 'down'.

Buat keluarga ummi,mertua ummi yang turut membantu ummi menjaga angah di wad, ipar duai ummi.Semua banyak memberi kata- kata semangat buat ummi.Juga kepada teman- teman sejati ummi yang banyak memberi dorongan dan semangat.Terima kasih buat semua.Di saat inilah ummi dapat mengenal yang mana teman sejati ummi.

Juga buat nurse- nurse wad 5, Hospital Bukit Mertajam terima kasih atas layanan baik dari kalian semua.Terutama buat nurse yang bernama Hawa, sama- sama berzikir dengan ummi dan angah di saat memujuk angah di waktu proses mengambil darah.Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.Layanan kalian semua sangat berbeza berbanding pengalaman ummi yang lepas.

Terima kasih buat kak Yati, doktor Norziana (mama kepada Husna),nenek kepada Ain,Yati, Ida, ibu kepada Airil Ikhwan.Pengalaman bersama kalian di dalam wad 5, insyaAllah akan ummi ingat sampai bila- bila.

TERIMA KASIH SEMUA.

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...