Pesanan daripada Ummamah Binti haris kepada puterinya Ummu Ilias Binti Auf ketika berlangsung perkahwinannya dengan Amru Bin Hujrah. Ummamah masuk ke bilik anaknya dan berpesan," Anakku, jagalah baik-naik 10 perkara ini. kelak engkau akan memiliki perbendaharaan rumah tangga".
10 PERKARA ITU ADALAH:
1. Hormati suamimu dengan menggembirakan serta memberi kepuasan kepadanya. kebahagiaan dan kepuasan sebenarnya bertunjang di hati. Apabila hati seorang suami tidak tenteram apa yang dilakukan oleh isteri ada saja yang tidak kena. Manakala hati suami yang tenang apabila segala tindak tanduk si isteri menyenangkan, lalu ia akan mencetuskan kemesraan dalam rumahtangga.
Suami yang mendapat ketenangan di rumah akan muncul di tengah masayarakat sebagai orang yang ceria, aktif, & mudah bertolak ansur. Begitu juga dengan isteri yang mendapat ketenangan di rumah akan menjadi isteri yang ceria, penyayang & bahagia rumahtangganya. Pasangan dalam rumah tangga yang bahagia akan dapat melakukan ibadah dengan rasa khusyuk.
Diriwayatkan oleh Maisarah Bin Ali daripada Abu Sayid Bin al-Khudri, Nabi Muhammad saw bersabda," Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya & isterinya pula membalas pandangan dengan pandangan cinta dan kasih, lalu Allah swt menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Dan jika suami membelai isteri, lalu dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari mereka
Isteri hendaklah selalu menghadiahkan senyuman buat suami, begitu juga sebaliknya. Senyuman yang menawan dapat menambat hati pasangan. Apatah lagi ia dilakukan setiap kali suami pulang ke rumah. Senyuman dapat melegakan fikiran serabut suami setelah seharian bekerja di pejabat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud," Senyuman yang terukir di bibir sedikit sebanyak menghilangkan kekeruhan di dalam rumahtangga.
2. Turuti perintah suamimu dengan baik, kerana kewajipan utama bagi seorang isteri adalah taat kepada suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama. Tidak rugi taat kepada suami kerana ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi.
Nabi Muhammad saw bersabda,"apabila isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan dan mentaati suami maka diucapkan kepadanya,"Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki.". ( Riwayat Ahmad at-Tabrani )
3. Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu melihat sesuatu pandangan buruk daripada pandanganmu. Maksudnya berhiaslah yang cantik-cantik untuk suami dan berikanlah senyuman padanya.
4. Awasilah hidungnya jangan sampai suamimu tercium bau kecuali bau yang paling sedap dan nyaman daripadamu
5. Awasilah tidur suamimu dan jangan sampai terganggu kerana gangguan orang yang sedang tidur itu boleh membawa kemarahan. Sedangkan kemarahan itu adalah sifat syaitan. Jangan dibiarkan tidur suami terganggu dengan anak-anak yang membuat bising, membuka suara televiseyen atau radio dengan suara yang terlalu kuat. Kemarahan dan rasa tidak hormat ini dibimbangi jika ia berterusan boleh membawa kepada perceraian.
6. Awasilah suamimu waktu makannya. Jangan sampai dia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut boleh menimbulkan kemarahan. Apabila suami pulang, sediakanlah makan dan minumnya. Temankan suami ketika di meja makan kerana perbuatan ini akan mendapat ganjaran besar daripada Allah swt.
Nabi Muhammad saw bersabda," Wahai Fatimah, kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh kerana membasuh untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api neraka bagi menghalang api neraka itu. Dan jarak antara satu parit dengan parit yang lain adalah sejauh seperti langit dan bumi. Wahai Fatimah, bagi wanita yang mengalirkan air matanya kerana memotong atau menghiris bawang untuk di masak kepada ahli rumahnya, maka Allah swt mencatatkan pahala sebanyak yang diberikan kepadanya orang yang menangis takutkan Allah swt. " ( Riwayat Abu Hurairah )
7. Jagalah harta benda suami. Isteri harus bijak mengatur urusan rumahtangga. Nabi Muhammad saw berkata," Sebaik-baik wanita jika engkau pandang dia menyenangkanmu. Jika engkau perintah, dia mentaatimu. Jika engkau tinggalkan, dia akan jaga harta dan dirinya.
8. Jagalah anak-anak, keluarga dan pembantu rumah. Peliharalah anak-anak dengan baik kerana mereka adalah benteng daripada terkena api neraka.
9. Jangan menentang perintah suami kerana ia akan menyedihkan hati suami. Nabi Muhammad saw bersabda,"Sesiapa saja isteri yang derhaka terhadap suami dan menyakiti hatinya akan mendapat kutukan daripada Allah swt, para malaikat dan segenap manusia.
10. Jangan buka rahsia suamimu kerana jika engkau membuka rahsianya, engkau tidak akan selamat daripada pembalasan-Nya. Nabi Muhammad saw menjelaskan pengkhususan dan kesucian perkahwinan. Baginda mengharamkan kepada suami atau isteri menceritakan hal-hal yang terjadi terumata sekali perkara yang berkaitan dengan hubungan mesra suami isteri ini kerana ia merupakan akhlak yang paling buruk dan tercela. Oleh itu, peliharalah apa yang terjadi antara suami isteri dan ia harus di simpan dan dirahsiakan.
No comments:
Post a Comment