Monday, November 29, 2010

PERLU TERUS BERSABAR....

Sesungguhnya kita hanya merancang dan perancangan tersebut adakalanya menyakitkan dan memeritkan apabila ianya tidak menjadi kenyataan.

Di kala ini, ummi hanya mampu memujuk diri.... "sabarlah".Perancangan ummi dan ayah untuk berpindah ke rumah baru masih tidak kesampaian.Walau pun telah mendapat kunci rumah, namun ummi dan ayah tidak boleh lagi berpindah kerana tenaga elektrik tidak dapat disambungkan lagi atas alasan ada lagi 'pemeriksaan dan pembetulan' yang harus dilakukan.Sewaktu menyerahkan kunci pihak pemaju menyatakan masa yang diperlukan hanyalah seminggu untuk mendapatkan kebenaran dari TNB untuk penyambungan elektrik.Hari ini, selepas ummi menelefon pihak pemaju lain pula jawapan yang ummi terima.Ummi harus menunggu hingga dua ke tiga minggu lagi.... dan ummi juga tahu sekiranya pihak pemaju menyatakan tempoh dari dua ke tiga minggu bermakna ummi perlu bersedia untuk menerima berkemungkinan penantian ini akan berlarutan sehingga ke sebulan.

Ummi sangat- sangat terkilan kerana banyak perancangan kami yang tertangguh.Semalam sewaktu kami ke rumah, ummi lihat ada jiran ummi yang telah siap memasang langsir dan semestinya harapan untuk jiran tersebut berpindah ke rumah baru sangatlah tinggi.....

Ummi cuba untuk bertahan agar air mata ini tidak gugur.Ummi kesiankan anak- anak yang sememangnya tidak sabar untuk berpindah.Ummi cuba mencari kelebihan di sebalik penantian ini namun ummi gagal menemuinya.Dan sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui akan segalanya.........................

Ya Allah, kuatkan hati ini untuk menerima semua ini dengan redha dan sabar.amin.

1 comment:

  1. Salam Puan Aishah

    Apapun Azril berharap agar Aishah cekal dan sabar dalam mengahadapi dugaan hidup.

    ReplyDelete

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...