Malu dan takut yang tidak bertempat- inilah salah satu sifat negatif yang ada dalam diri ummi. Setelah berkahwin dan mempunyai tiga orang permata hati, ummi masih mempunyai sifat negatif ini malahan semakin menebal dalam diri ummi.
Kadang- kadang ummi menyesal sangat kerana disebabkan sifat ini banyak perkara yang ingin ummi lakukan 'terbantut'.Ummi sendiri tidak tahu macam mana harus ummi kikiskan perasaan malu dan takut yang tidak bertempat ini.
Awal pagi semalam ummi menerima panggilan dari kak norihah, seorang rakan yang ummi anggap seperti kakak.Kalau ummi bergayut di telefon dengannya memang tidak sedar masa berlalu.Ummi senang meluahkan masalah padanya.Dulu kami berjiran pejabat dan sekarang dia telah bertukar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim.Namun panggilannya kali ini membawa khabar duka, ibunya baru saja menghembuskan nafas yang terakhir.Nada suaranya tenang dan masih lagi sempat bergurau tentang anak ummi.
Di sinilah ruginya mempunyai sifat / perasaan malu dan takut yang tidak bertempat.Semalam memang hari yang sibuk bagi ayah.Jadi sekiranya ummi ingin berziarah ummi perlu memandu sendiri.Akhirnya ummi tidak dapat menziarahi jenazah ibu kawan ummi disebabkan pelbagai perkara yang bermain dalam fikiran ummi.
1. nak parking kat mana?
2. nanti anak- anak berlari sana sini, macam mana?
3. kalau dah dapat parking, bila nk keluar balik kalau kereta banyak macam mana pula?
4. macam- macam lagi.......
Kesimpulannya ummi 'tewas' sebelum ummi berusaha....Teruk kan ummi ni???????
Ummi tidak tahu sampai bila ummi akan ada sifat / perasaan negatif ni....
Salam Puan Aishah
ReplyDeleteTakpa lepas ni cuba lagi.
Azril tau Aishah kan jenis tak mudah menyerah kalah.
Cuba imbas kembali pada tahun 1998 di IPM Beranang dimana Aishah cuba mengatasi ketakutan duduk berjauhan dengan keluarga Aishah dan kecekalan Aishah dalam menimba ilmu disana.
Apapun sebagai kawan sekolah Azril berharap agar Aishah cekal dan kuat sebagaimana di waktu sekolah dahulu.