Monday, December 24, 2012

15/12/2002 ~ 15/12/2012

Alhamdulillah genap 10 tahun (tahun masihi).
Ummi bersama En Abdul Shukor bin Haji Abdul Rahim.

Daripada

seorang yang sangat2 'rajin' .....
telah menghampiri paras rajin (dalam ertikata sebenar)
walaupun belum di paras rajin

seorang yang sangat2 tak pandai memasak
telah menghampiri paras boleh memasak
walaupun belum di paras pandai memasak

seorang yang kelam kabut
telah menghampiri paras sederhana
walaupun belum di paras tenang

seorang yang tak boleh memandu kereta
telah boleh memandu kereta
walaupun parking tetap tak pas...
hahahhaahaha

Rasanya banyak lagi yang tak tersenarai di sini...
Terima kasih wahai suamiku
Kerana telah menerima segala kekurangan yang ada pada diri ini

ALLAH YA ALLAH

SYUKUR YA ALLAH ATAS KURNIAANMU


** awal pagi 15/12/2012 anak2 ummi semua mengucapkan 'selamat hari perkahwinan ummi dan ayah'**

SAU

Tertarik selepas baca di SINI
Terus ummi order online.
Dan alhamdulillah telah sampai pada hari Sabtu.
Dan alhamdulillah ummi telah habiskan pada hari ni.
Suka sangat2.
Semoga dapat ummi manfaatkan sedikit teladan dalam kehidupan harian ummi.



ALLAH YA ALLAH

Thursday, December 20, 2012

Wednesday, December 19, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah
Selesai satu amanah.
Dari pagi sampailah ke tengahari niii asyik memikirkan amanah yang diberikan.
Waktu makan sehinggalah ke toilet asyik dok pikir.
Call Branch Penang hinggalah ke Sungai Petani
Dan akhirnyaaaaaaaa .......................
Ummi ketemu jawapannya

ALLAH YA ALLAH

**syukur**

Friday, December 14, 2012

HATI BERBUNGA RIANG

Heheheheheh
bestnya tajuk entri ummi kali nii......
Bayangkan ada sebuah hati
Dari hati tersebut keluar banyak bunga
Dan di setiap bunga terukir senyuman

Comei.... comei... comei


(alaaaa ni gambar hati2...ummi ada satu hati jer)

Ummi senang bekerja dengan bos baru
Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan

ALLAH YA ALLAH

**syukur-syukur-syukur**

Tuesday, December 11, 2012

MEMORI

CAMERON HIGHLAND




HOTEL SERI MALAYSIA, IPOH




ALLAH YA ALLAH

**syukur Ya Allah**

ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Allah
Sekali lagi ummi sekeluarga dapat bersama- sama 'makan angin'.Percutian yang tak dirancang.

Jumaat (07/12/2012)
- majlis perkahwinan di Kompleks Penyayang, Penang.(malam)

Sabtu (08/12/2012)
- ikut adik ipar (hajar) balik Selangor.
- bermalam di Hotel Sahara, Rawang.

Ahad (09/12/2012)
- 1.00 tengahari bertolak pulang.
- singgah di Cameron Highland (perjalanan yang terlalu mencabar).
- 7.00 malam bertolak dari Cameron Highland.
- bermalam di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Isnin (10/12/2012)
- pagi, sessi mandi manda bersama anak- anak.
-12.30 tengahari bertolak pulang.
- singgah makan mee banjir udang di Kuala Sepetang.
- 5.00 petang selamat tiba di rumah.


ALLAH YA ALLAH

**syukur.syukur.syukur**

Wednesday, December 5, 2012

SAYUNYA HATI NIIII

Dah lama ummi tak menulis di sini.
Hati ummi sangat- sangat sayu.
Mood sangat- sangat 'down'


ALLAH YA ALLAH

** ampunkan semua dosa- dosaku.Tenangkanlah hati dan jiwaku ini.**

Wednesday, October 17, 2012

CC BARU

Alhamdulillah
Ummi dapat CC baru.
Setakat ni ummi sangat suka cara dia bekerja.
Walaupun muda dari ummi, dia bekerja seperti berpengalaman telah lama.
Banyak pembaharuan yang ummi nampak walau baru sehari setengah dia di sini.
Memang dia layak mendapat jawatan tersebut.
Orangnya kaya dengan senyuman.

Semoga dengan adanya bos baru ni ummi dapat meningkatkan kualiti kerja.

ALLAH YA ALLAH

** Syukur Ya Allah.ummi dalam mood happy**

SELESAI SUDAH

Ahamdulillah telah selesai membaca buku BERSYUKUR SAAT DIUJI.
Cuba mendekatkan diri dengan ilmu.Dah lama tak membaca buku yang banyak manfaat.
Moga apa yang ummi dah baca dapat ummi praktikkan dalam kehidupan harian.Moga ummi tergolong di kalangan YANG CEMERLANG DI DUNIA & AKHIRAT.amin.


ALLAH YA ALLAH

Wednesday, October 10, 2012

BAYAR CASH

Alhamdulillah, pagi tadi semuanya ummi rasakan lancar.Urusan menyiapkan anak- anak sehinggalah urusan menyiapkan diri sendiri.Keluar dari rumah terasa tenang sahaja.

Sebaik memulakan perjalanan ke pejabat, ada sebuah motosikal yang bergerak agak perlahan dan berada di laluan ummi.Terus ummi melalui motosikal tersebut sambil mulut bising dok membebel.Huhuhuhuhhuuh

Seperti biasa ummi akan melalui jalan pintas melalui sebuah taman perumahan yang mana majoritinya masyarakat Cina dan India.Ummi perlu melalui sebuah jambatan batu.Dari kejauhan ummi nampak sebuah kereta Myvi sedang melalui jambatan batu tersebut.Terlalu perlahan.Dalam hati dah bermacam 'bunyi'.Di belakang Myvi tersebut ada sebuah motosikal dan ummi di belakang.Motosikal tersebut pun bergerak perlahan.Ummi yang mengikut dari belakang terpaksa memperlahankan kelajuan kereta.Jambatan batu tersebut agak tinggi.Entah macam mana dalam keadaan kereta tengah 'memanjat', kereta ummi 'bergegar' menunjukkan gear yang digunakan tidak sesuai.Tangan dan kaki ummi seperti malas nak menjalankan tugas untuk menukar gear, apa lagi 'menari' lah kereta ummi di atas jambatan batu tersebut.Dengan separuh badan kereta telah di atas jambatan dan separuh masih di atas jalan enjin mati.Cepat- cepat ummi hidupkan enjin kembali sambil mata sempat memandang cermin belakang.Ada sebuah motosikal di belakang ummi.Heheheeh malunyaaaa.... Terus ummi lajukan kereta tanpa pandang orang di kiri dan kanan.

Sebaik jauh meninggalkan jambatan batu tersebut hati ummi berkata.

"Ya Aishah, padan muka sendiri.Jangan lupa zaman sekarang ni Allah bayar cash.Tadi belagak sangat nak mengata orang yang menunggang motosikal dan memandu Myvi tadi....Ni baru pakai kereta avanza itu pun second hand dah nak berlagak belum pakai camry best lagi!!!!!!"

Lawak pun ada.Memang sepanjang perjalanan tadi ummi asyik senyum sorang- sorang.

ALLAH YA ALLAH

**ampunkan ummi.Lalai sangat.ummi lupa pada yang bawah di saat ummi baru sedikit di atas**

Tuesday, October 9, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah
Ummi dah dapat penyelesaian.
Ummi tak mau sakitkan kepala fikirkan benda yang bukan bawah tanggungjawab ummi.
Ummi akan serahkan kembali kepada yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa yang tertangguh.

ALLAH YA ALLAH

** ampunkan ummi.semenjak dua ni ummi cepat sangat melenting cepat sangat melatah....kesan kursus motivasi yang ummi hadiri telah meninggalkan ummi**

SAKITNYA HATI

Sakit hati sangat- sangat.
Bila ada masalah lempaq kat ummi.
Sedangkan isu potongan gaji ni dah lama.
Dah berbuih mulut ummi ingatkan perkara ni.
Bila orang yang berkenaan mai pejabat.....senang- senang lempaq kat ummi.
Kalau dari awai tahu tak boleh nak buat, serah laaa kat ummi

ALLAH YA ALLAH

**Ampunkan ummi
sangat-sangat  sakit hati
sangat- sangat marah niiiiiiiiii**

Friday, September 28, 2012

REDHA

Ummi masuk pejabat selepas 2 hari berkursus di KOMTAR.Allah... suka sangat ummi dengan kursus BUKA HATI BUKA MINDA ....TRANSFORM.2 penceramah jemputan sangat best....Allah... banyak sungguh manfaat yang ummi dapat.Kisah kursus ummi akan ummi kongsikan dalam entri yang lain InsyaAllah.

Hari pertama ummi balik kursus dapat berita adek pula rabun jauh seperti mana 2 abangnya!!Allah..... sedihnya ummi.Pada mulanya sukar juga ummi nak menerima berita tersebut.Namun mungkin setelah ada sedikit manfaat dari kursus (dengan izin Allah) ummi perlahan- lahan belajar untuk redha dengan berita tersebut.Pada mulanya ummi menyalahkan diri kerana terlalu awal memperkenalkan komputer kepada anak- anak, namun setelah ummi renung sedalam- dalamnya pendapat ummi berubah.Ramai ibu bapa yang memperkenalkan komputer kepada anak- anak di usia yang muda namun tak semuanya rabun.Jadi ummi katakan pada diri ummi kalau tanpa izin Allah anak- anak ummi nak jadi rabun perkara ini tidak akan berlaku.Biarlah apa orang nak kata, mulut manusia memang tak dapat nak ditutup.Kadang kala ummi terkilan dengan ibu bapa di sekolah.Ada yang berkata

"kecik- kecik anak kak dah pakai spek mata.Dua- dua pula tuu......kesian".

Hati ummi ni tersentuh sangat.Takkanlah seorang ummi ni sengaja nak membiarkan anak-anaknya memakai cermin mata seawal usia 6 tahun.Namun ummi redha dan pasrah.Ini Allah punya hebat.Siapa tahu nanti anak- anak ummi ni nanti jadi pensyarah atau ustaz atau ustazah atau doktor..........Tak mustahil kan!!!!! Hebatnya Allah ni kadang- kadang kita tak nampak sekarang.

ALLAH YA ALLAH

**sesungguhnya ummi tak tahu apa yang tersirat di sebalik semua ini, namun ummi yakin dan pasti setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.**
**yang penting sekarang ini ummi harus redha.Biar apa orang nak kata sebabnya manusia ni selalu hanya akan nampak satu kelemahan seseorang walau dia punya sepuluh kebaikan.**
**Yang penting.... ummi perlu POSITIF.**

Tuesday, September 25, 2012

25 SEPTEMBER 1993

Genap 19 tahun (masihi) ayahanda ummi telah meninggalkan kami sekeluarga.
Di pagi Sabtu ummi dikejutkan oleh ayahanda dengan pesanan

"kakak, bangun satgi kemas rumah.Hari ni ramai orang nak mai rumah kita".

Ummi yang hanya berusia 13 tahun pada waktu itu sekadar mengiakan sahaja kerana pada malam itu ummi telah merajuk dengan ayahanda.Disebabkan teguran kerana bising sewaktu ayahanda sedang solat.Ummi ni memang anak manja ayahanda.
Lebih kurang pukul 7 pagi ummi dikejutkan dengan suara tok ummi mengejutkan kami.Katanya ayahanda ummi kemalangan.Pada fikiran ummi pada waktu itu ayahanda hanyalah cedera ringan kerana boleh dikatakan kerap juga ayahanda bercerita tentang kemalangan kecil yang dilaluinya.Terus ummi bangun kemaskan tempat tidur dan kejutkan adik- adik.Sham berumur 11 tahun, Intan 9 tahun dan Deknot hanya berusia 6 tahun.Emak bekerja shif pagi.

Tak sampai setengah jam ummi dikejutkan dengan berita ayahanda ummi telah kembali mengadap Allah SWT.

ALLAH YA ALLAH

Lemahnya ummi tatkala itu.Teringatkan emak di tempat kerja yang belum mendapat berita menambahkan pilu dihati.
Jenazah ayahanda selamat dikebumikan pada petang 25 September 1993 selepas waktu Asar.
Dan alhamdulillah ummi telah dibesarkan oleh emak yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah.

ALLAH YA ALLAH

Besarnya jasa emak kepada kami 4 beradik.Moga kami berempat sentiasa di landasan yang benar dan semoga kami dapat membahagiakan kedua orang tua kami di dunia & di akhirat.InsyaAllah.

Friday, September 14, 2012

PADAN MUKA UMMI

padan muka ummi....dok ralit main game sangat, sekali customer mai nk bayaq duit rumah.ummi buat kesilapan dah kena call ibu pejabat utk batalkan resit.sekali kena direct ngn bos sebab yang bertanggungjawab tu tiada.
TU PERINGATAN BESAR !!!! jangan lalai
 
ALLAH YA ALLAH

Friday, September 7, 2012

EMOSI

Sekarang.............
emosi ummi sangat tak stabil
serabut sangat
tak tahu mana yang perlu ummi dahulukan
mana yang perlu dikemudiankan
Hati sangat mudah tersentuh
sangat mudah terguris
akibat percakapan
akibat perbuatan
akibat tingkahlaku
akibat perubahan
seseorang.......

ALLAH YA ALLAH

**bantulah hambaMU ini dalam mencari sinar kembali.Tunjukkan daku laluan sebenar**

RENUNGAN: APAKAH PERBEZAAN ANTARA RM1 DENGAN RM100

Korang semua pun tahu, wang RM100 dan RM1 sama-sama dicetak dan diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit te
rsebut.

RM100 bertanya kepada RM1,

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100,

"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, dan aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion dan juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!"

Lalu RM1 bertanya lagi,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"

RM1 pun berkata lagi,

"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.

Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.

Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

**Artikel asal oleh Ustaz Nasir. Diolah semula oleh
Oh! Islam. SHARE dan LIKE jika kisah ini bermanfaat kepada anda dan yang lain.**

Tuesday, August 28, 2012

GEAR REVERSE

ok ummi!! time to sedar diri!!masu​k gear reverse n undur....o​rang xsudi kita jgn terhegeh2!​!bye

Friday, August 24, 2012

PAKAI SAJA TUDUNG LABUH

Ummi tak tahu apa kesalahan ummi pada si polan ni.
Dia menyampaikan kata- kata tersebut melalui seseorang.
Biarlah......
bagi ummi jika dia dalam keadaan kurang waras
eloklah ummi berdiam diri kerana jika ummi berbalas kata
jadilah ummi seorang yang kurang waras
bahkan lebih teruk dan dasyat daripada si polan

**ampunkan ummi Ya Allah.Moga ummi tidak salah dalam memilih sahabat**

ALLAH YA ALLAH

AL FATIHAH

SABTU ~ 29 RAMADHAN 1433

tok @ dadi kepada ayah telah kembali bertemu YANG ESA pada pagi 29 Ramadhan 1433 jam 1.15pagi. Dadi memang dah lama tak sihat. Kadangkala dadi langsung tidak mengenali kami. Kadangkala dadi akan bersolat semula disebabkan lupa @ nyanyuk.Kadangkala dadi siap bergaduh dengan mertua ummi dengan mengatakan dia belum makan sedangkan dia telah makan. Memang riuh rendah jadinya....Dengan cicit- cicitnya (anak2 ummi) pun kadangkala jadi punca untuk bertengkar. Namun selepas dadi sakit teruk pada tahun lepas dia kurang bersuara, banyak masa dihabiskan di dalam biliknya. Makan minum lebih di dalam bilik.
Akhirnya dadi meninggalkan kami semua di dalam bulan yang penuh rahmat ini. Segala urusan untuk mengebumikan dadi berjalan dengan lancar dan tenang sekali.SYUKUR YA ALLAH.

** moga Allah tempatkan arwah dadi bersama golongan yang beriman.amin3**

ALLAH YA ALLAH

Wednesday, August 22, 2012

RAYA 2012

pagi raya pertama ~ selepas dapat duit raya

beraya di rumah tokcik pada raya kedua.

dekat rumah tokcik~ anak2 ummi pantang nampak kucing.
raya ketiga~ deknot,sham,ummi,adek,pia dan mak

intan,sham,ummi,adek,pia dan mak

kami 4 beradik bersama mak dan syifa

inilah keluarga besar ummi
(tu adek tengah wat perangai sebab pakngah sham xnak dokong)


ALLAH YA ALLAH

**ummi bersyukur di atas segala nikmat**

Friday, August 17, 2012

28 RAMADHAN 1433

Ummi kat pejabat sekarang ni.
Hujan mencurah- curah membasahi bumi.
Allah Ya Allah
Sayunya hati......
Ramadhan bakal meninggalkan kita.
Amalan ummi masih di paras lama bahkan makin berkurang menjelang Syawal.
Ummi jeles dengan ayah...
Alhamdulillah setakat ni sunat tarawikh ayah belum tinggal
10 malam terakhir ni dengan qiamullail pula

ALLAH YA ALLAH

**ampunkan dosa- dosa ummi.Terlalu jahil hambaMU ini**

Tuesday, July 31, 2012

31 JULAI 2006

Hari ni genap umur SITI ADHWA SAKINAH 6 tahun (masihi).
Semalam beria- ia adek bercerita.Katanya esok semua kawan- kawannya tak akan berpuasa sebab hendak menyambut hari lahirnya.Ummi dengar sahaja.
Selepas berbuka puasa barulah ummi bersembang- sembang dengan adik.

"adek, kalau sambutan hari lahir adik ummi buat lepas raya boleh dak?Bukan apa ummi kesian dekat kanak- kanak yang berpuasa.Nanti depa dok tengok kawan- kawan makan."
Riak wajah adik berubah.

"Tu la ummi.... tadi mama Fatihah kata xboleh xposa.xpalah ummi nanti lepas raya ummi buat naaa."

"Esok kawan- kawan Inah cuma boleh ucap hepi bezday saja lah kan?"

Ummi hanya mengangguk.Anak dara ummi ni lain macam manja sikit.Tak boleh tak kena sikit mulalah nak nangis.

Apa pun moga anak ummi terus membesar menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

ALLAH YA ALLAH

Monday, July 23, 2012

ABG NGAH PONTENG KELAS

Ummi baru sahaja lepas bercakap dengan mertua di talian.
Tujuan hanya sekadar bertanya khabar tentang anak- anak yang berpuasa.
Namun...........
Sedihnya ummi ini bila mendapat tahu angah ponteng kelas pagi tadi.
Puas cikgu mencari angah dan hasilnya tengah melepak bersama seorang kawan di belakang makmal komputer.
Wahai anak, ummi sangat takut apabila mendengar tentang kelakuan kamu.
Wahai anak, kamu baru sahaja dalam darjah satu.
Wahai anak, bagaimana harus ummi mendidik kamu????
Wahai anak, moga kamu membesar sebagai anak soleh dan seterusnya kamu antara penghuni syurga.

ALLAH YA ALLAH

**bantulah hambaMU ini dalam mendidik anak2 ku terutamanya si bujang tengah**

SUBHANALLAH

SUBHANALLAH
Murah sungguh rezeki ummi sekeluarga dalam bulan Ramadhan nie.
Semalam sampai tak muat tudung saji kat rumah tu.
Jiran2 ummi pakat bagi juadah macam2.
Dan hari ni,sewaktu ummi berkira- kira menu untuk berbuka, 
kak zah (isteri abg mie) siap tapaukan untuk ummi.
Siap ada sambal belacan lagi tu.
SYUKUR YA ALLAH

ALLAH YA ALLAH

**NikmatMU terlalu banyak untuk hambaMU yg hina ini**

Friday, July 20, 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


KAEDAH MEROTAN

Ummi bukanlah seorang ummi yang terbaik, penyabar serta pandai dalam menangani karenah anak- anak.

Semalam angah kena rotan di kaki sebanyak 3 kali.Sudah banyak kali ummi memesan supaya selepas pulang dari mengaji terus masuk ke dalam rumah, namun angah tidak mengendahkan pesanan ummi.Dia akan terus menuju ke masjid untuk BERMAIN bukan untuk berjemaah Isyak.Dan hasilnya semalam sebelum menghantar anak- anak ke rumah ustazah, sekali lagi ummi menggunakan kaedah memesan dan mengingatkan.Kesabaran ummi hilang disebabkan angah yang mempermain- mainkan pesanan ummi.Hasilnya 3 sebatan singgah di betis angah.Dan ummi juga ummi yang kejam kerana langsung tidak membenarkan angah untuk menangis kerana di situ ada silapnya.

Pulang dari mengaji, angah tidak ke masjid seperti selalu namun enggan masuk ke dalam rumah.Nyaris ummi bertukar menjadi NAGA.......

Pagi tadi sewaktu menyiapkan 3 beradik ada ummi sertakan 'taklimat' untuk mereka.

"Malam ni ummi akan bawa semua anak ummi pi masjid.Mulai malam ni kita akan pi buat sunat terawih dan esok semua akan mula berpuasa.Ummi, along, angah dengan adik akan buat 8 rakaat sahaja.Lepas habis 8 rakaat semua kena balik dengan ummi.Ayah akan teruskan sampai habis.Ummi akan tunggu along dengan angah dekat bangku dekat luaq masjid.Kalau sapa bising dan ganggu jemaah lain, malam esok  tak boleh ikut ummi dah.Ummi juga akan gunakan kaedah merotan sebab ummi rasa kaedah memesan dah tak boleh ummi gunakan.....Dengar dak apa ummi cakap???"

Serentak semua jawab "dengaqqq"

Pastu ummi tanya lagi...... "Kaedah apa yang akan ummi gunakan kalau anak- anak tak dengaq cakap?"

Semua menjawab "kaedah merotan".

KEJAM KAN UMMI AISHAH NIE?????

ALLAH YA ALLAH

** ampunkan ummi Ya Allah.Tunjukkan ummi kaedah terbaik dalam mendidik sahsiah dan peribadi anak2.Bukan sekadar menjadi anak2 soleh dan solehah tetapi biarlah anak2 ummi menjadi bakal penghuni syurgaMU**

Wednesday, July 18, 2012

MAJLIS APC 2011 & JASAMU DIKENANG 2012

 hmmmmm gemuknyaaa yang baju biru tue....
semua geng perumahan nie tapi jarang berjumpa
Shiela,ummi dan Mai....

 apalah yang cik kak tudung hitam tu dok sembang?????
 cik abang yg plg kiri tu antara yang paling sibuk dok layan makan minum meja kami
 ummi bersama Shiela
ummi bersama Mai

 amboiii seriusnya cik Jan.....cik Nawal tu tengah watpa tu?????
uishhhhhh ramainya .......

ALLAH YA ALLAH


**Nak tengok gambaq yang lain leh masuk kat sini
** SYUKUR YA ALLAH

Tuesday, July 17, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah
Along dah ok sikit.
Doktor minta gunakan pam tapi ummi minta ayah tanya pendapat doktor.
Alhamdulillah masih punya pilihan dan kami memilih ubat untuk along.
Along diberi 3 jenis ubat biji dan sejenis ubat air.
Alhamdulillah along anak yang mudah untuk makan ubat.
Risau juga ummi kerana along tak pernah ummi latih menelan ubat biji.

ALLAH YA ALLAH

**syukur atas segalanya**

Monday, July 16, 2012

SAYUNYA HATI

Ummi kat pejabat.
Baru saja dapat berita daripada ayah,
along sekarang dalam wad kecemasan.
penat @ lelah.
ALLAH YA ALLAH

**peliharalah anak2ku.sesungguhnya hanya dariMU ku meminta.Peliharalah kesihatan mereka.Sesungguhnya aku bukanlah ummi yang baik namun ku pinta dariMU panjangkanlah tempoh untuk aku terus meminjam mereka dariMU.amin.amin.amin.**

Tuesday, July 3, 2012

CAKAP vs DENGAR

Ummi ni bukanlah seorang pendengar yang baik.
Ummi ni sangat suka bercakap.... bercerita!!!
Agaknya mesti ramai yang tidak sukakan ummi kerana ummi cepat mencelah cerita seseorang tanpa menjadi pendengar.Idea hadir dan sepontan mulut menjalankan tugasnya.Telinga yang tadinya mendengar terus lupa akan tugasnya sebaik sahaja idea melintas dan terus diserahkan tugas kepada mulut........HUHUUHUHUU
Inilah antara kelemahan ummi yang paling ketara.Tapi memang tak boleh nak control.Kepada rakan- rakan yang terasa hati tu ummi minta maaf banyak- banyak lah ye.....Memang mulut SITI AISHAH IBRAHIM ni sangat- sangat suka berhujah!!!!!

ALLAH YA ALLAH

** pagi ni emosional sikit**


Monday, July 2, 2012

WAHAI SUAMI!!!!!!!

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayah Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan taqwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keperihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang selalunya tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

ALLAH YA ALLAH

** berbahagialah orang- orang yang sentiasa tenang dan sabar dalam kehidupan seharian mereka**

Wednesday, June 27, 2012

SYUKUR YA ALLAH

Baru terima satu berita.
Alhamdulillah rezeki anak- anak dan keluarga.
Kadangkala rasa diri tak layak untuk semua tu.
Apa pun ummi terima semua ni sebagai satu semangat untuk memantapkan diri di tempat kerja.
Hebatnya percaturan Allah.
Yang tak terduga tetap kunjung tiba.


ALLAH YA ALLAH

SYUKUR YA ALLAH

Tuesday, June 26, 2012

BAGAIMANA MENDIDIK HATI..........

Sabda Rasulullah s.a.w:...
" Didalam jasad anak Adam ini terdapat seketul daging, jika busuk ia (daging tersebut), maka busuklah keseluruhan jasad tersebut."..Seketul daging yang dimaksudkan ialah ' HATI'. Dari hati yang bahagia akan lahirlah sifat TAKWA.

Oleh itu didiklah HATI.....
Mengenal Allah, sehingga antaramu dengan Allah tidak ada perantara, sehingga merasa lapang dada, bersih hati dan luhur budi pekertimu.
Didiklah HATI.....
Melakukan semua akhlak yang baik menurut Sunnah Rasulullah dan meninggalkan semua akhlak yang buruk, meninggalkan semua yang makruh, shubhat dan haram.
Didiklah HATI.....
Melepaskan hawa nafsu menurut ketentuan yang mendapat redha Allah.
Didiklah HATI...
Merasa tiada memiliki apa-apa pun, juga tidak dimiliki oleh sesiapa pun kecuali Allah.
Lalu berjalanlah dimuka bumi Allah ini dengan
Berbekal HATI yang:
  1. Taqwa kepada Allah lahir dan batin dalam diri sendiri            mahupun dalam pandangan manusia.
  2. Mengikuti Sunnah Rasullullah dalam semua tutur kata dan perbuatan.
  3. Mengabaikan semua sangkaan makhluk dalam kesukaan atau kebencian mereka (tidak menghiraukan apa kata mereka).
  4. Rela (redha) menurut Hukum Allah ringan atau berat.
  5. Kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan (suka atau duka).
BERSYUKURLAH padaNYA ketika dalam gembira...dan
BERLINDUNGLAH padaNYA ketika dalam duka
ALLAH YA ALLAH

Allah Hu Allah
Bimbinglah kami merindui akhirat di sana
Sesungguhnya kami tak berdaya melawan arus deras dunia

BERMARUAHKAH KITA?????

Ummi sendiri tak pasti sama ada betul atau pun tidak tindakan ummi untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini....

Namun apa yang ummi pasti setiap kali adanya majlis @ keraian pasti akan ada episod kecoh- kecoh.Perlukah episod kecoh- kecoh ini sedangkan kita boleh memilih untuk tenang, untuk bahagia....Dan pastinya setiap kali episod kecoh- kecoh ini berlaku akan ada yang terluka, terkilan....Salah seorang darinya adalah diri ummi sendiri.

KENAPA PERLU KECOH- KECOH????????
Sedangkan kita boleh memilih untuk tenang.....memilih untuk berbincang.....memilih untuk memaafkan..... memilih untuk berdiam diri.....Tibanya sesuatu fitnah memang amat mengejutkan namun............. KITA JANGAN CEPAT MELATAH....... kerana terlalu banyak pilihan untuk kita!!!!!!Di mulut kita sebut nama ALLAH..... ADAKAH TINDAKAN KITA BERLANDASKAN SYARIAT ALLAH @ KITA MENGIKUT PERASAAN MARAH DAN EGO kerana fitnah yang ditaburkan????????

BERMARUAHKAN KITA KE RUMAH ORANG DI WAKTU MALAM HARI SEMATA- MATA UNTUK MENEBUS MARUAH???????????????

Ummi dilatih untuk bersabar dan jangan cepat melatah kerana tindakan di saat kita melatah ini adalah satu tindakan yang tiada rasionalnya.Pernah ummi dicaci, dikeji!!!!!Namun ummi sabar, tenang dan mengabaikan saja tindakan orang tersebut.Bagi ummi KENAPA PERLU UMMI MENGIKUT TINDAKAN ORANG GILA sedangkan ummi boleh MEMILIH UNTUK DIAM.UNTUK TENANG.UNTUK SABAR.Letih mulutnya nanti diamlah dia!!!!!

Di sinilah timbul kekaguman ummi pada emak ummi PN CHE PUTEH BT HAJI ALI.Ummi berbangga kerana telah dibesarkan oleh WANITA SABAR DAN TENANG ini.Pelbagai tohmahan dan cacian yang emak terima namun semuanya hanya dibalas dengan sabar dengan tindakan berdiam diri.Betapa kuatnya emak menempuh berbagai fasa dalam membesar dan mendidik kami empat beradik tanpa adanya ayah.(ayah ummi ALLAHYARHAM IBRAHIM BIN ISHAK meninggal semasa ummi di usia 13 tahun, adik kedua ummi syam 11 tahun,adik ketiga intan 9 tahun dan yang bongsu deknot 6 tahun).

BETAPA TABAHNYA WANITA YANG BERNAMA CHE PUTEH BT HAJI ALI.UMMI AMAT BERSYUKUR KERANA DIBESARKAN DAN DIDIDIK OLEH WANITA INI.

**mungkin ada yang terkilan dengan entri ummi ini kerana ummi tahu yang berkenaan pasti akan membaca.Ini hanyalah pandangan dari seorang insan yang secara tidak langsung menerima tempias kesan daripada episod kecoh- kecoh yang berlaku.MAAF ANDAI ADA YANG TERASA HATI**

ALLAH YA ALLAH

Thursday, June 21, 2012

BISIK- BISIK GELORA

Dan ini pula untuk hari ni 21 Jun 2012
Tak tau lah pula bila nak selesai!!!!!!!


Sinopsis novel Bisik-Bisik Gelora

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?



Inilah aktiviti ummi di pejabat andai tiada customer yang datang membuat bayaran.Sekarang ni situasi di kaunter hasil dah lain sangat.....Jadi ummi penuhkan kesunyian dan kekosongan dengan aktiviti membaca.


Novel ni ummi dapat habiskan dalam masa 3 hari, itupun hanya di pejabat....Kalau buku agama hmmmmmm rasanya baru muka surat 10 kut!!!!!!!Teruknya ummi....
Apapun dengan membaca, aktiviti bergosip dapat ummi kurangkan.......


ALLAH YA ALLAH

**apa pun jalan cerita ini sangat menarik.Penamat juga menarik.Ummi ni kalau baca novel apa sekali pun bila ada bab romantik suami isteri ni sangat- sangatlah fokus.Bila balik rumah cakap dengan en suami pun sangat berhemah.Sekurang- kurangnya manfaat itu yang ummi perolehi dari hobi yang sedikit 'ting tong' ni**

Friday, June 1, 2012

UJIAN

BILA UJIAN HADIR.......
HATI DIPAGUT SAYU,PILU.....
ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI




ALLAH YA ALLAH

Friday, May 18, 2012

NUMBER ONE FOR ME

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me

Oh oh

Number one for me

Thursday, April 5, 2012

DISEBALIK YANG BERLAKU

Ini adalah nukilan rentetan dari kisah berbicaratentanghatidanperasan. Alhamdulillah semua telah berdamai.Di sana ada terdapat salah faham.Keterlanjuran kata yang pada kita adalah biasa tetapi merupakan sesuatu yang luar biasa pada satu pihak lain.Mungkin di dalam situasi di sana tiada istilah 'batu api'.Mungkin.....Bila kita ungkapkan mungkin, bermakna sesuatu yang kurang kepastian.Namun untuk tidak terus mengeruhkan keadaan..... ummi,Kak Sue, Kak Rania dan Cik Fiza menerima 'mungkin' ini..
Bila berbicara tentang hati dan perasaan ini terlalu banyak untuk dirungkaikan,diulaskan,dikupaskan........Banyak juga episod air mata, namun tidak bagi ummi dan Kak Sue.Entah dari mana 'kekerasan' itu datang.Cik Fiza kita memang penuh dengan episod air mata.jangan marah no Cik Fiza


ALLAH YA ALLAH

**semoga ukhwah kami dijauhkan dari kejahatan manusia.**

MENILAI DIRI

Ummi terlihat foto- foto lama....Terus ummi nilai diri
Perubahan pada cara menutup aurat - semakin ambil mudah.
Ibadah - semakin lama semakin berkurang.
Manfaat masa - semakin suka mensia-siakan masa.
Didikan anak - semakin kurang mentarbiahkan anak- anak.
Pahala sebagai isteri - banyak lupakan tugas sebagai seorang isteri apabila menjadi ummi.
dan banyak lagi.............. yang pasti prestasi kesemuanya makin merosot.


ALLAH YA ALLAH

**semoga ummi dapat membuat perubahan ke arah yang lebih baik mengikut landasanMU.**

ANAK SAUDARA BARU = malu pada Allah

Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Allah di atas kelahiran anak kepada sahabat ummi.Tahniah kepada Mahani @ Mek dan Rajib di atas kelahiran anak lelaki seberat 3.3kg.

Namun disebalik kelahiran anak saudara baru ni, Ummi tersangat malu pada Allah.Malu kerana lupa pada kekuasaan dan kehebatan Allah.Ummi pernah berjanji dengan Mahani untuk menjahit barut untuk baby.Setelah barut siap ummi bergurau dengan Mahani......Mahani ni kecik molek saja orangnya.

"Ibu dan ayah baby kecik saja, Kak Siti jahit barut kecik sajalah.Sebab antara anak Kak Siti yang paling besar pun setakat 3.3kg saja."



ALLAH YA ALLAH

**malunya ummi pada Allah.Ummi bergurau perkara yang tak sepatutnya.Ummi lupa akan kehebatan dan kekuasaan Allah.Mungkin ini caranya Allah nak ingatkan ummi yang lalai ni.Ampunkan ummi Ya Allah.**

Monday, March 26, 2012

BERBICARA TENTANG HATI DAN PERASAAN

Alhamdulillah
Allah kurniakan ummi sebuah rumah yang berhampiran dengan Masjid.Allah kurniakan ummi jiran- jiran yang baik.Ummi rasakan seperti kami semua bersaudara.Semoga Allah terus panjangkan tempoh persaudaraan kami ini.Semoga ukhwah ini berkekalan tanpa ada 'batu api' di antara kami....Kak Nor, Kak Sue, Kak Rania,Fiza (haaa yang ni sorang jer yang dok baca blog ummi), angah dan lain-lain!!!!!!Ummi tak pasti bagaimana tanggapan mereka pada ummi namun bagi ummi mereka tak ubah seperti saudara ummi.

Jika ada majlis pastinya akan ada kami, cuma ummi ni terkadang kala terpaksa mengalah disebabkan anak- anak yang 'soleh'.Namun kakak- kakak dan adik ummi ni pasti tak lupa untuk membungkuskan sesuatu untuk ummi.Heheheheh sayang adik dan kakak- kakak semua......kalau diikutkan di antara kami semua ummilah yang paling muda usianya.Namun disebabkan Cik Fiza kita yang sangat awet muda makanya ummi dengan sukarelanya menjadi kakak.Jangan marah tau Cik Fiza!!!!!!

Namun.......
Kadangkala hati dan perangai manusia ni sukar untuk kita takrifkan!!!!di depan kita segalanya cantik segalanya indah, di belakang kita hanya Allah yang tahu.Sedih sangat hati ini apabila salah seorang dari kakak ummi ni mengadu perihal salah seorang dari kenalan di lorong yang sama.Terlalu mudah mempercayai kata- kata orang yang baru dikenali.Terlalu mudah untuk mendidik anak supaya hanya 'memilih bulu'.Lupa segala jasa 'seorang kakak'.Lupa segalanya gara- gara diri yang kurang matang dalam membuat penilaian...

Bercerita pula tentang 'batu api' yang fikir dia hebat yang lupa akan 'kehebatan' Allah.Sangat bermuka- muka dan pandai bermain kata.Lupa dirinya masih baru di situ.Ummi sangat tak suka dengan orang yang berperangai 'talam dua muka'.Tapi ummi rasa orang ni bukannya 'talam dua muka' tapi 'talam yang terlalu banyak muka'.Ummi benci dengan manusia sebegini....Huhuhuhuuuuuu ampunkan ummi Ya Allah.
Semoga ikatan ukhwah kami terus berkekalan dan Allah jauhkan kami dari hasad dengki manusia.amin,amin,amin.



ALLAH YA ALLAH

** hinanya hambaMu ini.Membuat keputusan dan penilaian berdasarkan perasaan dan bukan mengikut landasanMu.Ampunkan kami Ya Allah**

Wednesday, March 21, 2012

UNGU ~ ANDAI KU TAHU




Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…

Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


ALLAH YA ALLAH

KEM MOTIVASI ANAK SOLEH 2012

Tarikh : 11 Mac 2012
Masa : 8.00pg ~ 11.00mlm
Tempat : Masjid Jamek Kg Kepala gajah, Simpang Ampat, Sps.
Peserta : Pelajar Berumur 15 tahun ke bawah.


Suasana masjid dari depan pagar rumah ummi.
(Syukur Ya Allah...Engkau dekatkan kami dengan RumahMU)


Ni Kak Sue, salah seorang urusetia yang setia....Ummi ni urusetia yang tak berapa nak setia.Cayalah Kak Sue bagi naik nama Fasa 9....Sorang lagi Kak Rania..tapi ummi tak ambil gambar pula.

Ni anak soleh ummi yang ke dua.


Ni anak soleh ummi yang pertama.Mentang- mentanglah ummi ayah dia urusetia makan pun dengan penuh sopan santun... orang lain dah pakat masuk dalam masjid, dia relaks jer!!


Ni semasa sessi ceramah Ustaz Zamri zainoldin.
Anak bersama ibu bapa.

Ummi yang menangis lebih terkenangkan dosa dengan mak dan arwah ayah.

Huhuhuhuhuuu

Rasa tenang sangat dapat melihat anak- anak ini.


ALLAH YA ALLAH



**Syukur Ya Allah**

ABG NGAH KENA BULI

Dah bersawang agaknya blog ummi ni.Heheheheh angin 'segan' dah mai!!!!!Ni paksakan juga diri nak menceritakan kisah anak bujang tengah ummi.
Alkisahnya....... abang ngah ni dah masuk minggu kedua ke sekolah dengan ditemani mertua ummi (anak2 ummi panggei mak- sebab dari kecik dijaga oleh mertua).Abang ngah seakan- akan takut untuk ke sekolah.Di rumah waktu bangun dan bersiap seperti biasa.Cuma sampai saja di kawasan sekolah dia tak mahu turun dari kereta.Terpaksa ayah membawa ke rumah mertua dahulu dan mertua ummi pula terpaksa menghantar abang ngah dan menemani dia seketika di sekolah.Dengan tok sekali terpaksa beratur semasa perhimpunan.Mujurlah mertua ummi ini dah dikenali di sekolah kerana abang, kakak juga adik- adik ipar ummi semuanya bersekolah di sekolah yang sama.Hai laaahhhh anak bujang tengah ummi!!!!!! Setahu ummi kamu ini memang anak yang kuat tetapi mengapa tiba- tiba kamu lemah.Dah pelbagai cara ummi pujuk kamu.Dari cerita tentang malaikat (Kiri dan Kanan-Raqib & Atid) cerita tentang kehebatan Allah yang sangat melindungi kanak- kanak sehinggakan ummi kamu telah banyak kali bertukar menjadi NAGA........ Kamu masih takut.......Pening kepala ummi ni wahai anak!!!!!!
Mungkin kamu masih teringat peristiwa kamu dicekik dan disekat sehingga kamu jatuh berguling di saat kamu masih lagi belum sihat.Ummi tak menyalahkan kamu wahai abang ngah cuma ummi sangat- sangat risaukan kamu.
Ummi doakan moga Allah berikan semula keberanian buat kamu kerana ummi sangat tahu kamu bukanlah seorang anak yang malas untuk ke sekolah.


ALLAH YA ALLAH

** Hanya ENGKAU yang dapat mengembalikan keberanian buat anakku**

Thursday, March 8, 2012

SYUKUR YA ALLAH

Di saat kami kesempitan, Engkau berikan berita gembira buat kami.


SYUKUR

SYUKUR

SYUKUR

YA ALLAH


ALLAH YA ALLAH


**ampunkan ummi Ya Allah.Ummi selalu lupa akan istilah 'kebergantungan'.....**

Wednesday, March 7, 2012

PERGINYA SEORANG RAKAN

Ummi baru sahaja mendapat mesej dari kak fidah yang mengatakan rakan sebilik (semasa menuntut di Institut Perdagangan Mara Beranang) Farizan baru sahaja meninggal dunia akibat lukemia.
Sayunya hati ummi tak dapat menziarahi Izan.Ummi tak pernah tahu bahawa Izan mengidap penyakit lukemia.Izan ni la antara rakan yang banyak menenangkan ummi sewaktu ummi terkena penyakit 'homesick' dulu.


ALLAH YA ALLAH

** Izan ni seorang rakan yang sangat menjaga solat dan sangat menjaga auratnya.Perwatakan yang tenang......**

Wednesday, February 22, 2012

JAWAPAN UNTUK UMMI

kenapa aku sering diuji?
firman Allah taala : apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji? (SURAH AL-ANKABUT:2)

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
firman Allah taala : boleh jadi kami membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (SURAH AL-BAQARAH :216)

kenapa aku diuji ujian seberat ini?
Firman Allah taala : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (SURAH AL-BAQARAH :286)

bagaimana kan aku hadapi ujian ini?
firman Allah taala : dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk. (SURAH AL-BAQARAH : 45)

apa yang aku boleh dapat dari semua ini?
firman Allah taala : sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...(SURAH AT-TAUBAH : 111)

Ummi copy dari blog :
http://hilma-mujahidahsolehah.blogspot.com/(SEORANG HAMBA ALLAH YANG DIUJI DENGAN KEMATIAN PUTERI SULUNG, KEMUDIAN DIUJI DENGAN KEMATIAN SUAMI,AYAH DAN IBU MERTUA PADA HARI YANG SAMA DENGAN KELAHIRAN PUTERA KEDUA)
**kuatnya wanita ini.Hanya ganjaran syurga yang layak untuknya****
Ummi????????



ALLAH YA ALLAH

Tuesday, February 14, 2012

KESIAN CIKGU!!

Tiada kelas jahitan.Ummi dengan Iza saja- saja mengganggu kesibukan cikgu.Maklumlah kami berdua dah 'ketinggalan keretapi' gara- gara tersalah beli kain.
Entah kenapa hari ni semangat untuk belajar kami berdua 'slow' sikit.Ummi pun macam terawang- awang sedangkan sebelum waktu rehat tadi semangat membara.Hahaha.....
Kesian kat cikgu.... asyik- asyik minta maaf sebab tak dapat tumpukan pada kami berdua.Untung betul siapa- siapa yang dapat berguru dengan cikgu Ida ni.Terima kasih banyak- banyak lah cikgu.Jasamu akan kami kenang dan segala ilmu, insyaAllah akan kami manfaatkan.


ALLAH YA ALLAH

**Utk Min: kalau kak ct dah tamat kelas nanti bolehlah kita lumba jahit baju noooo!!!!!!!(hehehehhhe berangan lagi ummi ni)**

Monday, February 13, 2012

SENYUM - SENYUM

Keluar dari kelas hari ni dengan senyuman.Hari ni ummi dapat memotong kain.Walau hanya baru berjaya memotong badan dan sebelah tangan.Ummi bersyukur sangat- sangat, walaupun lambat.


ALLAH YA ALLAH

**kepada geng2 admin: terima kasih banyak atas semua kata- kata semangat.Tu pun dapat pahala tu.....Terima kasih semua.**

**Allah ya Allah sukanya ummi dikelilingi kawan- kawan yang baik.**

Friday, February 10, 2012

UMMI RASA LEMAH

Semangat untuk belajar menjahit yang senantiasa berkobar- kobar dalam diri tiba- tiba runtuh...
Ummi tersalah beli kain..............
HUHUHUHUHUU


ALLAH YA ALLAH

**belajar membina kembali semangat yang dulu**

Wednesday, February 8, 2012

KAK TAM HOMESTAY




(gambar2 ini ummi dapat dari En. Google)


Sekiranya sesiapa ke Felda Chini dan mencari tempat untuk bermalam bolehlah ke KAK TAM HOMESTAY tel:019-9165783.


** homestay ni bukan seperti homestay biasa.Ia bukanlah sebuah rumah tetapi sebuah bilik.Sebuah bilik berharga RM80.00**


ALLAH YA ALLAH

FELDA CHINI TIMUR 1~ PAHANG

Alhamdulillah
Pada hari Sabtu 4hb Februari 2012, ummi berkonvoi sebanyak 2 buah kereta ke Felda Chini Timur Pahang.Kami ke sana kerana memenuhi undangan walimah sepupu ummi pada 5hb Februari 2012.Perjalanan ummi kali ini banyak disertai dengan hujan air mata.Entahlah...... apabila melibatkan banyak hati yang perlu dijaga pasti akan ada yang terluka.Rasanya tak perlulah ummi coretkan segalanya di sini.
Kami bertolak lebih kurang jam 10.00 pagi.Kami singgah di Ulu Yam rumah adik ayah.Kami tiba di Felda Chini lebih kurang jam 8.30 malam.Perjalanan melalui kawasan berbukit amat memenatkan.Mujur bukan ummi yang memandu..
Di sana ummi terpaksa mencari tempat bermalam memandangkan hero- hero ummi serta ditambah dengan anak saudara ummi yang juga lasak.Bimbang merosakkan barang- barang.setelah puas meronda akhirnya kami mendapat tempat di Homestay Kak Tam, agak terpencil namun agak selesa untuk kami menumpang tidur.Dengan harga semalam RM80 rasanya agak berbaloi.Yang kurang berbaloinya layanan 'lelaki' yang menerima kami pada malam itu.Kami dilayan bagaikan kami menumpang secara percuma.Hmmmmm manusia... manusia!!!!!!
Keesokannya seawal 7.30 pagi ummi dan ayah ke rumah maknjang ummi.Sekadar membantu mana yang terdaya.Anak- anak ummi tinggalkan di homestay bersama adik- adik ummi.Emak ummi bermalam di rumah maknjang ummi.Setelah itu kami kembali ke homestay menyiapkan anak- anak juga mengemaskan barang- barang.
Kami semua tiba di rumah kenduri jam 11.00 pagi.Kami membantu sekadar yang mampu.Yang seronoknya di sini masih diamalkan budaya gotong royong.Ada satu ketika lauk pauk tidak mencukupi, ummi lihat jiran tetangga yang bertungkus lumus menyediakan lauk tambahan.Mereka semua sangat akhrab seperti saudara mara.Seronoknya kalau di Bukit Minyak ni masih lagi ada amalan bergotong royong...........Mungkin ada tetapi tak sama seperti budaya di Felda Chini.
Kami bertolak pulang pada pukul 5.00 petang dan kami tiba di rumah pada jam 2.00 pagi 6hb Februari 2012.Satu perjalanan yang amat memenatkan.Perjalanan kali ini memang satu perjalanan yang penuh dengan 'hujan air mata'.


ALLAH YA ALLAH

** sangat sukar sekiranya kita perlu menjaga hati banyak pihak.Pasti tidak terjaga dan pastinya ada yang terluka.Allah Ya Allah ummi sangat letih.Moga terus diberikan kekuatan untuk ummi bertahan.**

Tuesday, January 31, 2012

KELAS JAHITAN BERSAMA CIKGU IDA

Alhamdulillah
Rehat tadi ummi dapat menyertai kursus jahitan bersama cikgu ida.
Ummi telah belajar:
1. cara mengambil ukuran pada baju dan kain.
2. membuat dasar badan baju, tangan dan kikik.

InsyaAllah kelas akan bersambung esok.Ummi sangat suka cara cikgu ida mengajar.Ummi rasa ummi cepat faham.Moga segala ilmu yang telah dan bakal dicurahkan oleh cikgu ida mendapat ganjaran di sana nanti.Selagi kami anak- anak muridnya memanfaatkan ilmu jahitan ini selagi itulah ganjaran untuknya tidak akan putus.

Moga ummi dan rakan- rakan seperjuangan yang lain (iza,cc mahanum dan kak tie) akan cepat pandai.Moga lepas ni kami semua dapat membuat baju kurung sendiri juga untuk keluarga serta mungkin juga dapat memanfaatkan ilmu ini sebagai pendapatan sampingan kami.tingginya angan- angan ummi.



ALLAH YA ALLAH

** ummi sangat meminati bidang jahitan ini semenjak dari zaman sekolah rendah cuma ummi belum pernah berguru secara serius**

Friday, January 27, 2012

TENSION SUNGGUH UMMI

ALLAH YA ALLAH


Ummi sangat- sangat tension dengan seorang hamba Allah ni.....
Dia ingat dia hebat sangat,
Dia lupa Allah lagi hebat.
Dia ingat dia ada kuasa boleh dia buat sesuka hati,
Dia lupa Allah Maha Berkuasa.
Entahlah, ummi pun tak faham.....
Awal- awal pagi dah buat muka.

Biarlah dia dengan peel dia kan!!!!!
Selagi ada kesabaran selagi itu ummi bertahan!!!
Moga terus diberikan kesabaran buat ummi....
Ampunkan ummi Ya Allah.



ALLAH YA ALLAH


*** tak rugi ummi bersabar.ada ganjaran di sana nanti.**

Wednesday, January 25, 2012

MAAFKAN UMMI

Kelas jahitan terpaksa ditangguhkan lagi.Punca ditangguhkan masih lagi disebabkan oleh ummi.Sebelum ini kelas ditangguhkan untuk memberi masa kepada ummi untuk membeli kelengkapan dan sekali lagi ditangguhkan kerana ummi tak membawa baju contoh.
Maafkan ummi wahai cikgu Ida.Maafkan ummi wahai rakan- rakan seperjuangan (Liza, Kak Tie dan cc Mahanum).


ALLAH YA ALLAH

** Lalai sungguh ummi ni!!!**

PATUT KE UMMI MACAM TU???

Baru sebentar tadi seorang pelanggan datang ke kaunter perumahan, ingin membeli borang perumahan sebanyak 4 keping dan berharga RM4.Dia menghulurkan RM50.Apabila ummi ajukan pertanyaan tentang duit kecil dia hanya menyatakan itu sahaja nilai wang yang dia ada.Riak wajah ummi dah tak manis.....Ada lagi soalan yang diajukan namun wajah ummi dah tak manis jawapan pun dah acuh tak acuh.

HUHHUUHUHUHUH PATUT KE UMMI MACAM TU????
DAN PASTI JAWAPANNYA


"

"""

""""""""

"""""""""""""


TAK PATUT



ALLAH YA ALLAH

**ampunkan ummi.Ummi terbawa- bawa kenangan semalam ke hakikat hari ini.Ampunkan ummi Ya Allah**

MENJAGA HATI ORANG

Apabila kita berbicara tentang 'menjaga hati orang', rasanya mudah untuk disebut dan terlalu enak untuk sesiapa yang mendengarnya.
Tetapi hakikatnya agak berat pada situasi tertentu dan pada tuan empunya hati.Kita menjaga hati seseorang sedangkan hati dan perasaan kita tidak terjaga.Tetapi itulah hakikat kehidupan.

SEMALAM ADALAH KENANGAN.
HARI INI ADALAH HAKIKAT.
ESOK PULA ADALAH IMPIAN ATAU PUN CABARAN.


**Sangat letih untuk menjaga hati orang.Tetapi itulah kenangan semalam. Letihnya YA ALLAH**


ALLAH YA ALLAH



utk cikgu Ida:

Entri yg sebelum2 ni adalah entri saja2...Tapi entri yang ni ada kena mengena ngn ummi.huhuhuhuhhuuh



(Utk makluman rakan2, ummi akan menjadi anak murid kepada cikgu Ida mulai hari ni.Doakan semoga ummi cepat pandai dalam bidang jahitan yer)

Friday, January 20, 2012

ALLAH YA ALLAH

Malamnya syahdu
Air mata taubat mengalir menderu-deru


Bangun pada siangnya
Dengan janji takkan mengulangi silap dulu lagi


Tapi, bila petang datang
Taubat dan janjimu itu kau mungkiri!


Allah...

Thursday, January 19, 2012

KATA- KATA HIKMAH


  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

  • Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya

  • Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

  • Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.

  • Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.


ALLAH YA ALLAH


**wahai hati tenanglah, tabahlah, redhalah**

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...