Di pagi Sabtu ummi dikejutkan oleh ayahanda dengan pesanan
"kakak, bangun satgi kemas rumah.Hari ni ramai orang nak mai rumah kita".
Ummi yang hanya berusia 13 tahun pada waktu itu sekadar mengiakan sahaja kerana pada malam itu ummi telah merajuk dengan ayahanda.Disebabkan teguran kerana bising sewaktu ayahanda sedang solat.Ummi ni memang anak manja ayahanda.
Lebih kurang pukul 7 pagi ummi dikejutkan dengan suara tok ummi mengejutkan kami.Katanya ayahanda ummi kemalangan.Pada fikiran ummi pada waktu itu ayahanda hanyalah cedera ringan kerana boleh dikatakan kerap juga ayahanda bercerita tentang kemalangan kecil yang dilaluinya.Terus ummi bangun kemaskan tempat tidur dan kejutkan adik- adik.Sham berumur 11 tahun, Intan 9 tahun dan Deknot hanya berusia 6 tahun.Emak bekerja shif pagi.
Tak sampai setengah jam ummi dikejutkan dengan berita ayahanda ummi telah kembali mengadap Allah SWT.
ALLAH YA ALLAH
Lemahnya ummi tatkala itu.Teringatkan emak di tempat kerja yang belum mendapat berita menambahkan pilu dihati.
Jenazah ayahanda selamat dikebumikan pada petang 25 September 1993 selepas waktu Asar.
Dan alhamdulillah ummi telah dibesarkan oleh emak yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah.
ALLAH YA ALLAH
Besarnya jasa emak kepada kami 4 beradik.Moga kami berempat sentiasa di landasan yang benar dan semoga kami dapat membahagiakan kedua orang tua kami di dunia & di akhirat.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment