Wednesday, October 10, 2012

BAYAR CASH

Alhamdulillah, pagi tadi semuanya ummi rasakan lancar.Urusan menyiapkan anak- anak sehinggalah urusan menyiapkan diri sendiri.Keluar dari rumah terasa tenang sahaja.

Sebaik memulakan perjalanan ke pejabat, ada sebuah motosikal yang bergerak agak perlahan dan berada di laluan ummi.Terus ummi melalui motosikal tersebut sambil mulut bising dok membebel.Huhuhuhuhhuuh

Seperti biasa ummi akan melalui jalan pintas melalui sebuah taman perumahan yang mana majoritinya masyarakat Cina dan India.Ummi perlu melalui sebuah jambatan batu.Dari kejauhan ummi nampak sebuah kereta Myvi sedang melalui jambatan batu tersebut.Terlalu perlahan.Dalam hati dah bermacam 'bunyi'.Di belakang Myvi tersebut ada sebuah motosikal dan ummi di belakang.Motosikal tersebut pun bergerak perlahan.Ummi yang mengikut dari belakang terpaksa memperlahankan kelajuan kereta.Jambatan batu tersebut agak tinggi.Entah macam mana dalam keadaan kereta tengah 'memanjat', kereta ummi 'bergegar' menunjukkan gear yang digunakan tidak sesuai.Tangan dan kaki ummi seperti malas nak menjalankan tugas untuk menukar gear, apa lagi 'menari' lah kereta ummi di atas jambatan batu tersebut.Dengan separuh badan kereta telah di atas jambatan dan separuh masih di atas jalan enjin mati.Cepat- cepat ummi hidupkan enjin kembali sambil mata sempat memandang cermin belakang.Ada sebuah motosikal di belakang ummi.Heheheeh malunyaaaa.... Terus ummi lajukan kereta tanpa pandang orang di kiri dan kanan.

Sebaik jauh meninggalkan jambatan batu tersebut hati ummi berkata.

"Ya Aishah, padan muka sendiri.Jangan lupa zaman sekarang ni Allah bayar cash.Tadi belagak sangat nak mengata orang yang menunggang motosikal dan memandu Myvi tadi....Ni baru pakai kereta avanza itu pun second hand dah nak berlagak belum pakai camry best lagi!!!!!!"

Lawak pun ada.Memang sepanjang perjalanan tadi ummi asyik senyum sorang- sorang.

ALLAH YA ALLAH

**ampunkan ummi.Lalai sangat.ummi lupa pada yang bawah di saat ummi baru sedikit di atas**

No comments:

Post a Comment

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...