Monday, October 31, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR

Inilah kejutan tersebut.sebenarnya tak berapa terkejut sebab dah nampak dalam peti sejuk kat pantry
Adik yang no 3.Tok siak gelaran untuk empunya diri.


Inilah kakak ummi tak panggei kakak pun sebab dia nampak lagi muda dari ummi



Yang ni pula adik no 2 dan no 1.Yang sorang suka mengacau dan yang sorang pantang dikacau.Kalau sorang takda sunyilah pejabat.



Jumaat 28.10.2011

Sungguh ummi tak sangka ada kejutan yang dilakukan oleh kakak dan adik- adik di pejabat.Di pejabat, ummi ada seorang kakak dan empat orang adik.Tapi dalam gambar di atas, adik yang bongsu tidak ada kerana dia yang mengambil gambar semasa kejadian tersebut
Apa pun terima kasih buat kakak dan adik- adik semua di atas ingatan.

SYUKUR YA ALLAH

Monday, October 24, 2011

RINDU SEORANG UMMI

Hari ni ummi ke pejabat seperti biasa setelah bercuti selama dua hari.Rindu sangat pada anak- anak.Awal pagi tadi anak dara ummi dah cakap dia malas nak ke sekolah.Lepas tu mulalah bagi alasan sakit tekak, nak demam dan macam- macam lagi.Yang ummi nak gelak sangat tu dia cakap malas nak ke sekolah.Boleh pula macam tu???Yang angah pun bila bangun bila tengok adeknya tak mandi lagi mulalah bagi alasan.Mata tak boleh nak buka pula jumaat tu dia dah dicutikan sebab matanya penuh bertahi mata dan merah.Ummi pujuk pun dah tak makan saman.Along dah siap ayah mandikan.Along ni sebenarnya tak berapa sihat, tapi pagi tadi tengok badan dia dah tak panas.Ummi dah bagi ubat demam siap- siap.Lepas ja ayah suami mandi,terus ayah cakap kalau tak siap ayah nak bagi rotan.Adek pun apa lagi terus londeh seluar dan baju pastu cakap "ummi, Inah nak pi sekolah."Adek bahasakan dirinya sebagai Inah (singkatan dari Sakinah).Bila adek dah bangun angah pun bangun juga, tapi macam biasalah angah ni banyak main- main.
Itu kisah pagi tadi....Sabtu 22.10.2011 ummi bawa anak- anak ke perpustakaan desa Bukit Tambun.Kawan ummi bekerja di situ.Ummi perlu kerap bawa mereka ke perpustakaan kerana mereka belum mengerti erti perpustakaan yang sebenarnya.Berlari, melompat,makan, main game, bersila di atas meja dan macam- macam lagi.Akhirnya ummi mengalah selepas satu jam kami di sana.Selepas itu, ummi bawa anak- anak ke rumah emak ummi.Anak- anak ni memang sangat menguji kesabaran ummi.Dalam pukul 6.30 petang kami kembali ke rumah.
Ahad 23.10.2011 awal pagi ummi bawa adek untuk beli sarapan.Lepas tu terus ummi ke dapur, siangkan ikan, ayam dan udang yang telah dibeli ayah suami pada hari Sabtu.Resepi ummi tomyam campur,ikan goreng,sambal belacan,ulam salad.Tomyam tu ummi berikan pada tiga orang jiran.Jiran sebelah memberi siput lala masak lemak cili padi.Jiran sebelah ummi ni memang pakar memasak.Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja mereka sekeluarga akan pulang ke rumah kerana pada hari bekerja mereka akan tinggal di kuarters.Setiap kali dia pulang pasti akan ada juadah untuk ummi sekeluarga.Aktiviti ummi dan anak- anak hanyalah menonton televisyen kerana pada petangnya hari hujan.Walaupun letih kerana terpaksa berletiaq tapi ummi seronok sangat bila dapat bersama dengan buah hati ummi.


SYUKUR YA ALLAH

Friday, October 21, 2011

CABUT GIGI

15.10.2011
Gigi ummi telah dicabut.Alhamdulillah hanya kesakitan yang sedikit berbanding kesakitan yang ummi tanggung selama ini.Kepada yang ingin mendapatkan rawatan gigi bolehlah ke:




YONG HE DENTAL SERVICES,



Tukang Gigi Yong He



2 Lorong 24/SS3



Bandar Tasek Mutiara



14120 Simpang Empat



SPS Pulau Pinang.



H/P:0164727992






SYUKUR YA ALLAH

Friday, October 14, 2011

DEMAM lwn SAKIT GIGI

Setelah empat hari mc, hari ni ayah @suami kembali bekerja.
Bermula dengan adik demam pada hari Jumaat, Angah dan seterusnya ayah.
Jumaat malam Sabtu ummi menjaga adek.Agak mencabar kerana adek ni akan muntah kembali ubat yang diberi.Ummi terpaksa bertegas terpaksa buat cengei.Tapi bila badan adik panas pada jam 3.00 pagi, tak sampai hati pula nak kejutkan adik untuk beri ubat dan tengok dia muntah.Jadi ummi hanya jelumkan dengan air dan air asam jawa.Ummi juga gunakan air daun bunga raya putih yang ummi tanam yang diramas.Tugas ummi semakin mencabar kerana hari Sabtu, angah dan ayah pula demam.Apabila angah demam sememangnya ummi sangat- sangat risau kerana ini.Pukul 3.30pagi ummi mandikan angah.Kesian sangat tengok dia terketar- ketar menahan sejuk tapi ummi terpaksa kerana ummi tak sanggup melihat makhluk bernama sawan kembali bertamu.Ayah memang tak mampu untuk membantu ummi menguruskan anak- anak.Demam ayah memang tinggi sampaikan dah selimut dengan toto pun masih menggigil.Pertama kali dalam usia perkahwinan menganjak ke sembilan tahun, ummi menyuapkan moi kepada ayah di atas katil di dalam bilik.Sebabnya ayah cukup tak suka makan di ruang tamu apatah lagi makan di dalam bilik.Tapi kali ni memang ayah akur sebab ayah dah tak larat sangat.Itu pun hanya beberapa suap sekadar mengalas perut untuk makan ubat.
Semalam 13.10.2011, ummi sakit gigi yang teramat sangat dan tugas- tugas ummi diambil oleh ayah.Memang tak tertanggung sakit gigi ni.Dah makan ubat penahan sakit tapi langsung tiada kesan, dan akhirnya ummi tertidur dalam kesakitan.Hmmmm kali ni dua batang gigi yang perlu dicabut.Makin tak segak lah ummi lepas niiiiiii
Itu lah kisahnya untuk entri kali ni......


ALHAMDULILLAH

Thursday, October 13, 2011

KEBUN KECIL UMMI

Dalam pasu - pegaga, pokok kunyit, daun kari.

Atas tanah- pokok serai,pokok rambutan,bendi,pegaga,daun pandan dan pokok bunga raya putih.
Nampak tak bendi ???Sedapppp
Pokok bendi ni lebih tinggi daripada ummi.

Ummi tanam sampaikan ke tanah rumah jiran sebelah.

Inilah hasil tanaman di atas tanah sekangkang kera

Wednesday, October 12, 2011

UMMI COMEI KE TAK COMEI????




hahahahahahah
tajuk entri kali ni agak 'keperasanan' sikit.cuba teka kat mana ummi dalam gambar di atas???

Thursday, October 6, 2011

TAYAR PANCIT?????

Ingat tak lagi entri ini.???Tentang betapa penakutnya ummi untuk memandu PDA ke kedai tayar.....

Semalam.... 05/10/2011- ummi keluar rumah seperti biasa.Selepas menguncikan pintu pagar dan memasukkan semua barang ummi ke dalam kereta ummi akan memeriksa keempat- empat biji tayar PDA.Tayar depan sebelah pemandu agak kempis dari biasa.Terdetik di hati ummi
"Tayar pancit."
Namun bila memikirkan ummi terpaksa menyusahkan ayah untuk kembali semula ke rumah atau ummi terpaksa merempit bersama 'CIK RISS', ummi cuba berfikiran positif.
"Tayar ni kurang angin agaknya."
Ummi memandu perlahan dan ummi sedikit pun tidak merasakan sebarang 'kepelikan' pada tayar PDA.Alhamdulillah ummi selamat tiba di pejabat dan bekerja seperti biasa.Selepas selesai waktu pejabat ummi ke tempat parking dan seperti biasa rutin ummi akan memeriksa tayar- tayar PDA.Ternyata tayar PDA masih seperti pagi tadi.Ummi berniat untuk beranikan diri untuk singgah ke stesen minyak untuk mengepam tayar.Namun sebaik ummi tiba di stesen minyak di Sungai Bakap ada satu treler yang bergerak perlahan di laluan kiri dan menghalang perjalanan ummi.Terus ummi batalkan niat dan terus memandu pulang.Semasa ummi telah memasuki jalan Valdor ummi tak tahu nama jalan, ummi merasakan tayar PDA sudah ada 'kepelikan'.Ummi teruskan berjalanan dan sememangnya dengan tawakkal kepada Allah.
Setibanya di rumah, ummi meneruskan rutin memasak.Menu hari ini, Ulam bendi rebus bendi yang ummi tanam, sambal belacan,sotong goreng kunyit dan sambal tumis ikan kembung.Apabila ayah dan anak-anak tiba di rumah, ummi terus maklumkan pada ayah keadaan tayar PDA.Terus ayah katakan tayar pancit.
Terus ayah bawa PDA ke kedai tayar dan apabila ayah pulang ayah maklumkan yang tayar PDA terkena paku.
"YA ALLAH"
Mungkin bagi orang lain, ini merupakan perkara biasa tetapi bagi ummi ini merupakan kurniaan Allah pada ummi kerana ummi langsung tak menyedari keadaan sebenar tayar PDA.Alhamdulillah ummi dapat keberanian tanpa ummi sedari.


SYUKUR YA ALLAH

Monday, October 3, 2011

RESEPI

TOMYAM CAMPUR

Bahan A
Bawang besar
bawang putih
Halia

Bahan B
Cili hidup
Cili melaka (lebihkan kuantiti)

kisarkan bahan A & bahan B

Bahan tambahan
Ayam
Udang
Sotong
Lobak Merah
Putik jagung
Serai
Daun Limau Purut
Air asam jawa (lebih untuk masamkan lagi)
Cili kering yang telah dikisar (sedikit sahaja)
garam
gula

Cara memasak:
1. Tumiskan bahan kisar A sehingga wangi. Masukkan serai (yang diketuk) serta daun limau purut.
2. Masukkan bahan kisar B beserta cili kering yang dikisar kemudian tambahkan air (agak- agak untuk dijadikan kuah).Untuk rasa yang lebih sedap, tutupkan periuk.
3. Masukkan ayam dan biarkan kuah mendidih.Kemudian masukkan sotong dan udang.
4. Masukkan perahan air asam jawa dan kesemua bahan tambahan yang lain.
5. Biarkan kesemua bahan tambahan masak seketika.
6. Siap untuk dihidangkan.

Terima kasih pada ustazah Ku Nur Hidayah Ku Ahmad yang sudi berkongsi resepi dengan ummi.
Alhamdulillah suami sangat suka masakan ini.Jiran- jiran yang pernah merasa pun minta resepi dari ummi.
Sebelum ni tomyam ummi menggunakan perencah yang ummi sendiri tidak pasti apa campurannya.
Setelah dapat resepi ini..... hmmmm terasa mudah untuk menyajikan tomyam pada keluarga.



ALHAMDULILLAH

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...