Dah lama teringin dan hari ahad barulah sempat ummi memasaknya. Angah dan adek saja yang makan, along 'tak pandai' sangat makan serawa pisang ni.
Tengaharinya pula ummi dan anak- anak ikut ayah ke majlis kawen kawan ayah. Memang ramai sangat tetamu.Sampaikan nak ambil makanan pun kena beratur panjang. Ummi bawa angah dan adik 'copkan' tempat sementara ayah dan along beratur untuk ambil makanan. Lauk yang tinggal pun hanyalah sejenis, tapi alhamdulillah lauk dan nasinya sangat sedap. Semasa ummi dan keluarga tengah makan ada seorang lelaki yang pada pandangan ummi agak
Dalam perjalanan ke kereta, ternampak pula seorang pakcik sedang menjual aiskrim. Maka terdengarlah permintaan- permintaan kecil untuk membeli aiskrim. Ayah tidak menghampakan permintaan anak- anak dan inilah hasilnya:
Balik dari kenduri terus ke rumah mak ummi. Aktiviti petang diteruskan dengan bermain badminton. Ummi pun tak lepaskan peluang yang ada. Main pun atas mini tar depan rumah saja.Hahahahahahaha best pula sekali sekala jadi "keanak- anakan" ni.......
Pukul 6.30 petang, ummi dengan keluarga ke rumah baru kami. Sehingga sekarang tenaga elektrik masih belum dapat "dialirkan" ke kawasan perumahan kami. Ummi sekeluarga masih perlu menanti........
ITULAH ANTARA AKTIVITI HUJUNG MINGGU UMMI SEKELUARGA.
Salam Puan Aishah
ReplyDeleteSedapnya tegok serawa pisang tu.
Sukanya tengok Encik Shukor makan aiskrin sama sama Along, Angah dan Adek.
Seronok juga tengok mereka main badminton