Sebenarnya di usia along hampir menginjak ke usia 7 tahun dia masih belum lancar membaca.Ada silap ummi di sini, di mana ummi kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran anak- anak.Baru- baru ni ummi macam sedar bila ummi tunjukkan buku cerita untuk along dia seolah- olah perlu merenung.Ummi fikirkan mungkin disebabkan along perlu mengeja perkataan tersebut satu persatu.Lagi pun ummi tidak mahu berfikiran negatif kerana ummi risau ummi tidak boleh menerima hakikat sekiranya anak ummi rabun di usia muda.
Namun, semalam sewaktu ayah pulang dari mengambil anak- anak dari rumah mertua segalanya berubah.Ada perkhabaran duka yang ummi terima.Along telah pun membuat cermin mata bersama mertua ummi.Sepanjang dua minggu ini cikgu kelas along mengadakan 'kelas persediaan' untuk ke tahun satu.Dan mertua ummi yang akan mengambil sewaktu along pulang dari tabika.Dan di situlah aduan dari cikgu Ida yang along lemah dalam bacaan dan along seolah- olah rabun jauh.Namun along selalu mendapat 100% dalam setiap ujian Matematik yang cikgu berikan.Di sini ada sedikit episod terkilan
Kesudahannya pukul 6.45 petang semalam ayah membawa ummi ke kedai tersebut untuk melihat jenis dan bentuk cermin mata tersebut, namun pekedai di situ memaklumkan cermin mata tersebut telah di hantar ke kedai lain untuk disiapkan.
Ummi gunakan kesempatan untuk periksa mata ummi.Mata ummi juga ada peningkatan rabun jauh serta rabun silau dan pastinya power cermin mata perlu ditambah.Ummi minta pekedai tersebut periksa sekali mata adik dan alhamdulillah mata adik sihat.Namun bila tiba giliran angah susah pula nak dapatkan keputusan kerana menurut pekedai tersebut angah banyak bergerak.Hanya sebelah mata sahaja yang dapat diperiksa,itu pun dalam keadaan yang kalut jadi ummi ambil keputusan untuk pulang sahaja.Tiba- tiba pekedai tersebut memanggil ummi kembali kerana katanya daripada keputusan sebelah mata angah rabun silaunya 200 lebih.Ada gusar, ada risau, ada sedih dan ada sayu di hati ummi......Namun bila ummi minta pekedai tersebut membuat pemeriksaan sekali lagi dia banyak berdolak dalih.Katanya periksa mata angah sewaktu nak mengambil cermin mata along nanti.Mungkin disebabkan pemeriksaan mata adalah percuma maka pekedai tersebut tidak mahu bazirkan masanya.Tapi menurut pekedai tersebut mata angah tidak rabun jauh.Hati kecil ummi hanya mampu berdoa moga- moga keputusan tersebut bukanlah keputusan yang sebenar, cukuplah along seorang yang perlu memakai cermin mata.
Ummi risau seandainya anak- anak ummi terpaksa memakai cermin mata kerana ini boleh membataskan aktiviti harian mereka.Cukuplah ummi seorang yang memakai cermin mata.Ummi mula memakai cermin mata di usia 22 tahun.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment