Thursday, November 21, 2013

DAH LAMA MENYEPI

Assalamualaikum
apa khabar sahabat2 semua????dah lama juga tak menulis kat sini.
Sekarang ni dah cuti sekolah.Ummi cuba manfaatkan masa di musim cuti ni sebaik2nya untuk anak2.
Kawan2 macam mana pula???

InsyaAllah ummi akan kembali semula menulis di sini.Dah lama tak menceritakan aktiviti kami sekeluarga.

Jumpa lagi.

Wednesday, September 11, 2013

SHAKLEE

ummi dh join SHAKLEE
kepada yang berminat utk mendapatkan produk shaklee boleh hubungi ummi di 0194548276.
SITI AISHAH BINTI IBRAHIM no id shaklee | 960271

ALLAH YA ALLAH

**kami hanya berusaha utk mencuba yang terbaik, selebihnya hanya kepadaMU kami berserah**

Thursday, July 18, 2013

PERNIAGAAN KECIL KECILAN

Assalamualaikum
sahabat- sahabat semua!!!! dah lama ummi tak menulis kat sini. Sekarang ni ummi mula berjinak- jinak dengan bidang perniagaan kecil- kecilan.
Hahahaha macam meriah sangat......
Kepada yang berminat utk mendapatkan produk muslimah seperti

- stokin asy syam syria
- stokin silvy sandy mesir
- stokin wudhuk
- sarung lengan

dan yang paling laris di pasaran INNER MAGIC.Kepada yang berminat bolehlah menghubungi ummi di talian 0194548276.

ALLAH YA ALLAH
 
**semoga dilorongkan laluan utk ummi dalam bidang perniagaan ini.Dah lama ummi pendamkan hasrat**
**insyaAllah nanti ummi upload gambar kt sini**

Friday, May 17, 2013

SAHABAT DOLU KALA

Baru- baru ni ummi berkesempatan berjumpa semula dengan sahabat lama ummi.Berjumpa di rumah abahnya sempena majlis perkahwinan adik lelakinya.Memang dah plan nak pi hujung- hujung majlis, nak bersembang panjang.

Alkisahnya, ummi sekeluarga 'melilau' jugak cari rumah kenduqi pasai ummi hanya ada alamat tanpa ada plan.Bertanya dan akhirnya usaha berhasil.Setibanya di rumah kenuqi memang pihak katering tengah mengemas.Yes!! best sangat...

Ummi dan en suami berpuasa sebenarnya.Kenuqi rumah kawan ummi ni merupakan jemputan yang kedua.Jadinya anak- anak sudah kenyang di jemputan yang pertama.Selepas parking kereta (hehehe tentulah en abang yg parking), ummi dengan confident yang teramat sangat terus menuju ke khemah kenuqi.Terus melalui tempat tuan umah dengan perasaan nak terus terkam kawan ummi.Sekali sampai depan rumah, hehehehehe tak ada sorang pun yang ummi 'cam'.Nampak pengantin lelaki terus cakap nak jumpa Mariana.Yang bestnya pengantin lelaki tu cakap "ni kak Aishah kan?"

Setelah dicari- cari akhirnya tuan punya badan nunnnnn di tempat tuan rumah.Eloklah dia pun tak cam ummi, ummi pun tak cam dia.Apa lagi berpeluk sakan la menjejak kasih.

ALLAH YA ALLAH

Seronok sangat berjumpa kembali setelah 10 tahun tidak bersua.Bila dah berjumpa macam- macam cerita yang keluar.Peristiwa ummi ditolak jatuh ke atas meja sekolah gara- gara mengusiknya dengan gambar ular sawa menelan seorang budak lelaki dalam akhbar cina.Peristiwa yang tak mungkin kami lupakan.Kami ni dulu plywood tapi tengoklah kami berdua sekarang!!!!Plywood telah bertukar.Bak kata Mariana cukup vitamin.

ALLAH YA ALLAH

Apa pun ummi besyukur di atas pertemuan ini.


Thursday, April 11, 2013

JALAN- JALAN MUSIM CUTI SEKOLAH (part 2)

30 MAC 2013 - HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
 











JALAN- JALAN MUSIM CUTI SEKOLAH (part 1)

28 MAC 2013 - ZOO TAIPING
 
 
 nunnnnn puan2 singa di hujung sana.
 
 
 nunnnn cik beruang tengah menari2... anak ummi kata cik beruang tengah excercise.
 
 
 posing dari jauh.... takut dekat cik beruang.
 
 
along dengan angah tengah berbincang isu burung yang boleh bercakap.

Wednesday, April 3, 2013

29 MAC 2013

Terlebih dahulu ummi nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi mendoakan yang terbaik buat ummi.Terima kasih juga buat suami yang setia menghantar dan menjemput ummi dari komtar.SYUKUR KE HADRAT MU YA ALLAH kerana telah memberikan keyakinan dan keberanian kepada hambaMU ini.

Tarikh 29 Mac 2013
Hari yang amat meletihkan.Sessi temuduga 1 jam 45 minit.Balik dari temuduga terus ke kedai makan dan balik rumah untuk 'packing' kain baju.2.45 petang masuk office.Kena pula kes salah cetak resit dah kelam kabut kena cari semula customer.Berlari- lari ummi di petang Jumaat untuk mengejar customer tersebut.Habis waktu pejabat tunggu suami dan anak- anak untuk teruskan perjalanan ke Ulu Yam, Selangor.9.30 tiba di Ulu Yam.......

Huishhhhhhh penatnya......
Namun apa yang sebenarnya ummi nak ceritakan adalah kisah terkilan sewaktu sessi temuduga berlangsung.Terkilan dengan percakapan seorang panel yang tak perlulah ummi coretkan namanya di sini.Tak sepatutnya seorang panel merendahkan kebolehan seseorang calon di dalam bilik temuduga.Apa yang dicakapkan membuatkan ummi hilang rasa hormat terhadapnya.Sekurang- kurangnya ummi berusaha, tak perlulah nak merendah- rendah dan mengungkit tentang surat pertukaran ummi yang lalu.Dan terus terang ummi katakan di sini hati ini terasa tawar untuk terus mencuba untuk kenaikan pangkat sekiranya panel yang sama yang bertugas pada tahun hadapan.

Apa pun ummi sangat bersyukur kerana Allah telah berikan keberanian pada ummi untuk mencuba.Ummi telah mencabar diri sendiri pada tahun ini untuk keluar dari 'zon selesa' kepada 'zon yang kurang selesa'.Kalau tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya........Ummi bersyukur kerana telah diberikan keberanian dan ummi telah berusaha memecahkan ruyung....... walaupun ruyung tu tak berjaya ummi pecahkan..

ALLAH YA ALLAH

Ampunkan ummi, terlalu banyak kelemahan ummi.Jauhkanlah ummi dari sifat lupa diri.Ummi takut bila 'berada di atas' ummi terlupa nak pandang yang di bawah.Mungkin belum rezeki ummi untuk kenaikan pangkat pada kali ini.Mungkin juga ummi belum mampu untuk memikul tanggungjawab ini.Mungkin ini bukan landasan untuk ummi cuba menambahkan pendapatan keluarga.Ada banyak lagi cara untuk ummi membantu suami.............ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA..... Dan mungkin ALLAH punya perancangan yang lebih HeBaT untuk ummi di masa hadapan.

ALLAH YA ALLAH

Redha adalah sebaik pengakhiran bagi sesuatu yang tidak terjangkau........
Syukur di atas segalanya.

Wednesday, March 27, 2013

TOLONG DOAKAN

Minta sahabat semua doakan ummi dapat lakukan yang terbaik !!!
Moga dipermudahkan segalanya.
AMIN.AMIN.AMIN

ALLAH YA ALLAH

Thursday, February 21, 2013

KUTIPAN TERKURANG RM10

ALLAH YA ALLAH

Lalainya diri ini.
Bila kita terlebih yakin dengan sesuatu
Terasa diri ini dah hebat......
Lupa akan kehebatan 'YANG SATU'

Sepatutnya jumlah kutipan tadi RM2,261.19
Customer bagi tadi RM2,251.20
Apa yang ummi fikirkan tadi


ALLAH

Lalainya diri ini.
Ummi tak pasti sama ada customer tadi memang silap
Atau sengaja buat silap
Tambahan pula tadi ummi dalam keadaan 'blur'
Ummi siap tulis amaun yang sepatut di bayar
Tunjukkan pada customer........

ALLAH YA ALLAH

Tak mengapalah Ummi Aishah
Reset minda....
Mungkin ada 'kekurangan' dalam tugas
Allah minta gantikan dengan nilai hanya RM10.00
Sedangkan banyak lagi yang ummi dah 'curi'
Ni haaaa update blog ni pun
Ummi dah 'curi' waktu tugas kat pejabat

ALLAH YA ALLAH

**ampunkan ummi.Syukur kerana 'diingatkan' sewaktu ummi lupa**

Thursday, February 14, 2013

SARANG BURUNG WALIT ~ keluaran AVM

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah...dengan izinNya dapat ummi dan ayah cuba belajar untuk berniaga.Semoga dipermudahkan segala urusan.

Kepada sesiapa yang berminat dengan minuman sarang burung walit keluaran Syarikat AVM International (M) Sdn. Bhd. bolehlah berhubung dengan ummi dan ayah di talian 0194548276 @ 0134282276.

Semoga dipermudahkan segalanya.

ALLAH YA ALLAH

**seandainya produk sarang burung walit ini banyak manfaat dan khasiatnya pada semua, Engkau tunjukkanlah kami jalannya.permudahkan segala urusan kami dan lembutkan hati pembeli kami dalam urusan jual beli kami.amin**

Wednesday, January 23, 2013

HATI

Bila last ummi update blog????

Setiap isnin sehingga jumaat anak- anak ummi akan mengaji iqra' dari pukul 8.00 malam ke 9.00 malam.Ummi tak pernah berkira untuk menumpangkan anak- anak jiran sekiranya mereka terlewat untuk mengambil anak- anak mereka.Jiran ummi Anis dulu pernah sekali hinggakan dia 'membayar tambang' kerana ummi menumpangkan anaknya setiap kali suaminya pulang lewat.Ummi menolak kerana memang telah menjadi rutin ummi menjemput anak- anak dengan kereta.Takkan nak bawa dengan motor hero2 dan heroin ummi tu.Disebabkan itu ummi tidak pernah berkira untuk menumpangkan anak- anak jiran.Sekarang Anis sendiri telah menjemput dan menghantar anaknya kerana ada masanya anaknya akan mengaji pada sessi petang.

Yang ummi nak ceritakan pada kali ini, bukan perihal Anis tapi seorang lagi jiran.Tak perlulah ummi catatkan namanya di sini.Jiran ummi ini mempunyai 2 orang anak perempuan yang sebaya abang long dan seorang lagi sebaya adek.Ummi kasihankan jiran ummi ini kerana dia mempunyai seorang lagi anak kecil jadi ummi pernah mengusulkan padanya yang ummi akan menumpangkan anak- anaknya sewaktu pulang dari mengaji.Dia bersetuju.Rasanya pernah dua kali ummi menumpangkan anak-anaknya.Selepas itu ummi nampak suaminya sendiri mengambil anak-anaknya.Beberapa kali ummi melihat dia sendiri menjemput anak-anaknya sambil membawa si kecil .Ummi tak kisah sangat sehinggalah semalam dalam keadaan hujan renyai- renyai ummi melihat dia menunggang motosikal bersama anak kecilnya datang menjemput anak-anaknya pulang dari mengaji.

Di situ hati ummi sangat sakit.Kalau tak mahu atau tak suka ummi menumpangkan anak-anaknya tak bolehkan berterus terang dengan ummi...Mungkin juga disebabkan anak-anak ummi yang lasak?Mungkin juga disebabkan cara pemanduan ummi atau mungkin juga disebabkan anak-anaknya perempuan dan ummi mempunyai 2hero kecik dalam kereta?Ntahlah jawapannya hanya ada pada dirinya dan juga Allah yang lebih mengetahui.Hati ummi sangat sakit!!!!!!

Namun setelah ummi tenangkan diri.Ummi ambil yang positif, dia tak mahu menyusahkan ummi dan yang paling positif ummi tak perlu bersusah payah nak sempitkan kereta yang dah sedia 'comei' tu..............

ALLAH YA ALLAH

**kecik sungguh hati ummi ini.Perkara yang seremeh itu ummi beratkan**

Tuesday, January 8, 2013

ALLAH YA ALLAH .... BERDEBARNYA UMMI

tak tahu macam mana nak ummi gambarkan perasaan ummi tadi.
handphone ummi berbunyi dan no yang tertera SEK JUARA
ummi terus rasa lemah

3 orang anak2 ummi belajar di sana
adakah sesuatu berlaku pada salah seorang
ummi teringatkan angah kerana esok angah ada 'check up' di Hospital Bkt Mertajam
ummi angkat dengan suara yang tidak bermaya

ALLAH YA ALLAH

rupa- rupanya panggilan tersebut daripada guru kelas anak dara ummi bertanyakan tentang alahan ubat- ubatan @ telur.untuk rekod kesihatan barangkali.

ALLAH YA ALLAH

PELIHARALAH ANAK2KU SELAMA MEREKA DI BAWAH PENGAWASANKU JUA DI LUAR PENGAWASANKU.

amin.amin.amin.

**mungkin guru kelas anak ummi pelik dengan cara ummi menjawab panggilan tadi.**

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...