tak tahu macam mana nak ummi gambarkan perasaan ummi tadi.
handphone ummi berbunyi dan no yang tertera SEK JUARA
ummi terus rasa lemah
3 orang anak2 ummi belajar di sana
adakah sesuatu berlaku pada salah seorang
ummi teringatkan angah kerana esok angah ada 'check up' di Hospital Bkt Mertajam
ummi angkat dengan suara yang tidak bermaya
ALLAH YA ALLAH
rupa- rupanya panggilan tersebut daripada guru kelas anak dara ummi bertanyakan tentang alahan ubat- ubatan @ telur.untuk rekod kesihatan barangkali.
ALLAH YA ALLAH
PELIHARALAH ANAK2KU SELAMA MEREKA DI BAWAH PENGAWASANKU JUA DI LUAR PENGAWASANKU.
amin.amin.amin.
**mungkin guru kelas anak ummi pelik dengan cara ummi menjawab panggilan tadi.**
No comments:
Post a Comment