Tarikh 29 Mac 2013
Hari yang amat meletihkan.Sessi temuduga 1 jam 45 minit.Balik dari temuduga terus ke kedai makan dan balik rumah untuk 'packing' kain baju.2.45 petang masuk office.Kena pula kes salah cetak resit dah kelam kabut kena cari semula customer.Berlari- lari ummi di petang Jumaat untuk mengejar customer tersebut.Habis waktu pejabat tunggu suami dan anak- anak untuk teruskan perjalanan ke Ulu Yam, Selangor.9.30 tiba di Ulu Yam.......
Huishhhhhhh penatnya......
Namun apa yang sebenarnya ummi nak ceritakan adalah kisah terkilan sewaktu sessi temuduga berlangsung.Terkilan dengan percakapan seorang panel yang tak perlulah ummi coretkan namanya di sini.Tak sepatutnya seorang panel merendahkan kebolehan seseorang calon di dalam bilik temuduga.Apa yang dicakapkan membuatkan ummi hilang rasa hormat terhadapnya.Sekurang- kurangnya ummi berusaha, tak perlulah nak merendah- rendah dan mengungkit tentang surat pertukaran ummi yang lalu.Dan terus terang ummi katakan di sini hati ini terasa tawar untuk terus mencuba untuk kenaikan pangkat sekiranya panel yang sama yang bertugas pada tahun hadapan.
Apa pun ummi sangat bersyukur kerana Allah telah berikan keberanian pada ummi untuk mencuba.Ummi telah mencabar diri sendiri pada tahun ini untuk keluar dari 'zon selesa' kepada 'zon yang kurang selesa'.Kalau tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya........Ummi bersyukur kerana telah diberikan keberanian dan ummi telah berusaha memecahkan ruyung....... walaupun ruyung tu tak berjaya ummi pecahkan..
ALLAH YA ALLAH
Ampunkan ummi, terlalu banyak kelemahan ummi.Jauhkanlah ummi dari sifat lupa diri.Ummi takut bila 'berada di atas' ummi terlupa nak pandang yang di bawah.Mungkin belum rezeki ummi untuk kenaikan pangkat pada kali ini.Mungkin juga ummi belum mampu untuk memikul tanggungjawab ini.Mungkin ini bukan landasan untuk ummi cuba menambahkan pendapatan keluarga.Ada banyak lagi cara untuk ummi membantu suami.............ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA..... Dan mungkin ALLAH punya perancangan yang lebih HeBaT untuk ummi di masa hadapan.
ALLAH YA ALLAH
Redha adalah sebaik pengakhiran bagi sesuatu yang tidak terjangkau........
Syukur di atas segalanya.
kt sesamer bermuhasabah diri bersama2 yer kak siti..sue pon samer byk kelemahan..
ReplyDeletetu la sue.....
Deletebanyak benda yang nk kena 'update' balik.
hehehehe