Wednesday, January 23, 2013

HATI

Bila last ummi update blog????

Setiap isnin sehingga jumaat anak- anak ummi akan mengaji iqra' dari pukul 8.00 malam ke 9.00 malam.Ummi tak pernah berkira untuk menumpangkan anak- anak jiran sekiranya mereka terlewat untuk mengambil anak- anak mereka.Jiran ummi Anis dulu pernah sekali hinggakan dia 'membayar tambang' kerana ummi menumpangkan anaknya setiap kali suaminya pulang lewat.Ummi menolak kerana memang telah menjadi rutin ummi menjemput anak- anak dengan kereta.Takkan nak bawa dengan motor hero2 dan heroin ummi tu.Disebabkan itu ummi tidak pernah berkira untuk menumpangkan anak- anak jiran.Sekarang Anis sendiri telah menjemput dan menghantar anaknya kerana ada masanya anaknya akan mengaji pada sessi petang.

Yang ummi nak ceritakan pada kali ini, bukan perihal Anis tapi seorang lagi jiran.Tak perlulah ummi catatkan namanya di sini.Jiran ummi ini mempunyai 2 orang anak perempuan yang sebaya abang long dan seorang lagi sebaya adek.Ummi kasihankan jiran ummi ini kerana dia mempunyai seorang lagi anak kecil jadi ummi pernah mengusulkan padanya yang ummi akan menumpangkan anak- anaknya sewaktu pulang dari mengaji.Dia bersetuju.Rasanya pernah dua kali ummi menumpangkan anak-anaknya.Selepas itu ummi nampak suaminya sendiri mengambil anak-anaknya.Beberapa kali ummi melihat dia sendiri menjemput anak-anaknya sambil membawa si kecil .Ummi tak kisah sangat sehinggalah semalam dalam keadaan hujan renyai- renyai ummi melihat dia menunggang motosikal bersama anak kecilnya datang menjemput anak-anaknya pulang dari mengaji.

Di situ hati ummi sangat sakit.Kalau tak mahu atau tak suka ummi menumpangkan anak-anaknya tak bolehkan berterus terang dengan ummi...Mungkin juga disebabkan anak-anak ummi yang lasak?Mungkin juga disebabkan cara pemanduan ummi atau mungkin juga disebabkan anak-anaknya perempuan dan ummi mempunyai 2hero kecik dalam kereta?Ntahlah jawapannya hanya ada pada dirinya dan juga Allah yang lebih mengetahui.Hati ummi sangat sakit!!!!!!

Namun setelah ummi tenangkan diri.Ummi ambil yang positif, dia tak mahu menyusahkan ummi dan yang paling positif ummi tak perlu bersusah payah nak sempitkan kereta yang dah sedia 'comei' tu..............

ALLAH YA ALLAH

**kecik sungguh hati ummi ini.Perkara yang seremeh itu ummi beratkan**

No comments:

Post a Comment

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...