Aku termenung lagi.Entah sampai bila aku akan terus begini.Rasanya terlalu lemah diri ini setelah berpisah dengannya.Namun yang paling aku kesalkan sikap seorang insan yang aku anggap sebagai sahabat.Adakah aku yang bersalah di atas apa yang berlaku ini?
Waktu itu aku baru pulang dari sekolah bersama dengan sahabatku, Yana.Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kami semakin hampir.Seperti biasa kami menanti bas awam dan seperti biasa juga kami terpaksa berasak- asak berebut untuk menaiki bas.Jika tidak kami terpaksa menanti bas yang seterusnya yang entah bila tibanya.Dan akhirnya, alhamdulillah dapat juga kami menaiki bas yang kedua.Seperti biasa juga terpaksa bersabar dengan karenah pemandu bas yang hanya memulakan perjalanan selepas rehat lebih kurang 15 minit.Tiba- tiba aku terpandang seseorang.Entah mengapa mata dan hatiku begitu tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.Dadaku berdegup kencang saat memandangnya.Aku sendiri tidak pasti kenapa.......
Esoknya aku tidak lagi berasak- asak untuk mendapatkan bas.Aku yakin, semakin aku lewat semakin besar peluang untuk aku bertemu dengan insan yang berjaya menarik perhatianku.Namun hampa jua.Penantianku selama beberapa hari langsung tidak membuahkan hasil.Aku rindukan gayanya yang bersahaja dengan memegang buku di tangan dan menyandang beg hitam di bahu.Yang menjadi mangsa adalah sahabatku yang terpaksa menanti bersama-sama denganku.Akhirnya aku cuba untuk melupakannya.
Namun sebulan selepas itu, wajah tersebut muncul lagi di depan mataku.Kali ini dia berdiri betul- betul di hadapanku.Aku tidak melepaskan peluang untuk mencuri pandang pada tag nama yang tersemat pada dada kirinya.KHAIRUL AMJAD.Sedap sungguh nama itu, sekacak dan setampan orangnya ku kira.Aku memang menggunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya.Aku tatap wajahnya setiap inci.Dia langsung tidak menyedari aku sedang memandangnya....
"Assalamualaikum.Boleh saya bercakap dengan Khairul Amjad."Aku memulakan perbualan telefon selepas beberapa hari aku berjaya mendapatkan no telefon rumahnya.Begitu berani aku meminta adik sepupuku Aina yang juga merupakan penuntut sekolah yang sama dengannya mendapatkan no telefon si dia.Aku sendiri tidak pasti dari mana datangnya kekuatan sebegini.
"Waalaikumsalam.Ya Amjad kat sini."
Aku bagai terpukau dengan suara yang merdu itu.Lantas apa yang aku rancangkan tadi hilang dari ingatanku.Lantas gagang telefon ku letakkan.Sesungguhnya aku sendiri tidak mengerti apakah perasaan ini sebenarnya.Adakah ini yang dinamakan "cinta pandang pertama".Aku buntu dalam penilaian sendiri.Ini bukan diriku yang sebenarnya.Di manakah batas- batas 'malu' yang ada pada diriku.
No comments:
Post a Comment