Wednesday, October 6, 2010

PESANAN BUAT SUAMI oleh:DATO' DR HJ FADZILAH KAMSAH



Bismillah.


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

ALANGKAH INDAHNYA..

Dalam perjalanan balik dari pejabat semalam, ummi seperti biasa akan tersangkut dalam kesesakan sementara dekat lampu isyarat masuk ke Alma.Alhamdulillah semalam ummi sempat juga "cilok" masuk ke kanan walau lampu dah hampir- hampir merah.Tapi ummi berada di laluan kiri dan ummi terpaksa perlahan- lahan perlu kembali ke laluan kanan kerana hanya ada satu laluan di depan.

Ummi macam biasa, perlahan- lahan cuba untuk masuk ke laluan kanan tapi yang sedihnya ada satu kereta (ummi xpasti kereta apa) langsung tidak pedulikan "kereta kecil" ummi.Tapi alhamdulillah ada satu kereta di belakang memberikan laluan untuk ummi.Terus ummi angkatkan tangan tanda terima kasih.

Kereta masih bergerak perlahan- lahan, dan di depan sana ada satu simpang lagi.Terdapat sebuah kereta menanti untuk keluar dan ummi memberikan laluan untuknya.Dan alangkah indahnya isyarat tangan di angkat tanda terima kasih.Ummi memang tak mengharapkan tanda terima kasih tapi bila seseorang yang berkereta besar,elok rupa paras dan ada budi bahasa.... ALANGKAH INDAHNYA...



Tuesday, October 5, 2010

ANAK DARA UMMI




KISAH ANAK DARA UMMI
ummi pakaikan telekung kepada anak dara ummi ni bila ummi nak solat.ummi hamparkan sejadah untuk anak dara ummi di sebelah ummi.

anak dara ummi ni memang kasar sedikit orangnya, maklumla ada dua orang abang.kalau abang2 nya solat bersama ayah dia pun sibuk sama.tapi yang sedih tu nak pakai songkok.itu yang ummi perlu biasakan dia dengan telekung.walaupun macam2 karenah sewaktu solat bersama ummi.kadang2 kiblat dah bertukar arah.

sekali sekala saja yang sempat ummi lakukan perkara ni, bukan selalu.

CERITA SEMALAM

Isnin (4hb 10 2010)
ummi amek cuti semalam, kebetulan anak- anak ummi cuti sekolah.Bangun pagi ummi masakkan sotong goreng, sotong masak kicap pedas dan ummi wat sambal belacan (yang ni untuk ummi ler).suka ummi tengok along makan.ummi memang besakan di rumah untuk suapkan anak- anak.angah dan adik mcm biasala kalau nasi ni memang xpandang.harap adik saja yang meratah sotong.

Dalam pukul 1, ummi bawa anak2 meronda ke Seberang Jaya.tujuan asal nk ke rumah biras ummi.sebenarnya anak- anak ummi ni batuk dan selsema tapi bila sebut bab meronda laju saja.sampai sana biras ummi pula tak ada kat rumah.ummi ni bukan cekap lagi memandu, tapi anak- anak memang dah faham kalau naik kereta dengan ummi semua perlu berkelakuan baik.Alasan mereka "ummi lesen baru".hahahahahaha mudah sikit kerja ummi.....

Balik dari Seberang Jaya ummi buatkan popia goreng.Ummi cuma letakkan apa yang ada dalam peti sejuk saja, jadi inti popia goreng ummi hanyala lobak merah.Mujur ada cili hidup dapat la ummi buatkan sos.Popia goreng ni along jugala yang pulun.Ummi dengan ayah hanya dapat merasa sorang seketul.angah memang dah awal- awal lagi serahkan "bahagian" dia untuk along.adik sempat merasa suku ketul saja tu pun nyaris- nyaris nk masuk dalam mulut along dah.kesian pula ummi tengok along tapi bila adik dah minta ummi minta dia berikan pada adik.Selalunya bila nak pujuk ummi selalu kata "kalau along makan sama- sama dengan adik- adik nanti along dapat pahala."ummi selalu guna perkataan "pahala" untuk galakan anak- anak berbaik- baik dan mambantu ummi...(ringan sikit kerja ummi).

Dalam pukul 6, ummi ajak ayah dan anak- anak tengok rumah kami yang masih belum siap sepenuhnya.Masih dalam kerja- kerja pemasangan kabel elektrik, dan alhamdulillah ada sinar untuk kami sekeluarga.Semoga ummi terus sabar dalam proses penantian kami ini.

Selepas maghrib ummi buatkan nasi goreng pula.Yang ummi seronok sangat tu berebut- rebut anak ummi makan.Tak menang tangan ummi nak suapkan anak- anak.Tapi seronok sangat.Selalunya angah dan adik memang xlayan sangat makan nasi tapi alhamdulillah semalam mereka makan.

Dalam pukul 10malam, anak- anak ummi pun "melabuhkan tirai".Ummi pula......... hahahahahahah memang "pengsan".Tapi semalam memang penat yang berbaloi bagi ummi.ALHAMDULILLAH.... SYUKUR KU KE HADRATMU YA ALLAH.

ummi ni masih dalam proses belajar memasak.ummi memang xpandai masak.banyak resepi yang ummi amek dari internet dan ummi cuba.... dan ummi masih dalam proses belajar memasak.doakan ummi wahai semua teman2 supaya ummi jadi pandai dalam bab masak memasak ni.


Friday, October 1, 2010

KEBUN KECIL UMMI



pandan,pokok kunyit,ulam raja, pokok kari (pemberian biras ummi), kangkung.Dalam pasu depan tu ada pokok bawang dan anak- anak cili.
yang dekat luar pagar tu peneman ummi ke pejabat setiap hari





RAYA


UMMI DAN AYAH


ANGAH, ADIK DAN ALONG




ANAK- ANAK UMMI BERSAMA KAWAN- KAWAN. (anak jiran sebelah rumah)


TEMA YANG TIDAK DIRANCANG SERBA BIRU.UMMI SEKELUARGA, ADIK UMMI SEKELUARGA, MAK UMMI DAN FAMILY MAKCIK UMMI (adik mak).yang berbaju coklat tu anak kwn sepermainan ummi dulu.yang best tu sepanjang kami meronda kampung dia memang ikut.



tengokla rambut anak dara ummi.tu 'hasil seni' adik ngn angah beberapa hari sebelum raya

BELUM ADA TAJUK DAN PENGHUJUNG JALANNYA

Aku termenung lagi.Entah sampai bila aku akan terus begini.Rasanya terlalu lemah diri ini setelah berpisah dengannya.Namun yang paling aku kesalkan sikap seorang insan yang aku anggap sebagai sahabat.Adakah aku yang bersalah di atas apa yang berlaku ini?

Waktu itu aku baru pulang dari sekolah bersama dengan sahabatku, Yana.Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kami semakin hampir.Seperti biasa kami menanti bas awam dan seperti biasa juga kami terpaksa berasak- asak berebut untuk menaiki bas.Jika tidak kami terpaksa menanti bas yang seterusnya yang entah bila tibanya.Dan akhirnya, alhamdulillah dapat juga kami menaiki bas yang kedua.Seperti biasa juga terpaksa bersabar dengan karenah pemandu bas yang hanya memulakan perjalanan selepas rehat lebih kurang 15 minit.Tiba- tiba aku terpandang seseorang.Entah mengapa mata dan hatiku begitu tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.Dadaku berdegup kencang saat memandangnya.Aku sendiri tidak pasti kenapa.......

Esoknya aku tidak lagi berasak- asak untuk mendapatkan bas.Aku yakin, semakin aku lewat semakin besar peluang untuk aku bertemu dengan insan yang berjaya menarik perhatianku.Namun hampa jua.Penantianku selama beberapa hari langsung tidak membuahkan hasil.Aku rindukan gayanya yang bersahaja dengan memegang buku di tangan dan menyandang beg hitam di bahu.Yang menjadi mangsa adalah sahabatku yang terpaksa menanti bersama-sama denganku.Akhirnya aku cuba untuk melupakannya.

Namun sebulan selepas itu, wajah tersebut muncul lagi di depan mataku.Kali ini dia berdiri betul- betul di hadapanku.Aku tidak melepaskan peluang untuk mencuri pandang pada tag nama yang tersemat pada dada kirinya.KHAIRUL AMJAD.Sedap sungguh nama itu, sekacak dan setampan orangnya ku kira.Aku memang menggunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya.Aku tatap wajahnya setiap inci.Dia langsung tidak menyedari aku sedang memandangnya....

"Assalamualaikum.Boleh saya bercakap dengan Khairul Amjad."Aku memulakan perbualan telefon selepas beberapa hari aku berjaya mendapatkan no telefon rumahnya.Begitu berani aku meminta adik sepupuku Aina yang juga merupakan penuntut sekolah yang sama dengannya mendapatkan no telefon si dia.Aku sendiri tidak pasti dari mana datangnya kekuatan sebegini.

"Waalaikumsalam.Ya Amjad kat sini."

Aku bagai terpukau dengan suara yang merdu itu.Lantas apa yang aku rancangkan tadi hilang dari ingatanku.Lantas gagang telefon ku letakkan.Sesungguhnya aku sendiri tidak mengerti apakah perasaan ini sebenarnya.Adakah ini yang dinamakan "cinta pandang pertama".Aku buntu dalam penilaian sendiri.Ini bukan diriku yang sebenarnya.Di manakah batas- batas 'malu' yang ada pada diriku.

td tengah kemas2 laci kat pejabat ni, ummi terjumpa ini..... memang dulu ummi sangat suka mengarang........


CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...