Friday, April 22, 2011

UJIAN LAGI

Tak kuat rasanya nak ummi coretkan di sini.Angah sekali lagi sakit.Bengkak di lehernya kembali.Bermacam yang bermain dalam fikiran ummi tatkala ini.Ditambah pula dengan cerita cucu seorang kawan mertua yang kisahnya lebih kurang angah, dan yang paling merunsingkan ummi cucunya telah pun kembali mengadap ILAHI di usianya enam tahun.

Ummi pohon pada ALLAH moga ditunjukkan kami kaedah rawatan yang sesuai serta ALLAH panjangkan tempoh untuk ummi meminjam angah.

Sunday, April 17, 2011

BERSIARAN DARI RUMAH MERTUA

Hari ni ummi bersiaran dari rumah mertua ummi.
Ketaq kaki tangan pun tak habis lagi ni.
Ummi drive dari rumah menggunakan jalan yang tak biasa ummi gunakan.

HUHUHUHUHUHUH

bilalah agaknya ummi jadi berani ni????


Monday, April 11, 2011

PERASAAN APAKAH INI??

Ummi sendiri tak pasti apakah yang sedang ummi fikirkan pada saat ini.Terasa seperti sedang memikirkan sesuatu namun minda tidak dapat mencerna apakah 'isi kandungan' tersebut.

Yang pastinya terlalu banyak perkara yang ummi risaukan.Perkara- perkara sekeliling yang berlaku turut mempengaruhi 'ketenteraman' ummi.

Kesihatan angah yang agak kurang baik.Demam yang berulang pada sabtu dan ahad.Selepas berpeluh pun badan angah boleh panas kembali.Terus ummi hentikan antibiotik pada angah.Ummi doakan anak- anak ummi diberikan kesihatan yang baik.Moga bengkak di leher angah cepat kecut.

Pagi ni pula kereta ummi tak dapat dihidupkan.Terus ayah 'charge' namun sebaik kereta dihidupkan lampu signal pula berkelip- kelip.Mulanya ummi ambil keputusan untuk mengambil EL sahaja namun setelah berkira- kira baki cuti yang tinggal terus ummi ambil keputusan untuk menggunakan motosikal.Break motosikal yang bising mengganggu perjalanan ummi, sehinggakan ummi rasa seperti tidak mahu menekan break.Sampai sahaja di pejabat, tudung ummi pula kotor kesan dari menggunakan helmet ayah.Terpaksa ummi mengalihkan bahagian dalam tudung ke luar.

Ummi masih teringatkan adik yang agak merengek mintakan sesuatu dalam kekalutan ummi pagi tadi.Terdetik satu penyesalan dalam diri ummi kerana mengabaikan anak kecil ummi.Semoga anak- anak ummi ceria- ceria sahaja di sekolah pada hari ini.

Di pejabat, ummi sayu sangat melihat kegigihan CC ummi yang baru kembali bertugas setelah sekian waktu bercuti sakit.Ditambah pula dengan salah seorang 'adik pejabat' ummi yang ibunya masih berada di wad.Terasa sesak benar minda ummi tatkala ini.ummi pohonkan pada Allah semoga 'kesesakan' ini akan kembali pulih seperti sedia kala.Ummi juga doakan semoga semuanya sihat kembali seperti sediakala.

Ya Allah.Engkau permudahkan semua urusan ummi dan jadikan ummi di antara hamba- hambaMu yang kuat dalam menerima ujian dan dugaan.Semoga ummi menjadi seorang yang beryukur.amin

Wednesday, April 6, 2011

DI SAAT UMMI 'DOWN'

Angah di masukkan ke wad 5, Hospital Bukit Mertajam dari 29 Mac 2011 hingga 4 April 2011.Di saat itu, ummi sangat- sangat 'down'.

Buat keluarga ummi,mertua ummi yang turut membantu ummi menjaga angah di wad, ipar duai ummi.Semua banyak memberi kata- kata semangat buat ummi.Juga kepada teman- teman sejati ummi yang banyak memberi dorongan dan semangat.Terima kasih buat semua.Di saat inilah ummi dapat mengenal yang mana teman sejati ummi.

Juga buat nurse- nurse wad 5, Hospital Bukit Mertajam terima kasih atas layanan baik dari kalian semua.Terutama buat nurse yang bernama Hawa, sama- sama berzikir dengan ummi dan angah di saat memujuk angah di waktu proses mengambil darah.Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.Layanan kalian semua sangat berbeza berbanding pengalaman ummi yang lepas.

Terima kasih buat kak Yati, doktor Norziana (mama kepada Husna),nenek kepada Ain,Yati, Ida, ibu kepada Airil Ikhwan.Pengalaman bersama kalian di dalam wad 5, insyaAllah akan ummi ingat sampai bila- bila.

TERIMA KASIH SEMUA.

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...