Tuesday, October 5, 2010

CERITA SEMALAM

Isnin (4hb 10 2010)
ummi amek cuti semalam, kebetulan anak- anak ummi cuti sekolah.Bangun pagi ummi masakkan sotong goreng, sotong masak kicap pedas dan ummi wat sambal belacan (yang ni untuk ummi ler).suka ummi tengok along makan.ummi memang besakan di rumah untuk suapkan anak- anak.angah dan adik mcm biasala kalau nasi ni memang xpandang.harap adik saja yang meratah sotong.

Dalam pukul 1, ummi bawa anak2 meronda ke Seberang Jaya.tujuan asal nk ke rumah biras ummi.sebenarnya anak- anak ummi ni batuk dan selsema tapi bila sebut bab meronda laju saja.sampai sana biras ummi pula tak ada kat rumah.ummi ni bukan cekap lagi memandu, tapi anak- anak memang dah faham kalau naik kereta dengan ummi semua perlu berkelakuan baik.Alasan mereka "ummi lesen baru".hahahahahaha mudah sikit kerja ummi.....

Balik dari Seberang Jaya ummi buatkan popia goreng.Ummi cuma letakkan apa yang ada dalam peti sejuk saja, jadi inti popia goreng ummi hanyala lobak merah.Mujur ada cili hidup dapat la ummi buatkan sos.Popia goreng ni along jugala yang pulun.Ummi dengan ayah hanya dapat merasa sorang seketul.angah memang dah awal- awal lagi serahkan "bahagian" dia untuk along.adik sempat merasa suku ketul saja tu pun nyaris- nyaris nk masuk dalam mulut along dah.kesian pula ummi tengok along tapi bila adik dah minta ummi minta dia berikan pada adik.Selalunya bila nak pujuk ummi selalu kata "kalau along makan sama- sama dengan adik- adik nanti along dapat pahala."ummi selalu guna perkataan "pahala" untuk galakan anak- anak berbaik- baik dan mambantu ummi...(ringan sikit kerja ummi).

Dalam pukul 6, ummi ajak ayah dan anak- anak tengok rumah kami yang masih belum siap sepenuhnya.Masih dalam kerja- kerja pemasangan kabel elektrik, dan alhamdulillah ada sinar untuk kami sekeluarga.Semoga ummi terus sabar dalam proses penantian kami ini.

Selepas maghrib ummi buatkan nasi goreng pula.Yang ummi seronok sangat tu berebut- rebut anak ummi makan.Tak menang tangan ummi nak suapkan anak- anak.Tapi seronok sangat.Selalunya angah dan adik memang xlayan sangat makan nasi tapi alhamdulillah semalam mereka makan.

Dalam pukul 10malam, anak- anak ummi pun "melabuhkan tirai".Ummi pula......... hahahahahahah memang "pengsan".Tapi semalam memang penat yang berbaloi bagi ummi.ALHAMDULILLAH.... SYUKUR KU KE HADRATMU YA ALLAH.

ummi ni masih dalam proses belajar memasak.ummi memang xpandai masak.banyak resepi yang ummi amek dari internet dan ummi cuba.... dan ummi masih dalam proses belajar memasak.doakan ummi wahai semua teman2 supaya ummi jadi pandai dalam bab masak memasak ni.


Friday, October 1, 2010

KEBUN KECIL UMMI



pandan,pokok kunyit,ulam raja, pokok kari (pemberian biras ummi), kangkung.Dalam pasu depan tu ada pokok bawang dan anak- anak cili.
yang dekat luar pagar tu peneman ummi ke pejabat setiap hari





RAYA


UMMI DAN AYAH


ANGAH, ADIK DAN ALONG




ANAK- ANAK UMMI BERSAMA KAWAN- KAWAN. (anak jiran sebelah rumah)


TEMA YANG TIDAK DIRANCANG SERBA BIRU.UMMI SEKELUARGA, ADIK UMMI SEKELUARGA, MAK UMMI DAN FAMILY MAKCIK UMMI (adik mak).yang berbaju coklat tu anak kwn sepermainan ummi dulu.yang best tu sepanjang kami meronda kampung dia memang ikut.



tengokla rambut anak dara ummi.tu 'hasil seni' adik ngn angah beberapa hari sebelum raya

BELUM ADA TAJUK DAN PENGHUJUNG JALANNYA

Aku termenung lagi.Entah sampai bila aku akan terus begini.Rasanya terlalu lemah diri ini setelah berpisah dengannya.Namun yang paling aku kesalkan sikap seorang insan yang aku anggap sebagai sahabat.Adakah aku yang bersalah di atas apa yang berlaku ini?

Waktu itu aku baru pulang dari sekolah bersama dengan sahabatku, Yana.Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kami semakin hampir.Seperti biasa kami menanti bas awam dan seperti biasa juga kami terpaksa berasak- asak berebut untuk menaiki bas.Jika tidak kami terpaksa menanti bas yang seterusnya yang entah bila tibanya.Dan akhirnya, alhamdulillah dapat juga kami menaiki bas yang kedua.Seperti biasa juga terpaksa bersabar dengan karenah pemandu bas yang hanya memulakan perjalanan selepas rehat lebih kurang 15 minit.Tiba- tiba aku terpandang seseorang.Entah mengapa mata dan hatiku begitu tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.Dadaku berdegup kencang saat memandangnya.Aku sendiri tidak pasti kenapa.......

Esoknya aku tidak lagi berasak- asak untuk mendapatkan bas.Aku yakin, semakin aku lewat semakin besar peluang untuk aku bertemu dengan insan yang berjaya menarik perhatianku.Namun hampa jua.Penantianku selama beberapa hari langsung tidak membuahkan hasil.Aku rindukan gayanya yang bersahaja dengan memegang buku di tangan dan menyandang beg hitam di bahu.Yang menjadi mangsa adalah sahabatku yang terpaksa menanti bersama-sama denganku.Akhirnya aku cuba untuk melupakannya.

Namun sebulan selepas itu, wajah tersebut muncul lagi di depan mataku.Kali ini dia berdiri betul- betul di hadapanku.Aku tidak melepaskan peluang untuk mencuri pandang pada tag nama yang tersemat pada dada kirinya.KHAIRUL AMJAD.Sedap sungguh nama itu, sekacak dan setampan orangnya ku kira.Aku memang menggunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya.Aku tatap wajahnya setiap inci.Dia langsung tidak menyedari aku sedang memandangnya....

"Assalamualaikum.Boleh saya bercakap dengan Khairul Amjad."Aku memulakan perbualan telefon selepas beberapa hari aku berjaya mendapatkan no telefon rumahnya.Begitu berani aku meminta adik sepupuku Aina yang juga merupakan penuntut sekolah yang sama dengannya mendapatkan no telefon si dia.Aku sendiri tidak pasti dari mana datangnya kekuatan sebegini.

"Waalaikumsalam.Ya Amjad kat sini."

Aku bagai terpukau dengan suara yang merdu itu.Lantas apa yang aku rancangkan tadi hilang dari ingatanku.Lantas gagang telefon ku letakkan.Sesungguhnya aku sendiri tidak mengerti apakah perasaan ini sebenarnya.Adakah ini yang dinamakan "cinta pandang pertama".Aku buntu dalam penilaian sendiri.Ini bukan diriku yang sebenarnya.Di manakah batas- batas 'malu' yang ada pada diriku.

td tengah kemas2 laci kat pejabat ni, ummi terjumpa ini..... memang dulu ummi sangat suka mengarang........


CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...