Tuesday, June 21, 2011

DEWASA ~ ABAH

Kisah kali ini adalah mengenai anak bujang sulung ummi @ along. Anak bujang sulung ummi ini juga banyak mewarisi perangai "baik" ummi.Terlalu mudah mengalirkan air mata, terlalu mudah tersentuh, penakut, manja dan banyak lagi. Sehinggakan ada kalanya dia tak sempat menyalin latihan di papan hitam pun pasti apabila pulang ke rumah dia akan menangis sebelum sempat bercerita. Kadang- kadang ummi terpaksa bertegas dengannya. Tetapi kadang- kadang ummi kasihan pula dan terpaksa pula 'slow' untuk cuba fahamkan dirinya dengan situasi.

Semalam sedang along membuat homework Bahasa Arab, along bingkas bangun dan tercari- cari sesuatu dalam laci tempat simpanan buku teksnya. Yang pastinya air matanya telah pun mengalir tanpa sempat menceritakan hal dan keadaan sebenar. Ummi pasti ada sesutu yang hilang dari simpanannya.Air matanya semakin laju apabila diajukan soalan. Buku latihan sainsnya telah hilang. Memang ummi terus marahkan along sambil carikan buku latihan tersebut. Namun buku tersebut tiada di rumah. Setelah along mengemaskan buku latihan Bahasa Arabnya dia terus baring di atas 'toto'. Sayu pula apabila melihat anak bujang sulung ummi baring dalam keadaan "orang yang bermasalah besar". Terus ummi baring disebelahnya sambil bersembang dengannya.

"Ummi, kami dah ingat.Buku tu kami tertinggal dalam laci meja kami.Tapi tadi kami pi sekolah kami tengok dah takdak"

Anak- anak bujang ummi suka membahasakan diri mereka sebagai 'kami'.

"Tu la ummi dah kata..... buku tu takdak kat qumah.Esok along cuba bagitau cikgu minta cikgu tengok kut- kut buku tu ada kawan- kawan yang tersalah ambik."

"Macam mana kami nak habaq kat cikgu?"

Itulah perangai anak bujang sulung ummi. Ummi perlu berlembut dan berhemah apabila hendak menegurnya. Ummi memang terpaksa bertegas sekali sekala kerana along merupakan ANAK BUJANG SULUNG.

"Nanti along habaq kt cikgu macam ni..... cikgu, buku latihan saya takdak kat qumah.Hari tu saya tertinggai bawah meja dan mungkin ada kawan- kawan yang tersalah ambik."

"Nanti cikgu marah kat along."

"Dak... cikgu takkan marah dekat along kalau along cakap elok- elok. Lagipun nanti bila along dah habaq macam tu insyaAllah cikgu akan tolong tengok mungkin ada kawan- kawan yang tersalah ambik buku along."

"Ooooo"

Kemudian barulah nampak kejernihan pada wajah along....Alhamdulillah.

"Ummi, nanti kalau kami dah dewasa kami akan jadi abah kan?''

"Haaaa?????? A'a bila along dewasa nanti along akan jadi abah."

Apa kena mengena perbincangan ummi dengan isu DEWASA & ABAH????Haiiii la anak bujang sulung ummi......

Monday, June 20, 2011

BIHUN GORENG TOM YAM

Kali ni ummi nak ajak kawan- kawan semua macamlah ramai sangat kawan awak tu wahai ummi masak- memasak pula...Nadia jangan lupa try pastu bawa mai pejabat naaa !!!!

BAHAN- BAHAN

Bawang besar
Bawang putih
Halia
(ketiga- tiga bahan di atas perlu di blend kering)

Bihun (direndam)
Kiub tom yam
Cili kering (diblend)
sos tiram
kicap
sos cili / sos tomato
udang@ayam@fish ball dll
sawi@ lain- lain jenis sayuran
garam

CARA MEMASAK

1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah diblend tadi.
2.Masukkan cili kering (blend),sos tiram,kicap dan sos cili.Tambahkan sedikit air sekiranya nampak kering.
3.Masukkan kiub tom yam dan sedikit garam.
4.Masukkan udang, biarkan seketika kemudian masukkan bihun dan sayuran tadi.
5.Dah siap masak tutup api.

SEKIAN


sebenarnya resepi ni adalah resepi tak sengaja.Kes tersalah beli... nak kiub ayam terbeli kiub tom yam.apa pun resepi ni laku pada suami dan anak- anak ummi.cubalah......

DI SAAT KITA REBAH

Pagi tadi semasa ummi dalam perjalanan ke pejabat.Ummi terpandang seorang perempuan di tengah- tengah jalan dan ditengah kesibukan kenderaan yang masing- masing mengejar masa untuk ke destinasi masing- masing.

Dalam keadaan motosikalnya yang hampir- hampir terbalik akibat break yang mengejut.Ummi yang berada bersebelahan dengan motosikalnya hanya mampu memandang, perasaan ingin menolong tapi ummi memang tidak dapat berbuat apa- apa kerana kereta ummi perlu ke hadapan kerana lampu isyarat telah menunjukkan warna hijau.

Melalui cermin pandang belakang ummi dapat melihat dia sempat menahan motosikalnya dari terbalik dan menolak ke tepi jalan.Alhamdulillah!!!!


Begitulah dalam hidup kita ini....... Ada masanya kita rebah di waktu yang tidak terduga.Terpulang kepada kita untuk memilih haluan untuk bangun semula atau rebah tanpa bangkit semula.Jangan pula kita rebah disebabkan orang lain.

Friday, June 17, 2011

PETUA RASULULLAH UNTUK PARA ISTERI

Rehat tadi alhamdulillah dapat ummi mendengar ceramah dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.Antara pesanan dan ingatan buat diri ummi.....

1. Layan suami dengan elok tidak kira pada waktu siang @ malam hari.
2. Meminyakkan rambut suami ~ sikat rambut suami.
3. Menggunting misai suami.
4. Sikat rambut suami.
5. Memotong kuku suami.

Ganjaran kepada para isteri sekiranya melakukan 5 perkara di atas:

1. Mudahkan sakaratul maut.
2. Kubur luas ibarat taman.
3. Nama si isteri ada di pintu syurga.
4. Minuman istimewa di syurga.
5. Mudahkan urusan sewaktu melintas di titian sirat kelak ~ ibarat kilat yang menyambar.

Thursday, June 16, 2011

TERINGAT ANAK BUJANG SULUNG

Ummi di pejabat sekarang ni, tengah makan roti bakar.
Hati ni teringatkan anak bujang sulung ummi.
Pagi ni ummi hanya sediakan milo panas sahaja sebagai sarapan
terlupa pula nak hidangkan biskut kering.
Mesti anak ummi tengah lapar sekarang nii...

Semalam ummi hanya masakan bihun goreng tom yam sahaja buat anak- anak ummi.
Kesian anak bujang sulung ummi.Sudahlah pagi ni ada pendidikan jasmani.
Rehat pukul 10.10pagi.Moga Allah pelihara anak ummi dari merasa lapar sehingga
tibanya waktu rehat.

Buat anak bujang kedua dan anak dara kecik ummi, tak la ummi risaukan sangat kerana di tabika ada disediakan sarapan pagi sebelum kelas bermula.

Moga anak- anak ummi ceria- ceria selalu di sekolah.amin.

Saturday, June 11, 2011

Pelbagai ujian dan cabaran.....
Kadang- kadang letih bila memikirkan
Moga Allah berikan petunjuk buat kami semua dalam menerima dugaan dan ujian ini.
Moga dijauhkan kami sekeluarga dari sebarang perkara yang tidak diingini.
-Amin-

Thursday, June 2, 2011

ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Allah.

Majlis kesyukuran yang ummi dan ayah rancangkan sekian lama akhirnya telah selesai.Pada 28 hb Mei 2011 bermula 12.30 tghr dan berakhir 5.00 petang.Alhamdulillah sehingga pukul 7.00 malam masih ada tetamu di rumah kami.Walau majlis hanyalah sederhana, namun kami sangat- sangat bersyukur kerana majlis berlangsung dalam suasana dan cuaca yang baik.Semoga kediaman kami itu terus menjadi syurga dunia yang sementara sebelum berangkat 'kembali' padaNya.

Terima kasih kepada emak ummi,emak mertua, adik ,adik- adik ipar,kakak ipar dan semua keluarga yang membantu dalam meringankan tugas ummi.Juga kepada jiran- jiran yang datang membantu.Kepada semua kenalan yang hadir memeriahkan majlis sangatlah ummi hargai.

TERIMA KASIH WAHAI SEMUA.

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...