Monday, May 23, 2011

WAHAI HATI SABARLAH

Setelah ummi mendapat "kewarasan" semula:

1.Kenapa ummi perlu memikirkan pandangan orang kepada ummi sedangkan ummi tidak bergantung kepadanya langsung??
2.Ummi ada keluarga dan tanggungjawab yang lebih PENTING yang perlu ummi fikirkan daripada memikirkan perkara SAKIT HATI UMMI.
3.Ummi ada ALLAH untuk ummi mengadu dan merintih.
4.Pandangan orang kepada ummi langsung tidang penting kerana PANDANGAN ALLAH kepada ummi yang perlu ummi utamakan.
5.Lain- lain lagi ......dan lagi.....dan lagi.....


kesimpulannya:

1.Ummi, sila sambung kembali kerja ummi.
2.Perkara ini hanyalah "benda remeh" yang perlu ummi abaikan.
3.Lupakan perkara ini kerana ummi telah menjemput.Terpulang kepada yang dijemput untuk hadir atau pun tidak.
4.Ummi hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari salah dan silap jadi sememangnya ummi tidak mampu untuk memuaskan hati setiap orang.Jadi cukuplah sekadar yang ummi mampu.


WAHAI HATI SEJUKLAH.SABARLAH.....
TERIMA KASIH WAHAI ALLAH atas kewarasan ini.....

HATI INI SAKIT

Kisah ini adalah sinambungan dari entri http://ummidanayah.blogspot.com/2011/02/kadang-kadang-ummi-tak-faham.html

Tadi ummi ada menelefon orang yang dimaksudkan.Bertujuan untuk menjemput orang tersebut ke majlis kesyukuran yang akan ummi adakan pada hari Sabtu ini.Niat ummi hanya satu "buang yang keruh, ambil yang jernih" tapi dua kali ummi menelefon dan lgsung tidak di jawab.Akhirnya ummi hanya sekadar sms sahaja.

Kemudian terus ummi sms kepada suaminya untuk menyatakan tentang sms tersebut dan minta suaminya khabarkan tentang majlis tersebut kepadanya.

Ummi mendapat balasan sms dari suaminya menyatakan mereka berada di kilnik untuk mendapatkan rawatan buat anak mereka.Ummi akur dan sekadar membalas sms tersebut, namun hati ini sakit.Terlalu sakit.

Entahlaaaahhhhhhhhhhh
Hanya Allah yang mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah dalam perkara ini....Dan memang ummi akui ummi bukanlah yang terbaik.Terlalu mudah hati ini terguris.Terlalu mudah hati ini pedih.Moga Allah ampunkan semua dosa- dosa ummi dan Allah sejukkan hati ummi ini.

susah sangat ke nak menjawab panggilan sekali pun dalam klinik @ sengaja tidak mahu menjawab.Jawapannya hanya ada pada orang tersebut.

Tuesday, May 10, 2011

DOAKAN UNTUK ANGAH

Hari ni angah ada check up di Hospital Bukit Mertajam.Risau sangat hati ummi ni.Macam- macam yang bermain dalam fikiran ummi ni.

Kawan- kawan semua, tolong doakan untuk 'anakanda tengah' ummi.

Gusinya masih bengkak.Semoga bengkak itu cepat surut.


Monday, May 9, 2011

HATI UMMI INI RISAU LAGI

Awal pagi isnin ini ummi memandu ke pejabat ditemani kerisauan.Hati ummi ini dipagut kerisauan lagi dengan kesihatan anakanda ummi yang tengah.

Sabtu (7 April 2011) ummi membawa along dan angah untuk mendapatkan rawatan gigi di Klinik Yang di Bukit Mertajam.Serik rasanya untuk membawa anak- anak untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kerajaan.Doktor hanya menampal gigi angah dan along yang berlubang.Ummi berpuas hati cara layanan dan rawatan yang diberikan walaupun bagi ayah bayaran yang dikenakan agak tinggi.

Namun pagi ini apabila bangun dari tidur angah mengadu sakit gigi dan kelihatan bengkak pada bahagian yang ditampal.Ummi memujuk angah untuk mandi dan bersiap dan terus memberikan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor tersebut.Pesan ummi pada 'anakanda tengah', sekiranya sakit tidak tertahan terus beritahu pada cikgu kelasnya kerana cikgu boleh menghubungi mertua ummi.Ummi juga bekalkan ubat tahan sakit di rumah mertua.Macam- macam yang bermain di fikiran ummi.Mungkin juga gigi tersebut tidak patut ditampal dan harus dicabut.Apa pun doa ummi moga Allah sembuhkan semua kesakitan pada anak- anak ummi dan jauhkan mereka dari sebarang penyakit yang merbahaya.

..................

Di sebalik kerisauan ini ummi panjatkan syukur pada Allah, kerana hajat ayah untuk menggunakan Toyota Avanza termakbul.Walaupun sekadar kereta '2nd hand' kami tetap bersyukur kerana dengan adanya kereta ini memudahkan kami untuk membawa ahli keluarga yang lain.Ummi bukanlah berasal dari keluarga yang senang jadi setiap apa yang kami perolehi amatlah ummi syukuri.Cuma ummi pohonkan pada Allah janganlah ada riak atau bangga dalam hati ini.Risau sekiranya 'nikmat kenderaan' yang Allah kurniakan pada ummi, ummi jadi lupa diri.Semoga bayaran ansuran bulanan kereta ini tidak menjadi bebanan kepada kami sekeluarga.Semoga dengan adanya kenderaan ini juga akan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan dapat meningkatkan ibadah kami pada Allah.


Moga anak- anak ummi sentiasa diberikan kesihatan yang baik.Tak sanggup lagi ummi ini melihat anak- anak menahan kesakitan.




CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...