Friday, October 1, 2010

BELUM ADA TAJUK DAN PENGHUJUNG JALANNYA

Aku termenung lagi.Entah sampai bila aku akan terus begini.Rasanya terlalu lemah diri ini setelah berpisah dengannya.Namun yang paling aku kesalkan sikap seorang insan yang aku anggap sebagai sahabat.Adakah aku yang bersalah di atas apa yang berlaku ini?

Waktu itu aku baru pulang dari sekolah bersama dengan sahabatku, Yana.Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kami semakin hampir.Seperti biasa kami menanti bas awam dan seperti biasa juga kami terpaksa berasak- asak berebut untuk menaiki bas.Jika tidak kami terpaksa menanti bas yang seterusnya yang entah bila tibanya.Dan akhirnya, alhamdulillah dapat juga kami menaiki bas yang kedua.Seperti biasa juga terpaksa bersabar dengan karenah pemandu bas yang hanya memulakan perjalanan selepas rehat lebih kurang 15 minit.Tiba- tiba aku terpandang seseorang.Entah mengapa mata dan hatiku begitu tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.Dadaku berdegup kencang saat memandangnya.Aku sendiri tidak pasti kenapa.......

Esoknya aku tidak lagi berasak- asak untuk mendapatkan bas.Aku yakin, semakin aku lewat semakin besar peluang untuk aku bertemu dengan insan yang berjaya menarik perhatianku.Namun hampa jua.Penantianku selama beberapa hari langsung tidak membuahkan hasil.Aku rindukan gayanya yang bersahaja dengan memegang buku di tangan dan menyandang beg hitam di bahu.Yang menjadi mangsa adalah sahabatku yang terpaksa menanti bersama-sama denganku.Akhirnya aku cuba untuk melupakannya.

Namun sebulan selepas itu, wajah tersebut muncul lagi di depan mataku.Kali ini dia berdiri betul- betul di hadapanku.Aku tidak melepaskan peluang untuk mencuri pandang pada tag nama yang tersemat pada dada kirinya.KHAIRUL AMJAD.Sedap sungguh nama itu, sekacak dan setampan orangnya ku kira.Aku memang menggunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya.Aku tatap wajahnya setiap inci.Dia langsung tidak menyedari aku sedang memandangnya....

"Assalamualaikum.Boleh saya bercakap dengan Khairul Amjad."Aku memulakan perbualan telefon selepas beberapa hari aku berjaya mendapatkan no telefon rumahnya.Begitu berani aku meminta adik sepupuku Aina yang juga merupakan penuntut sekolah yang sama dengannya mendapatkan no telefon si dia.Aku sendiri tidak pasti dari mana datangnya kekuatan sebegini.

"Waalaikumsalam.Ya Amjad kat sini."

Aku bagai terpukau dengan suara yang merdu itu.Lantas apa yang aku rancangkan tadi hilang dari ingatanku.Lantas gagang telefon ku letakkan.Sesungguhnya aku sendiri tidak mengerti apakah perasaan ini sebenarnya.Adakah ini yang dinamakan "cinta pandang pertama".Aku buntu dalam penilaian sendiri.Ini bukan diriku yang sebenarnya.Di manakah batas- batas 'malu' yang ada pada diriku.

td tengah kemas2 laci kat pejabat ni, ummi terjumpa ini..... memang dulu ummi sangat suka mengarang........


Friday, September 24, 2010

25 SEPTEMBER 1993

25 SEPTEMBER 1993

esok genap 17tahun ayah ummi pergi meninggalkan ummi.masa tu umur ummi baru 13 tahun dan masih di tingkatan satu.sekarang unur ummi 30 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata.

nantila akan ummi ceritakan. hari ni mood ummi kurang elok disebabkan macam2 perkara.


Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

ummi nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ummi.apa yang tersalah dan tersilap harap dimaafkan.


Wednesday, September 8, 2010

UMMI, SUSAH SANGATKAH NAK ANGKAT TANGAN TANDA MAAF??





tajuk entri ummi pagi ni ada kaitan dengan kejadian sebentar tadi.kejadian semasa ummi dalam perjalanan ke pejabat.


ummi masih di lorong kiri dan ingin masuk ke lorong kanan.ummi pandang cermin sisi kanan, ada van kilang yang pada pandangan ummi bergerak agak perlahan.ummi pun terus bagi signal kanan dan terus untuk masuk ke lorong kanan....tiba- tiba van tersebut membunyikan hon dan dah ada kt sebelah ummi.ummi xberani palingkan muka, ummi terus pecut kereta di lorong kiri.ketaq kaki dan tangan ummi masa tu.sebab memang ummi xjangkakan yang van tu akan memecut.


tapi patutkah tindakan ummi macam tu?susah sangatkah ummi nak angkat tangan tanda maaf????

sebenarnya tadi ummi memang terkejut sangat2 ditambah dengan perasaan takut

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...