Friday, February 10, 2017

KAMI DI MRSSPS

Di sinilah destinasi dituju pada setiap hari bekerja

Inilah keluarga kecil kami

Bermula Jun 2016 kat sinilah tempat ummi bertugas...Sangat berbeza dengan tempat lama (Pejabat Rancangan Perumahan SPS).

Kat sini dipertemukan semula dengan ida.. Nak berkawan atau bergaduh pun kami2 saja sebab kat sini tak ramai.Huhuhuhuhu

Banyak lagi yang nak ummi coretkan di sini. Insya Allah ada masa nanti ummi sambung.


Coretan:
UmmiAishah
10/02/2017




ABDUL SAFARAZ AMMAR

gambar lama, sekarang dah 2 thn 3bln


Memperkenalkan anak bujang ummi yang ke tiga..
Ummi ada 4 org Abdul...
Di kelilingi oleh 4 orang Abdul dan seorang Siti adalah anugerah yang terindah buat ummi.

Abdul Shukor - tentulah buah hati ummi (hehehehehe)
Abdul Sufi Aiman - anak bujang sulung
Abdul Safwan Afiq - anak bujang tengah
Siti Adhwa Sakinah - anak dara ummi
Abdul Safaraz Ammar - anak bujang kecik

Coretan :
Ummi Aishah
10 Feb 2017
3.08 ptg

>>> membesarkan anak bujang ke 3 ummi ni sememangnya berbeza dan lbh mencabar berbanding abang2 dan kakaknya...

DENDAM

Sesuatu yang sangat bisa kesannya kepada kita.... Kemarahan yang tersimpan lama kelamaan boleh menjadi dendam yang semakin bersarang di dalam diri. Dendam menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan dan penilaian dalam membuat keputusan, sehingga ada masanya kita langsung tidak nampak kesalahan itu sebenarnya berpunca dari kita jua.

ALLAH YA ALLAH

Begitulah dengan diri ummi.... Dendam dan marah yang sekian lama terpendam sehingga membutakan ummi seterusnya menafikan  punca  "tersebut " disebabkan ummi sendiri. Ummi 'pejamkan mata' untuk nampak kesilapan ummi.

ALLAH

Kerdilnya ummi.... lupa pada ketentuan yang Allah tetapkan. Sepatutnya ummi pandang ke hadapan dan bukannya menoleh ke belakang. Jauh lagi perjalanan ummi..

Dan alhamdulillah......
selepas berbelas tahun ummi dapat jawapannya..Terima kasih wahai si 'dendam' ku.......Rasa lega!!!puas!!!!! Air mata ini tumpah akhirnya.Tumpah kerana sedar kesilapan diri. Gagal dalam membuat pilihan dan keputusan....



Tapi ..........................
Itu kisah berbelas tahun yang lalu. Hari ini ummi bangkit dengan rasa senang dan juga ada sedikit rasa kemenangan. Yea Yea Yea ........... Bangun wahai ummi aishah.


Bebaskan dendam mu...Teruskan perjalanan mu...Ini yang Terbaik.

Bersama keluarga MRSSPS



Coretan :
UmmiAishah
1.24 ptg
10 Februari 2017


>>>>> xperlu ummi ceritakan apa sebenarnya, cukuplah sekadar berpesan "lepaskan dendammu. Pilihan di tangan kita..Berhati hitam dengan rasa sakit di jiwa @ pilih untuk bahagia...."

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...