Friday, September 28, 2012

REDHA

Ummi masuk pejabat selepas 2 hari berkursus di KOMTAR.Allah... suka sangat ummi dengan kursus BUKA HATI BUKA MINDA ....TRANSFORM.2 penceramah jemputan sangat best....Allah... banyak sungguh manfaat yang ummi dapat.Kisah kursus ummi akan ummi kongsikan dalam entri yang lain InsyaAllah.

Hari pertama ummi balik kursus dapat berita adek pula rabun jauh seperti mana 2 abangnya!!Allah..... sedihnya ummi.Pada mulanya sukar juga ummi nak menerima berita tersebut.Namun mungkin setelah ada sedikit manfaat dari kursus (dengan izin Allah) ummi perlahan- lahan belajar untuk redha dengan berita tersebut.Pada mulanya ummi menyalahkan diri kerana terlalu awal memperkenalkan komputer kepada anak- anak, namun setelah ummi renung sedalam- dalamnya pendapat ummi berubah.Ramai ibu bapa yang memperkenalkan komputer kepada anak- anak di usia yang muda namun tak semuanya rabun.Jadi ummi katakan pada diri ummi kalau tanpa izin Allah anak- anak ummi nak jadi rabun perkara ini tidak akan berlaku.Biarlah apa orang nak kata, mulut manusia memang tak dapat nak ditutup.Kadang kala ummi terkilan dengan ibu bapa di sekolah.Ada yang berkata

"kecik- kecik anak kak dah pakai spek mata.Dua- dua pula tuu......kesian".

Hati ummi ni tersentuh sangat.Takkanlah seorang ummi ni sengaja nak membiarkan anak-anaknya memakai cermin mata seawal usia 6 tahun.Namun ummi redha dan pasrah.Ini Allah punya hebat.Siapa tahu nanti anak- anak ummi ni nanti jadi pensyarah atau ustaz atau ustazah atau doktor..........Tak mustahil kan!!!!! Hebatnya Allah ni kadang- kadang kita tak nampak sekarang.

ALLAH YA ALLAH

**sesungguhnya ummi tak tahu apa yang tersirat di sebalik semua ini, namun ummi yakin dan pasti setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.**
**yang penting sekarang ini ummi harus redha.Biar apa orang nak kata sebabnya manusia ni selalu hanya akan nampak satu kelemahan seseorang walau dia punya sepuluh kebaikan.**
**Yang penting.... ummi perlu POSITIF.**

Tuesday, September 25, 2012

25 SEPTEMBER 1993

Genap 19 tahun (masihi) ayahanda ummi telah meninggalkan kami sekeluarga.
Di pagi Sabtu ummi dikejutkan oleh ayahanda dengan pesanan

"kakak, bangun satgi kemas rumah.Hari ni ramai orang nak mai rumah kita".

Ummi yang hanya berusia 13 tahun pada waktu itu sekadar mengiakan sahaja kerana pada malam itu ummi telah merajuk dengan ayahanda.Disebabkan teguran kerana bising sewaktu ayahanda sedang solat.Ummi ni memang anak manja ayahanda.
Lebih kurang pukul 7 pagi ummi dikejutkan dengan suara tok ummi mengejutkan kami.Katanya ayahanda ummi kemalangan.Pada fikiran ummi pada waktu itu ayahanda hanyalah cedera ringan kerana boleh dikatakan kerap juga ayahanda bercerita tentang kemalangan kecil yang dilaluinya.Terus ummi bangun kemaskan tempat tidur dan kejutkan adik- adik.Sham berumur 11 tahun, Intan 9 tahun dan Deknot hanya berusia 6 tahun.Emak bekerja shif pagi.

Tak sampai setengah jam ummi dikejutkan dengan berita ayahanda ummi telah kembali mengadap Allah SWT.

ALLAH YA ALLAH

Lemahnya ummi tatkala itu.Teringatkan emak di tempat kerja yang belum mendapat berita menambahkan pilu dihati.
Jenazah ayahanda selamat dikebumikan pada petang 25 September 1993 selepas waktu Asar.
Dan alhamdulillah ummi telah dibesarkan oleh emak yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah.

ALLAH YA ALLAH

Besarnya jasa emak kepada kami 4 beradik.Moga kami berempat sentiasa di landasan yang benar dan semoga kami dapat membahagiakan kedua orang tua kami di dunia & di akhirat.InsyaAllah.

Friday, September 14, 2012

PADAN MUKA UMMI

padan muka ummi....dok ralit main game sangat, sekali customer mai nk bayaq duit rumah.ummi buat kesilapan dah kena call ibu pejabat utk batalkan resit.sekali kena direct ngn bos sebab yang bertanggungjawab tu tiada.
TU PERINGATAN BESAR !!!! jangan lalai
 
ALLAH YA ALLAH

Friday, September 7, 2012

EMOSI

Sekarang.............
emosi ummi sangat tak stabil
serabut sangat
tak tahu mana yang perlu ummi dahulukan
mana yang perlu dikemudiankan
Hati sangat mudah tersentuh
sangat mudah terguris
akibat percakapan
akibat perbuatan
akibat tingkahlaku
akibat perubahan
seseorang.......

ALLAH YA ALLAH

**bantulah hambaMU ini dalam mencari sinar kembali.Tunjukkan daku laluan sebenar**

RENUNGAN: APAKAH PERBEZAAN ANTARA RM1 DENGAN RM100

Korang semua pun tahu, wang RM100 dan RM1 sama-sama dicetak dan diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit te
rsebut.

RM100 bertanya kepada RM1,

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100,

"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, dan aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion dan juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!"

Lalu RM1 bertanya lagi,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"

RM1 pun berkata lagi,

"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.

Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.

Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

**Artikel asal oleh Ustaz Nasir. Diolah semula oleh
Oh! Islam. SHARE dan LIKE jika kisah ini bermanfaat kepada anda dan yang lain.**

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...