Thursday, August 26, 2010

SAKIT GIGI

ummi kat pejabat, tapi hari ni langsung xda mood nak buat kerja.ummi diserang sakit gigi.risau juga bila sakit gigi kembali menyerang ni, ya la ummi ingat tahun lepas sepanjang bulan Syawal sakit gigi ummi ni datang dan pergi sesuka hati.selalunya memang ummi xsuka makan ubat tapi bila x tertahan ummi terpaksa ambil ubat tahan sakit.

mata sebelah kanan ummi ni rasa seperti dah sepet sebelah dok tahan sakit ni.ummi memang xtahan sangat bila di uji dengan sakit gigi ni...

Ya Allah, berikan kekuatan buat ku dan aku mohon sembuhkanlah sakit gigiku ni.amin.

2 comments:

  1. Salam Puan Aishah

    Hadith al-Baihaqī, dari ‘AbduLlah bin Rawāhah mengadu kepada Nabi SAW bahawa giginya sakit, kemudian Rasullullah pun meletakkan tangannya yang mulia ke pipi Abdullah dan berdoa seperti dibawah ini sebanyak 7X:

    اللهم أذْهِبْ عَنْهُ سُوْءَ ما يَجِدُ وفَحْشَهُ بِدَعْوَةِ نَبِيِّكَ الْمَكِيْنِ الْمُباَرَكَ عِنْدَكَ

    Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisiMu.

    Maka Allah menyembuhkan sakit giginya sebelum beliau berganjak pergi dari Rasulullah SAW.

    Dalam riwayat yang lain Humaidi berkata suatu ketika Fatimah binti Muhammad SAW mengeluh sakit gigi, lalu Rasulullah SAW memasukkkan dan menempelkan tangan kanannya pada gigi yang sakit dan berdoa:

    بسم الله وبالله أسأَلُكَ بِعِـزَّتِكَ وجلالك وقُدْرتك على كُلِّ شيءٍ فإن مَرْيَمَ لمَ ْتَلِدْ غَيْرَ عِيْسَى مِنْ رُوحِك وكلمتك أَنْ تَـكْشِفَ ما تَلْقَى فاطمةَ بِنْتَ خديجة مِنَ الضُّرِّ كُلِّهِ

    Dengan nama Allah,demi Allah ku bermohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari ruhMu dan kalimatMu (firmanMu) aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.

    Kemudian lenyaplah sakit gigi Fatimah.

    Sumber:1. Sayyid Muhammad ‘Alwī al-Mālikī al-Hasanī. Abwābul faraj. Dār Jawāmi’ al-Kalim, Cairo: 2000.

    ReplyDelete

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...