Thursday, July 22, 2010

BERNIAGA

ummi ni sebenarnya sangat minat dalam berniaga ni.cuma ummi memang xpandai untuk berniaga.... dan buat masa ni memang xnampak hala tuju lagi.

cuma buat masa ni ummi ada berniaga baju kurung siap dan baju muslimah.untuk kawan-kawan yang berminat bolehlah hubungi ummi nooo.

moga ditunjukkan jalan oleh Allah dalam memulakan usaha yang kecil ini.amin.

Wednesday, July 21, 2010

ADAKAH UMMI LAYAK?

hmmmm tengok pada tajuk entri ummi kali ni mmg lain macam skt.
sebenarnya pagi ni rakan pejabat ummi bawa borang untuk kenaikan ke jawatan N22......
tahun ni insyaAllah genap 8thn ummi berkhidmat sebagai pembantu tadbir perkeranian operasi(N17).jadi ummi telah memenuhi salah satu syarat.syarat yg kedua Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) haruslah mendapat 3 untuk paper umum dan khusus.itu jg sudah berjaya ummi capai.....namun bila tengok syarat yg ketiga ummi terus xjadi nk apply.... sebabnya penilaian prestasi haruslah 85% ke atas utk tiga thn sebelum ni.....bila pikir2kan rasanya ummi xlayak.

dengan hasil kerja yang ummi sendiri rasa ummi xlayak...jadi biarlah ummi mengalah dari mengisi borang tersebut dan ummi berikan kepada kakak di pejabat tanah sps ni yang ummi rasa jauh lebih layak dari ummi.semoga selepas ni ummi dapat meningkatkan prestasi kerja ummi.terima kasih kepada rakan2 pejabat tanah sps yg byk memberikan semangat buat ummi.namun ini keputusan yang ummi ambil.insyaAllah tahun2 mendatang ummi cuba "apply" untuk jawatan itu.

nota:
pada bob,nazri,effi,kak nora,kak ina,kak ani dan en rahman....pada "seseorang" yang telah patahkan semangat ummi, tq jg sebab sedarkan ummi tentang hakikat diri.

Monday, July 19, 2010

SUNGAI PETANI INN

ALHAMDULILLAH
sekali lagi ummi dan ayah dapat bercuti bersama dengan anak2.kali ni beserta mak ummi dan adik ummi sekeluarga.walau pun hanya di sungai petani dan hanya semalam cukuplah bagi merapatkan hubungan kekeluargaan.yang xbest tu adik ummi yang bongsu dh balik ke UPM.kalau ada dia lagi la meriah....xpala insyaAllah ada masa dan rezeki lain kali kita pi noo....











ANAK-ANAK UMI


siti adhwa sakinah & siti nur hani safiyya


lima orang anak ummi

Monday, July 12, 2010

ANGAH DAN DEMAM TARIK SERTA CAMPAK




10.7.2010(SABTU)
angah demam tarik serta campak.ummi terkejut sangat masa tu sebab kali akhir kena demam tarik ni masa umur 3tahun.tapi alhamdulillah masa kejadian suami serta mertua ada di rumah.ummi pun xtau nk ceritakan cmna tp memang masa tu ummi menangis. macam2 ada dalam fikiran ummi masa tu......

tapi satu 'kata2' yang ummi pegang, Allah tidak akan menguji setiap hambaNya melebihi dari kemampuan hambaNya itu.......

ummi doakan moga2 ini adalah kali akhir angah kena demam tarik ni.kali ni along dan adek sendiri dapat tengok cmna keadaan angah masa kena serang sawan tarik tu.along pun besa kena sawan tarik ni masa umur 4thn dulu....salah ummi jg sebab ummi fikirkan bila angah dah 5thn ni dah xkena rupa2nya masih ada lagi.... ummi sedih sgt bila tgk angah tergaru2 sebab cmpak dan dengan badan yang panas lagi.hari ni angah bercuti dr sekolah.kejadian ini ummi jadikan iktibar buat diri ummi sendiri.......


buat ayah:
terima kasih smlm tolong berjaga utk angah.dan terima kasih sbb bila ummi rasa lemah bila di uji dgn anak2 sakit, ayah ada di sisi ummi memberi kata2 semangat.

PETUA DEMAM PANAS & SAWAN TARIK

Tanda-tanda demam panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.


Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

petikan dari:
http://1001-petua.blogspot.com/2010/07/petua-demam-panas-sawan-tarik.html

Thursday, July 8, 2010

KITA HANYA MAMPU MERANCANG

hmmmmmm
tengok pada tajuk entry ummi kali ni macam bunyi org frust jaaa......
memang ummi frust sebenarnya....
mungkin ada sebab musabab yg ummi sendiri xtahu.
hanya Allah yang tahu.
mungkin kesedihan ummi pada hari ni adalah kegembiraan ummi pada kemudian hari.
ummi xtahu.....

Ya Allah
dikala ni ummi rindu sangat2 pada kawan2 sekolej ummi dulu
rindu pada kak fidah,pada salina dan pada arwah sue
rindu pada kwn baik ummi masa zaman sekolah

Moga Allah berikan ummi petunjuk dalam menghadapi situasi ini

Untuk renungan
Ketika sesuatu masalah datang dalam kehidupan kita dan kita dihadapkan pada pilihan-pilihan yang harus diambil, dan sering dari pilihan yang kita ambil tersebut kita harus melewati suatu proses transformasi kehidupan yang menyakitkan bagi jiwa dan tubuh kita. Namun ditengah kesulitan tersebut kita harus selalu ingat akan adanya Allah yang bersama kita, masih ada masa depan yang Allah sediakan untuk kita diakhir perjuangan kita, suatu kehidupan yang lebih baik, suatu pemulihan hubungan, suatu kesembuhan, suatu sukacita, suatu ketenangan.................... suatu yang kita impikan selama ini.InsyaAllah.

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...