Wednesday, August 25, 2010

RAMADHAN

hari ni dah pun 15 ramadhan.
pantas sungguh masa berlalu....
dari hari ke hari usia makin berlalu
semakin hampir ke saat kematian..
hampir mencecah usia 30 tahun
dan ummi xpasti berapakah baki usia ummi
di dunia ini........

Ya Allah....berikan ummi petunjukMu supaya dapat ummi manfaatkan baki usia yang tinggal ini.

Tuesday, August 24, 2010

HARI SUKAN TABIKA BENGKEL KEMAS DAN TABIKA KEMAS JALAN KOLAM, CHEROK TO' KUN

hari sukan ni diadakan pada 7.8.2010.masa ni anak2 ummi dah demam tapi masing2 nak juga ke hari sukan.hari tu pula hujan, ummi risau sangat2 masa ni.dalam kepala ni dok terpikir macam2.risau angah 'tarik'... risau juga dekat along, sebab along pun ada sejarah 'tarik' ni.... mana pula masa ni ummi saja yang bawa anak2, ayah lambat sikit jadi memang macam2 yang bermain dalam fikiran ummi.

tapi masing2 aktif sangat, cuma adek saja yang tarik diri.bila sampai giliran dia mula la menangis.cikgu ida pun hairan, masa latihan di sekolah memang dia buat sepenuh hati.... yala adek ni 'anak ummi' jadi bila ummi ada ni mulala nk bermanja- manjaan.....apa pun alhamdulillah semuanya berakhir tanpa sebarang perkara yg ummi risaukan.

cuma selepas dari hari sukan ni la, episod demam kami sekeluarga bermula...







SEBAK

hari ni macam biasa ummi sekeluarga keluar rumah bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab masing2.along,angah dan adek seperti biasa dihantar oleh ayah ke sekolah dan ummi akan bersama pn kan(gelaran untuk kancil ummi)akan terus ke pejabat.
along, angah dan adek awai2 lagi dah masuk dalam en bey(gelaran utk iswara ayah).tapi sebaik nampak ummi keluar dari pagar nak masuk ke dalam kereta,along
cepat2 keluar dari kereta ayah terus bersalaman dengan ummi pastu minta pula nak
sayang pipi ummi.terus rasa sebak yang teramat sangat...

hati ummi mana tak sebak bila anak buat macam tu....memang selalunya anak2 ummi akan bersalam dengan ummi.selalunya ummi yang cium kepala anak2.tapi hari ni bila along buat macam tu terus rasa sebak yang amat sangat.pastu bila dah masuk dlm kereta ayah
along lambai ummi lagi.sayu hati niiii......

moga Allah pelihara kesejahteraan anak2 ummi dan jadikan mereka anak2 yang cerdik ilmu dunia dan akhirat seterusnya dapat menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.amin.


Monday, August 16, 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah
hari ni ummi dapat kembali ke pejabat.syukur di atas nikmatMu Allah.dari selasa hingga jumaat ummi hanya di rumah saja.ummi, ayah dan anak2 semuanya demam.dah lama rasanya ummi xdemam....... kali ni agak mencabar kerana kami sekeluarga demam.nantila bila ummi ada kelapangan akan ummi coretkan kisah kami

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...