Wednesday, January 3, 2018

PERJALANAN KEHIDUPAN YANG BARU BUAT ANAK UMMI

Alhamdulillah

Kisah 1 Januari 2018

Seorang lagi anak bujang ummi bakal menjejakkan diri ke alam sekolah menengah juga alam asrama.

Risau juga memikirkan tentang ank bujang tengah ummi ni. Berbeza jika dibandingkan dengan anak bujang sulung ummi.

Apa pun ummi doakan yang terbaik buat anak-anak ummi.

paling kanan

coretan ummi 3 jan 2018

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KARIAH CHEROK TO' KUN

Assalamualaikum

Pada 3 Disember 2017, anak- anak ummi telah terlibat dengan persembahan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kariah Cherok To' Kun.

Di sini ummi kongsikan kenangan untuk tatapan anak- anak ummi nanti.

Pantang ada peluang pegang handphone

Ummi bangga dengan anak- anak ummi, termasuk yg di bawah pentas tu

semoga terus menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat

Abang yang sudi melayan karenah ammar

Baik sekejap saja ni ......

Coretan Ummi 3 Jan 2018 (jam 10.17 am) 

BERCUTI DALAM WAD 1, HOSPITAL BUKIT MERTAJAM

Assalamualaikum

Bila dah mula menulis ni, rasa seronok. Ini pun kenangan untuk ummi juga ni.

Di penghujung tahun 2017, bermula dengan along demam, muntah dan cirit. Bersambung suami tersayang, angah dan seterusnya si kecik manja ummi. Dan di saat entri ditaip, ummi pula yang asyik berulang ke tandas. Hasilnya, hari ni ummi mohon cuti. Tak sanggup nak berlari ke tandas di pejabat. Lebih baik di rumah......

Ummi kongsikan kenangan sepanjang di wad 1, Hospital Bukit Mertajam. Daftar masuk 29.12.2017 pukul 10.30 malam dan daftar keluar 31.12.2017 pukul 3.30 petang.

Alhamdulillah, telah dipermudahkan segala urusan ummi di sana.

alhamdulillah kembali mahu menyusu

alhamdulillah dah berselera nak makan

sejuk yang terlampau, habis ummi "bungkus"

yeaaaa ..... dah boleh balik rumah

** Dalam episod kesakitan ini terselit sesuatu yang amat memedihkan hati ummi.Tapi biarlah rahsia....

Coretan Ummi 3 Jan 2018 (jam 9.48 pagi)

PERCUTIAN YANG TAK DIRANCANG

Assalamualaikum

Dah lama ummi tak menulis.....

Seperti kebiasaan penggal akhir cuti sekolah, ummi dan ayah akan meluangkan masa seketika untuk berehat bersama anak- anak. Bukan selalu dapat bersama permata2 ummi.

Percutian kali ni memang bukan dirancang. Namun memori bersama keluarga adalah yang terindah. Ummi kongsikan kenangan- kenangan kami untuk tatapan anak- anak di masa hadapan, Insya Allah.

Semoga menjadi anak2 yg cemerlang dunia & akhirat

Semoga menjadi anak2 yg cemerlang dunia & akhirat

Sekali sekala.......

Gua Kelam
Tengoklah aksi angah & kakak.......


Berbeza dengan bujang sulung ummi.Penyejuk ummi
Putra Regency Hotel, Kangar.... memang puas hati


Coretan Ummi 3 Jan 2018 (9.34 am)

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...