Assalamualaikum
uishhhh dah lama ummi menyepi tanpa sebarang cerita tentang anak2!!!!
Anak dara ummi @ Siti Adhwa Sakinah @ adek dirujuk ke Hospital Pulau Pinang pada petang 11 Februari 2014 (Selasa) ekoran dari giginya yang rosak membawa kepada bengkak gusi dan terus melarat ke mata.
Ummi kat pejabat sewaktu mendapat berita yang anak ummi perlu dirujuk ke HPP.Ummi cuba tenangkan diri, tak mahu memikirkan perkara yang negatif.Dari berita yang ummi dapat kami akan 'berkampung' di HPP.....dah lama tak 'berkampung' dekat wad ni.kali ni pengalaman baru la pula sebab sebelum2 ni hanya berkampung di Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Seberang Jaya.
Balik tu ummi kemas2 baju ummi dan anak dara ummi...Hehehehee lupa pula nak ambik gambaq beg, banyak sungguh baju yang ummi 'packing' macam nak bercuti saja..Dalam hati ada debar namun ummi latih diri untuk bertenang.Semenjak ummi amalkan B complex Shaklee rasa kehidupan ummi lebih tenang lebih teratur.TERIMA KASIH YA ALLAH.... (sempat lagi ummi promote).
Kami sampai di bahagian kecemasan HPP lebih kurang pukul 9.00mlm.Terpaksa tunggu doktor gigi 'on call' sampai..Lebih kurang pukul 1.00pagi barulah ummi dan anak ummi dapat check in dalam wad..Terima kasih kepada dua orang doktor gigi tersebut beserta seorang pembantu.Tidak salah ummi, seorang dari Balik Pulau dan seorang lagi dari Timur Laut.
Sepanjang 2 mlm kat sana ummi sangat bersyukur mendapat layanan yang sangat baik.Ummi sangat2 berpuasa hati!!! Pengalaman baru buat ummi.Terima kasih juga buat semua staff wad C2 HPP dan Jabatan @ Bahagian pergigian Pediatrik di atas 'servis' yang sangat tip top.Terima kasih ummi juga kepada geng2 Klinik Pergigian Air Itam yang sudi berziarah.Punya ramai nurse sampaikan ada jiran2 sebelah yang bertanya "kak ni nurse ka?" heheheheheheh bukan2!!!
Peristiwa dekat wad kali ni banyak kepada Allah nak mendidik ummi.Lebih lagi yang hebat ujian buat mereka jika nak dibandingkan dengan ummi..Hhuhuhuhuuu ALLAH YA ALLAH kerdilnya ummi!!!
Rasanya cukup dahulu setakat ini.InsyaAllah ada kelapangan ummi akan coretkan lagi kenangan kami 2 beranak sepanjang di Wad C2 HPP.Terima kasih pada yang sudi membaca.