Friday, May 17, 2013

SAHABAT DOLU KALA

Baru- baru ni ummi berkesempatan berjumpa semula dengan sahabat lama ummi.Berjumpa di rumah abahnya sempena majlis perkahwinan adik lelakinya.Memang dah plan nak pi hujung- hujung majlis, nak bersembang panjang.

Alkisahnya, ummi sekeluarga 'melilau' jugak cari rumah kenduqi pasai ummi hanya ada alamat tanpa ada plan.Bertanya dan akhirnya usaha berhasil.Setibanya di rumah kenuqi memang pihak katering tengah mengemas.Yes!! best sangat...

Ummi dan en suami berpuasa sebenarnya.Kenuqi rumah kawan ummi ni merupakan jemputan yang kedua.Jadinya anak- anak sudah kenyang di jemputan yang pertama.Selepas parking kereta (hehehe tentulah en abang yg parking), ummi dengan confident yang teramat sangat terus menuju ke khemah kenuqi.Terus melalui tempat tuan umah dengan perasaan nak terus terkam kawan ummi.Sekali sampai depan rumah, hehehehehe tak ada sorang pun yang ummi 'cam'.Nampak pengantin lelaki terus cakap nak jumpa Mariana.Yang bestnya pengantin lelaki tu cakap "ni kak Aishah kan?"

Setelah dicari- cari akhirnya tuan punya badan nunnnnn di tempat tuan rumah.Eloklah dia pun tak cam ummi, ummi pun tak cam dia.Apa lagi berpeluk sakan la menjejak kasih.

ALLAH YA ALLAH

Seronok sangat berjumpa kembali setelah 10 tahun tidak bersua.Bila dah berjumpa macam- macam cerita yang keluar.Peristiwa ummi ditolak jatuh ke atas meja sekolah gara- gara mengusiknya dengan gambar ular sawa menelan seorang budak lelaki dalam akhbar cina.Peristiwa yang tak mungkin kami lupakan.Kami ni dulu plywood tapi tengoklah kami berdua sekarang!!!!Plywood telah bertukar.Bak kata Mariana cukup vitamin.

ALLAH YA ALLAH

Apa pun ummi besyukur di atas pertemuan ini.


CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...