Tuesday, January 31, 2012

KELAS JAHITAN BERSAMA CIKGU IDA

Alhamdulillah
Rehat tadi ummi dapat menyertai kursus jahitan bersama cikgu ida.
Ummi telah belajar:
1. cara mengambil ukuran pada baju dan kain.
2. membuat dasar badan baju, tangan dan kikik.

InsyaAllah kelas akan bersambung esok.Ummi sangat suka cara cikgu ida mengajar.Ummi rasa ummi cepat faham.Moga segala ilmu yang telah dan bakal dicurahkan oleh cikgu ida mendapat ganjaran di sana nanti.Selagi kami anak- anak muridnya memanfaatkan ilmu jahitan ini selagi itulah ganjaran untuknya tidak akan putus.

Moga ummi dan rakan- rakan seperjuangan yang lain (iza,cc mahanum dan kak tie) akan cepat pandai.Moga lepas ni kami semua dapat membuat baju kurung sendiri juga untuk keluarga serta mungkin juga dapat memanfaatkan ilmu ini sebagai pendapatan sampingan kami.tingginya angan- angan ummi.



ALLAH YA ALLAH

** ummi sangat meminati bidang jahitan ini semenjak dari zaman sekolah rendah cuma ummi belum pernah berguru secara serius**

Friday, January 27, 2012

TENSION SUNGGUH UMMI

ALLAH YA ALLAH


Ummi sangat- sangat tension dengan seorang hamba Allah ni.....
Dia ingat dia hebat sangat,
Dia lupa Allah lagi hebat.
Dia ingat dia ada kuasa boleh dia buat sesuka hati,
Dia lupa Allah Maha Berkuasa.
Entahlah, ummi pun tak faham.....
Awal- awal pagi dah buat muka.

Biarlah dia dengan peel dia kan!!!!!
Selagi ada kesabaran selagi itu ummi bertahan!!!
Moga terus diberikan kesabaran buat ummi....
Ampunkan ummi Ya Allah.



ALLAH YA ALLAH


*** tak rugi ummi bersabar.ada ganjaran di sana nanti.**

Wednesday, January 25, 2012

MAAFKAN UMMI

Kelas jahitan terpaksa ditangguhkan lagi.Punca ditangguhkan masih lagi disebabkan oleh ummi.Sebelum ini kelas ditangguhkan untuk memberi masa kepada ummi untuk membeli kelengkapan dan sekali lagi ditangguhkan kerana ummi tak membawa baju contoh.
Maafkan ummi wahai cikgu Ida.Maafkan ummi wahai rakan- rakan seperjuangan (Liza, Kak Tie dan cc Mahanum).


ALLAH YA ALLAH

** Lalai sungguh ummi ni!!!**

PATUT KE UMMI MACAM TU???

Baru sebentar tadi seorang pelanggan datang ke kaunter perumahan, ingin membeli borang perumahan sebanyak 4 keping dan berharga RM4.Dia menghulurkan RM50.Apabila ummi ajukan pertanyaan tentang duit kecil dia hanya menyatakan itu sahaja nilai wang yang dia ada.Riak wajah ummi dah tak manis.....Ada lagi soalan yang diajukan namun wajah ummi dah tak manis jawapan pun dah acuh tak acuh.

HUHHUUHUHUHUH PATUT KE UMMI MACAM TU????
DAN PASTI JAWAPANNYA


"

"""

""""""""

"""""""""""""


TAK PATUT



ALLAH YA ALLAH

**ampunkan ummi.Ummi terbawa- bawa kenangan semalam ke hakikat hari ini.Ampunkan ummi Ya Allah**

MENJAGA HATI ORANG

Apabila kita berbicara tentang 'menjaga hati orang', rasanya mudah untuk disebut dan terlalu enak untuk sesiapa yang mendengarnya.
Tetapi hakikatnya agak berat pada situasi tertentu dan pada tuan empunya hati.Kita menjaga hati seseorang sedangkan hati dan perasaan kita tidak terjaga.Tetapi itulah hakikat kehidupan.

SEMALAM ADALAH KENANGAN.
HARI INI ADALAH HAKIKAT.
ESOK PULA ADALAH IMPIAN ATAU PUN CABARAN.


**Sangat letih untuk menjaga hati orang.Tetapi itulah kenangan semalam. Letihnya YA ALLAH**


ALLAH YA ALLAH



utk cikgu Ida:

Entri yg sebelum2 ni adalah entri saja2...Tapi entri yang ni ada kena mengena ngn ummi.huhuhuhuhhuuh



(Utk makluman rakan2, ummi akan menjadi anak murid kepada cikgu Ida mulai hari ni.Doakan semoga ummi cepat pandai dalam bidang jahitan yer)

Friday, January 20, 2012

ALLAH YA ALLAH

Malamnya syahdu
Air mata taubat mengalir menderu-deru


Bangun pada siangnya
Dengan janji takkan mengulangi silap dulu lagi


Tapi, bila petang datang
Taubat dan janjimu itu kau mungkiri!


Allah...

Thursday, January 19, 2012

KATA- KATA HIKMAH


  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

  • Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya

  • Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

  • Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.

  • Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.


ALLAH YA ALLAH


**wahai hati tenanglah, tabahlah, redhalah**

RUMAHKU SYURGAKU ~ HIJJAZ

Suami Perlukan Belaian Dari Isteri Yang Penyayang
Yang Dapat Melayani Dan Menghiburkannya
Serta Pandai Mengurus Rumah Tangga
Itulah Harapan Suami


Isteri Juga Sangat Mengharapkan Suami Yang Penyayang
Bertanggungjawab Dan Berhikmah Dalam Mendidik
Anak-Anak Akan Bahagia Dan Tenang
Apabila Ibubapanya Berkasih Sayang
Bertanggungjawab Mengasuh Dan Mendidik


Ibubapa Bahagia Kalau Anak-Anaknya
Menyayangi Mentaati Dan Memuliakan Mereka
Rasa Kasih Murni Antara Suami Isteri Boleh Rosak
Jika Masing-Masing Tidak Berakhlak


Cinta Murni Antara Anak-Anak Dengan Ibubapanya
Diikat Kuat Oleh Cinta Tabii
Yang Semulajadi Akan Punah
Jika Tidak Disuburkan


Cinta Suci Akan Subur
Apabila Ada Iman Dan Akhlak Yang Mulia
Iman Dan Akhlak Mulialah Menjadi Penyebab
Membentuk Keluarga Yang Bahagia
Dan Berkasih Sayang...
Sehingga Lahirlah
Masyarakat
Penyayang Dan Negara Makmur


Hasil Daripada Keistimewaan
Kasih Sayang Dalam Rumah Tangga



ALLAH YA ALLAH


** sayunya hati bila menghayati bait-bait lagu ini**

RENUNG- RENUNGKAN..

Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan..
tetapi bila ikan sudah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya...
begitulah juga hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai tetapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi..
Semoga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa2nya...sama2lah kita renung2kan..


ALLAH YA ALLAH

PERMAISURI HATIKU ~ HIJJAZ

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

( korus )Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu


ALLAH YA ALLAH

**Lemah tak bertenaga diri ini.Tiada langsung semangat untuk bekerja.Bantulah hambaMu ini Ya Allah

MENANTI DI BARZAKH ~ Far East

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

**** Ummi 'down' sangat hari ni.Untuk pulihkan semangat lagu- lagu macam ni lah yang ummi dengar.


ALLAH YA ALLAH

PAGI- PAGI SUDAH BIKIN UMMI PANAS

Hmmmmm tengok pada tajuk, tuan yang nak bercerita ni pun takut!!!! hahahahaha
Sampai saja ummi di pejabat pagi ni, ummi ditegur oleh nadia..."Hai mai awai (tu perli tu) pun chom ja!!"
Ha ni sebabnya mengapa kak siti chom di awal pagi ni........

Ummi bangun seperti biasa malahan anak- anak juga ummi siapkan awal dan keluar bersama ayah juga awal.Bila dah tinggal sorang diri dan memandangkan ummi masih ada waktu, lama sungguh ummi gunakan masa di dalam bilik mandi.Bila dah keluar ...... jeng jeng jeng!!!!!!! ummi dah lambat.Apa lagi kelam kabut la ummi pagi ni.Sebaik melangkahkan kaki di pintu depan, jiran depan rumah ummi sudah pun keluar untuk ke sekolah (jiran ummi ni bekerja sebagai Pembantu Tadbir Kanan di sebuah sekolah).Bertambah kalut lah ummi kerana kebiasaannya ummi keluar sebelum jiran ummi.Sebaik saja kuncikan pintu pagar, terus ummi pecut PDA.Hehehe kalaulah ada jiran yang nampak mesti terkejut sebab ummi ni kalau bawa PDA atal PGL tak pernah laju dalam kawasan kami.
Sebaik memasuki jalan besar semakin bertambahlah kelajuan PDA.Di dalam kelajuan, tiba- tiba nun di hadapan sana sebuah avanza melintas di hadapan.Apa lagi brek 'menyenget' la PDA.Dua kali hon ummi tekan kerana geram dan bertambah geram apabila melihat seorang perempuan Islam yang tidak pandai mengangkat tangan tanda maaf, dengan meneruskan perjalanannya tanpa rasa salah.Lantas dari mulut ummi ni "kurang aj.. punya pompuan"...huhuhhuhhu tak pasal- pasal dah keluar perkataan yang tak sepatutnya...Habis bekal ummi semua 'tersembam' ke depan.Mujur juga semua ummi masukkan ke dalam plastik dan ummi ikatkan getah.

UHUHUUHHHUH itulah jawapan di sebalik 'chom' ummi di awal pagi.


ALLAH YA ALLAH

Wednesday, January 18, 2012

HANYA NAMPAK KESALAHAN ORANG

Tensen betui ummi dengan sorang hamba Allah ni.Asal mood elok mulalah nk menyembang dengan ummi baik2.
Asal ada masalah atau kena marah dengan orang atasan mulalah nak mencari kesalahan ummi.
Pandai pula nak mengatur itu dan ini........Panas rasa hati ni!!!!
Sabar ummi sabar......


ALLAH YA ALLAH

Tuesday, January 17, 2012

OPTIPLEX 990 - KEMBALI

Alhamdulillah.

OPTIPLEX 990 dah kembali.


SYUKUR YA ALLAH

KOMPUTER OHHH KOMPUTER

Semalam ummi ambil EL.Hari ni baru kembali ke pejabat.Semangat bekerja langsung tiada.Komputer ni buat hal pula.Kena tunggu vendor datang baru boleh tahu apa 'sakit' sebenar komputer ni......Bermula dari hari Jumaat hinggakan dah membawa ke hari Selasa.'Sakit' komputer ni bermula selepas beberapa kali sessi 'blackout' kat pejabat ni.Yang peliknya jiran- jiran komputer ni tak pula 'sakit'.Ni ummi menumpang jiran sebelah komputer...
HUHUHHUUHHUHUH


ALLAH YA ALLAH

Moga komputer kembali pulih dan ummi dapat melakukan tugas seperti biasa.

Thursday, January 12, 2012

YANG NI UNTUK UMMI

Yang ni pula untuk ummi.Tak perlulah ummi tuliskan apa keistimewaan JUS PERAWAN PLUS ni.Nadia sangat pandai tentang khasiat jus ni.Pada sesiapa yang berminat bolehlah soal siasat padanya.Juga boleh bertanya pada EN GOOGLE ......Hahahahhahahah jangan marah na!!!!!


Gurau- gurau juga, tapi inilah salah satu usaha ummi.Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ummi agar dapat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab ummi dalam menjalani kehidupan seharian.amin.



ALLAH YA ALLAH

JUS TOK GURU




KEISTIMEWAAN JUS TOK GURU
Jus Tok Guru merupakan gabungan makanan sunnah yang disebut didalam Al-Quran dan Hadith.
Antaranya ialah Delima, Kismis, Kurma, Habbatus Sauda, Za'faran, Madu dan Zaitun.


Khasiat Jus Tok Guru:-
Memelihara kesihatan tubuh badan
Membantu mengatasi masalah kesihatan
Merangsang dan meningkatkan kecerdasan otak
Mencegah rasa mengantuk dan keletihan.
Jus Tok Guru adalah produk keluaran bumiputera Islam dan dijamin HALAL


** Risaukan angah dan adik yang kurang selera makan, ummi mencuba produk ini untuk anak- anak.Ini antara usaha ummi, moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan menjadikan mereka sentiasa cerdas dan cergas.**


ALLAH YA ALLAH

ANGAH OHHH ANGAH

Sebaik sahaja ayah melangkahkan kaki ke dalam rumah petang semalam terus ayah ceritakan perihal angah yang membaling batu kepada rakan sekelasnya.

Oh angah inilah yang paling ummi risaukan tentang kamu.Kamu anak yang manja dan yang paling banyak karenah serta kamulah yang paling banyak mengubah perwatakan ummi menjadi NAGA & SINGA.

Untuk menegur angah ummi perlu menyusun kata- kata yang 'berhemah'.

Pada malamnya:

Ummi :Angah, macam mana yang angah boleh tuju batu kat kawan angah tu.Cuba angah cerita.....

Angah : Masa tu waktu rehat ummi, kami main kejar- kejar.Lepas tu kawan kami baling kayu dekat kami tapi tak kena.Masa tu kami dah berpeluh kan ummi dah pesan kat kami jangan bagi berpeluh.Lepas tu kami terus ambik batu dan baling kat kawan kami tu!!

Ummi : Batu tu kena dak dekat kawan angah tu??

Angah : Tak kena!!

Ummi : Hmmmm lain kali kalau kawan buat apa- apa dekat angah, cepat- cepat angah pi dekat cikgu.Mana- mana cikgu pun takpa....Sebab kalau batu tu kena kawan, kepala dia ka badan dia ka berdarah nanti polis mai ambik angah.Ummi kat pejabat macam mana ummi nak tau....Nanti angah dah tak boleh jumpa ummi.Lepas tu pulak bila petang baru ummi tau ummi nak kena cari ibu bapa kawan angah pulak nak kena minta maaf kat depa.....Ingat tau ummi pesan niii.....

Angah diam saja mendengar nasihat ummi. Kemudian dia mengangguk.
Ummi terpaksa gunakan nasihat sebegini kerana kalau dengan marah ummi pasti tidak akan ada 'kesan' pada angah.



ANGAH OHH ANGAH~ moga tiada lagi perlakuan baling membaling ni.sangat membahayakan kamu dan orang di sekeliling kamu.



ALLAH YA ALLAH

peliharalah anak2 ku sepanjang mereka di bawah dan di luar pengawasanku.amin.


(**Angah sekarang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Juara -kelas 1Nilam)

Friday, January 6, 2012

APALAH YANG UMMI FIKIRKAN???

Rehat tadi ummi dengan Liza ke pekan Nibong Tebal.Niat dihati nak mencari baju untuk anak- anak tercinta. Niat Liza nak makan laksa.Sepanjang perjalanan ummi dengan Liza memang 'blur'.Perbualan tak serancak selalu.Terasa kurang bermaya.
Liza memesan semangkuk 'laksa licin' dan ummi pula sepinggan nasi goreng daging merah.Liza langsung tak berselera.Ummi memaksa diri untuk menghabiskan nasi tapi tak berjaya juga.Ummi memesan 'laksa licin' sebanyak 3 bungkus.2 bungkus untuk anak- anak dan sebungkus untuk nadia.
Yang menyedihkan hati ummi, sebaik tiba di perkarangan pejabat barulah ummi menyedari 3 bungkus 'laksa licin' tertinggal di atas meja di kedai makan.

APALAH YANG UMMI FIKIRKAN TADI..... HINGGAKAN BUNGKUSAN LAKSA DI ATAS MEJA UMMI TINGGALKAN.



ALLAH YA ALLAH

Tuesday, January 3, 2012

DAH MASUK TAHUN BARU MASIHI

Banyak lagi yang masih belum selesai.Banyak lagi yang belum diperbetul.Banyak lagi yang tertangguh.Namun masa tetap berlalu tanpa menghiraukan ummi.....


Moga di tahun baru 2012 masihi, ummi dapat menyelesaikan, memperbetulkan dan melakukan apa yang pernah ummi hajati.


AMIN.AMIN.AMIN

YA ALLAH

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...