Kiranya ummi pernah meminati senior ini suatu waktu dahulu dan pernah sekali ummi berbual- bual dengannya di dalam perpustakaan sekolah.Kiranya macam sessi perkenalan la waktu tu....
Sewaktu ummi melewati rumahnya pagi tadi, kelihatan emaknya sedang menyapu laman.Dalam hati ummi terdetik yang ummi pasti akan bertembung dengannya di jalan besar.Tapi sewaktu ummi sampai di jalan besar ummi tak nampak pula keretanya.Ummi terpaksa berhentikan kereta sementara menunggu jalan 'lengang' sebelum ummi dapat masuk ke jalan besar.
Tiba- tiba...... nun di sana kelihatan satria neo yang dinanti- nanti dari arah kanan.Secara tiba- tiba juga ummi tidak dapat masukkan gear satu kereta ummi.Ummi mula menggelabah.Ummi panik.Ummi malu.Banyak kali ummi cuba masukkan gear, dan setelah beberapa kali mencuba barulah ummi berjaya...
Selepas berjaya masuk ke jalan besar, terdetik di hati ummi.
UMMI, AWAK TU DAH KAWEN DAN DAH ADA TIGA ORANG ANAK.SENIOR AWAK PUN DAH KAWEN.YANG AWAK MALU TAK TENTU ARAH TU KENAPA?ENTAH- ENTAH SENIOR TU PUN TAK PERNAH SEDAR AKAN KEWUJUDAN AWAK DAN KERETA AWAK.YANG AWAK MENGGELABAH TAK TENTU HALA TU KENAPA?????INI BUKAN ZAMAN SEKOLAH LAGI OK????????
Hahahahahahhahahahah sepanjang jalan ummi senyum sendirian.Apala ummi ni.........