Wednesday, November 18, 2009

~SuBHaNaLLaH~







~KeSeMPuRNaaN~

Usah terlalu mengharap pada kesempurnaan pada orang lain,apatah lagi,kiranya telah membelit dan merantai. Walau pun berjalan tanpa meyeleweng ke kiri dan ke kanan, adakah sampai di hadapan kita pada kesempurnaan?

Julia seorang wanita yang secara zahir kelihatan begitu sempuna, apa yang ingin wanita mahu ada pada diri Julia. Aku sendiri tertarik dengan personaliti Julia. Mungkin kerana menjadi ketua jabatan wajahnya agak kurang ceria, bersahaja. Aku menjalani praktikal di situ. Setiap hari aku akan temui Julia,tapi setiap kali berselisih aku akan senyum dan menyapa. Hampir sebulan aku di syarikat itu, di hati ini ingin mengetahui lebih mendalam tentang Julia serta kejayaan hidup beliau. Pakaiannya kebanyakan baju kurung, tapi dari jenis kain yang mahal yang terdapat di gudang kedai kain yang terkemuka. Walaupun beliau bukan bangsa melayu seperti kacukan arab/inggeris. Sedangkan ada kalangan wanita melayu di situ yang berpakai terdedah . Wajah Julia anggun dengan tudung bercorak lembut. Kalau dibandingkan dengan wanita yang rambut terdedah dan beraneka warna. Sebenarnya aku pun tak suka bertanya hal orang lain pada orang lain. Satu hari waktu makan tengahari aku berehat di sofa tetamu sambil membaca surat khabar .Kebetulan Julia lalu untuk ke 'rest room' dan menyapa aku tak keluar makan ke?."Emmm...masih kenyang breakfast tadi jam 1100." Julia terus berlalu, tak berapa lama kemudiaan datang semula dan mengajak aku ke biliknya kerana Julia mahu berikan aku coklat.Terpaku aku melihat bilik Julia yang begitu cantik tersusun dan dari perabut yang mahal, mata aku menjelajahi setiap ruang dan sudut. Julia menjemput aku duduk di ruang tamu. Kami berbual tentang kerja aku di samping nasihat/motivasi pada aku. Kemudian aku bertanyakan tentang gambar sepasang kanak-kanak yang comel yang menjadi hiasan di rak almari di situ. Menurut Julia itulah anak-anak beliau bersama bekas suaminya. Selepas peristiwa itu, aku mula rapat dengan Julia, dan aku memangil Julia dengan panggilan puan seperti pekerja yang lain. Semakin ingin tahu tentang Julia apatah lagi aku dapat tahu,yang mana bekas big bos di syarikat ini di jawat oleh bekas abang ipar Julia yang kini merupakan salah seorang jutawan yang terkenal mempunyai syarikat sendiri. Selama tiga bulan aku bersama syarikat itu, dan akhirnya Julia telah menceritakan layar hidupnya yang sadis pada aku. Dan Julia ada berkata pada ku..bukan semua wanita yang cantik dan berjaya dalam hidup adalah bertuah dan gembira. Bila tiba satu saat menjadi nasib malang dan di timpa musibah lantaran perlakuan orang lain, namun setiap kejadian dan perjalanan hidup ini ada hikmahnya dari Allah.Walaupun Allah menganugerahkan pasangan yang kita kira terbaik untuk kita, tapi masih ada yang lebih baik dari itu.Sebenarnya perkahwinan Julia dengan bekas suaminya atas dasar suka sama suka,pertemuan jamuan hari raya syarikat yang menemukan mereka, lantaran bekas abang ipar Julia yang memperkenalkan adiknya pada Julia. Diakhiri dengan pernikahan. Dan tiba juga saat perpisahan mereka yang terlalu memberi kesan pada jiwa Julia. Bagi Julia itulah cinta pertama beliau dan terakhir, kerana dia terlalu menyayangi suami sepanjang perkahwinan mereka dan juga selepas perpisahan beliau. Dan yang lebih menghiris perasaan Julia, suaminya telah berkahwin lain semasa bertugas di luar negara. Dan akhirnya terpaksa berpisah tanpa kerelaan Julia. Menurut Julia dia menjadi hampir gila dan pernah mendapat rawatan untuk memulihkan semangat dan hatinya. Walau pun sekarang Julia telah sembuh tapi wajah keriangan seperti orang lain telah tiada. Kedua anak Julia bawah jagaan bekas suami Julia kerana waktu tu Julia tidak sihat, juga atas arahan mahkamah. Julia akur dengan hukum yang telah manusia ciptakan. Hanya hari tertentu sahaja yang dibolehkan bagi Julia untuk berjumpa dengan anak-anak. Namun kasih anak-anak makin pudar kerana jarang dapat berjumpa. Mungkin dari peristiwa ini tak pernah aku melihat wajah ceria Julia, tidak pernah terlihat ketawa bersama staff yang lain. Apatah lagi senyuman pun sukar dilemparkan. Namun wajah Julia yang bersahaja melambangkan wanita yang tabah. Setelah beberapa tahun berlalu, walau pun ada lelaki yang cuba mengisi kekosongan tapi dianggap sepi oleh Julia. Pada hari terakhir aku menamatkan praktikal, Julia banyak memberi nasihat pada aku.Sebelum keluar dari bilik Julia, dia menyuruh aku mengambil apa-apa hiasan sebagai hadiah hari perpisahan. Semua yang ada di sini semuanya barang kesayangan saya, saya ikhlas ni kata julia. Aku mengambil dua gambar hiasan di dinding bilik Julia, satu gambar kapal yang meninggal pelabuhan dan gambar sejambak bunga mawar yang begitu menarik. Begitulah ketabahan hati dapat memenangkan segalanya. Orang yang tabah selalu tenang menderita seksaan nasib yang bukan daripada perbuatan sendiri.. Firman ALLAH yang bermaksud:.....sesungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar. ( Al-Anfal:46).....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(Az- Zumar:10)

Bersabar Dalam Berdoa


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Muslim)

Huraian Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan hasilnya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

Friday, November 13, 2009

~TRaNSFoRMaSi KeHiDuPaN~

Tahukah anda bahawa burung rajawali adalah burung yang paling panjang usianya!Seekor burung rajawali boleh mencapai umur hingga 70 tahun. Tapi untuk mencapai umur tersebut adalah sebuah pilihan bagi seekor rajawali, apakah dia ingin hidup sampai 70 tahun atau hanya sampai 40 tahun saja.Ketika burung rajawali mencapai umur 40 tahun, maka utk dapat hidup lebih panjang 30 tahun lagi, dia harus melewati proses transformasi tubuh yang sangat menyakitkan dirinya. Dan pada saat inilah seekor rajawali harus menentukan pilihan untuk melewati proses transformasi yang menyakitkan itu atau melewati sisa hidup yang tidak menyakitkan namun singkat menuju kematian.

Pada umur 40 thn paruh rajawali sudah sangat bengkok & panjang hingga mencapai lehernya sehingga ia akan menjadi kesulitan untuk makan. Dan cakar-cakarnya juga sudah tidak tajam lagi. Selain itu bulu pada sayapnya sudah sangat tebal sehingga ia sulit untuk dapat terbang tinggi.Bila seekor rajawali memutuskan untuk melewati proses transformasi tubuh yang menyakitkan tersebut, maka ia harus bersusah-payah terbang mencari pegunungan yang tinggi kemudian membangun sarang di puncak gunung tersebut. Kemudian dia akan mematuk-matuk paruhnya pada bebatuan di gunung sehingga paruhnya lepas. Setelah beberapa lama paruh baru nya akan muncul, dan dengan menggunakan paruhnya yang baru itu ia akan mencabut kukunya satu persatu dan menunggu hingga tumbuh kuku baru yang lebih tajam. Dan ketika kuku-kuku itu telah tumbuh ia akan mencabut bulu sayap nya hingga habis semua dan menunggu bulu-bulu baru tumbuh pada sayapnya. Dan ketika semua itu sudah dilewati rajawali itu dapat terbang kembali dan menjalani kehidupan normalnya selama lebih kurang 30 tahun lagi.Begitulah proses transformasi menyakitkan yang harus dilewati oleh seekor burung rajawali selama kurang lebih setengah tahun.

Kalau burung rajawali ini diibaratkan kita sebagai manusia. Ketika sesuatu masalah datang dalam kehidupan kita dan kita dihadapkan pada pilihan-pilihan yang harus diambil, dan sering dari pilihan yang kita ambil tersebut kita harus melewati suatu proses transformasi kehidupan yang menyakitkan bagi jiwa dan tubuh kita. Namun ditengah kesulitan tersebut kita harus selalu ingat akan adanya Allah yang bersama kita, masih ada masa depan yang Allah sediakan untuk kita diakhir perjuangan kita,suatu kehidupan 30 tahun lebih panjang, suatu kehidupan yang lebih baik, suatu pemulihan hubungan, suatu kesembuhan, suatu sukacita, suatu ketenangan.................... suatu yang anda impikan selama ini.InsyaAllah.

~aDa MaSa HaTi iNi TeRLaLu RaPuH~

Kita sebagai manusia tak lepas dari kecil hati @ terasa hati. Ada masanya kita rasakan kita di pihak yang benar, sedangkan hakikatnya kita di pihak sebaliknya. Ada masanya kita di pihak yang benar kita dituduh sebaliknya pula.Namun hati manusia terlalu rapuh, terlalu lemah untuk menerima teguran dari sesiapa jua. Bila ada campur tangan dari pihak ketiga kadangkala boleh mengeruhkan lagi sesuatu keadaan itu.Kadang- kadang kita tidak kuat untuk menerima ujian dalam perjalanan kehidupan kita, sedangkan sesuatu perkara itu dianggap remeh oleh sesetengah orang .Namun apakan daya hati manusia terlalu rapuh untuk menerima sesuatu perkara itu. Semoga Allah memberikan petunjuk buat kita semua.

Amin

~PeRMuLaaN uNTuK BeRPiNDaH RuMaH BaRu~

1. Melaungkan azan ketika pertama kali masuk pejabat @ rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di umah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “jangan lah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al- Quran Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam . Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam Bagaimanapun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dari penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

wallahua'lam.

Monday, November 9, 2009

~HaRi KeLuaRGa KLiNiK PeRGiGiaN aiR iTaM Di PaNTai MiaMi ~


Tengokla aksi anak2 ummi.along sampai baring atas pantai tu.maklumla sekali sekala ummi izinkan.selalunya takat pandang jaa...sampai baju pun xsempat dah nak tukar.

Hmmmm Bestnya.


Aktiviti ni yang paling ummi marah sekali.Tapi bila ayah dah bagi "green light", apa lagi..........


Antara aktiviti yang dijalankan.



tengokla suamiku yang berbaju merah tu.sepatutnya kena pakai t shirt yang disediakan.suamiku join acara baling belon, tapi awai2 lagi suamiku dah terkeluar dari acara sebab belon dah pecah.



Thursday, November 5, 2009

~BiLa iMPiaN NaK JaDi KeNYaTaaN Ni?~

Hmmmmmmmmmmm
Bila agaknya impian akan jadi kenyataan ni.
Semoga Allah berikan aku keberanian utuk aku cuba
menjadikan impian aku sebuah kenyataan.
Moga aku dapat m-m-nd- k-r-t- pada minggu depan.
-amin-

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...