Wednesday, November 18, 2009
~KeSeMPuRNaaN~
Usah terlalu mengharap pada kesempurnaan pada orang lain,apatah lagi,kiranya telah membelit dan merantai. Walau pun berjalan tanpa meyeleweng ke kiri dan ke kanan, adakah sampai di hadapan kita pada kesempurnaan?
Julia seorang wanita yang secara zahir kelihatan begitu sempuna, apa yang ingin wanita mahu ada pada diri Julia. Aku sendiri tertarik dengan personaliti Julia. Mungkin kerana menjadi ketua jabatan wajahnya agak kurang ceria, bersahaja. Aku menjalani praktikal di situ. Setiap hari aku akan temui Julia,tapi setiap kali berselisih aku akan senyum dan menyapa. Hampir sebulan aku di syarikat itu, di hati ini ingin mengetahui lebih mendalam tentang Julia serta kejayaan hidup beliau. Pakaiannya kebanyakan baju kurung, tapi dari jenis kain yang mahal yang terdapat di gudang kedai kain yang terkemuka. Walaupun beliau bukan bangsa melayu seperti kacukan arab/inggeris. Sedangkan ada kalangan wanita melayu di situ yang berpakai terdedah . Wajah Julia anggun dengan tudung bercorak lembut. Kalau dibandingkan dengan wanita yang rambut terdedah dan beraneka warna. Sebenarnya aku pun tak suka bertanya hal orang lain pada orang lain. Satu hari waktu makan tengahari aku berehat di sofa tetamu sambil membaca surat khabar .Kebetulan Julia lalu untuk ke 'rest room' dan menyapa aku tak keluar makan ke?."Emmm...masih kenyang breakfast tadi jam 1100." Julia terus berlalu, tak berapa lama kemudiaan datang semula dan mengajak aku ke biliknya kerana Julia mahu berikan aku coklat.Terpaku aku melihat bilik Julia yang begitu cantik tersusun dan dari perabut yang mahal, mata aku menjelajahi setiap ruang dan sudut. Julia menjemput aku duduk di ruang tamu. Kami berbual tentang kerja aku di samping nasihat/motivasi pada aku. Kemudian aku bertanyakan tentang gambar sepasang kanak-kanak yang comel yang menjadi hiasan di rak almari di situ. Menurut Julia itulah anak-anak beliau bersama bekas suaminya. Selepas peristiwa itu, aku mula rapat dengan Julia, dan aku memangil Julia dengan panggilan puan seperti pekerja yang lain. Semakin ingin tahu tentang Julia apatah lagi aku dapat tahu,yang mana bekas big bos di syarikat ini di jawat oleh bekas abang ipar Julia yang kini merupakan salah seorang jutawan yang terkenal mempunyai syarikat sendiri. Selama tiga bulan aku bersama syarikat itu, dan akhirnya Julia telah menceritakan layar hidupnya yang sadis pada aku. Dan Julia ada berkata pada ku..bukan semua wanita yang cantik dan berjaya dalam hidup adalah bertuah dan gembira. Bila tiba satu saat menjadi nasib malang dan di timpa musibah lantaran perlakuan orang lain, namun setiap kejadian dan perjalanan hidup ini ada hikmahnya dari Allah.Walaupun Allah menganugerahkan pasangan yang kita kira terbaik untuk kita, tapi masih ada yang lebih baik dari itu.Sebenarnya perkahwinan Julia dengan bekas suaminya atas dasar suka sama suka,pertemuan jamuan hari raya syarikat yang menemukan mereka, lantaran bekas abang ipar Julia yang memperkenalkan adiknya pada Julia. Diakhiri dengan pernikahan. Dan tiba juga saat perpisahan mereka yang terlalu memberi kesan pada jiwa Julia. Bagi Julia itulah cinta pertama beliau dan terakhir, kerana dia terlalu menyayangi suami sepanjang perkahwinan mereka dan juga selepas perpisahan beliau. Dan yang lebih menghiris perasaan Julia, suaminya telah berkahwin lain semasa bertugas di luar negara. Dan akhirnya terpaksa berpisah tanpa kerelaan Julia. Menurut Julia dia menjadi hampir gila dan pernah mendapat rawatan untuk memulihkan semangat dan hatinya. Walau pun sekarang Julia telah sembuh tapi wajah keriangan seperti orang lain telah tiada. Kedua anak Julia bawah jagaan bekas suami Julia kerana waktu tu Julia tidak sihat, juga atas arahan mahkamah. Julia akur dengan hukum yang telah manusia ciptakan. Hanya hari tertentu sahaja yang dibolehkan bagi Julia untuk berjumpa dengan anak-anak. Namun kasih anak-anak makin pudar kerana jarang dapat berjumpa. Mungkin dari peristiwa ini tak pernah aku melihat wajah ceria Julia, tidak pernah terlihat ketawa bersama staff yang lain. Apatah lagi senyuman pun sukar dilemparkan. Namun wajah Julia yang bersahaja melambangkan wanita yang tabah. Setelah beberapa tahun berlalu, walau pun ada lelaki yang cuba mengisi kekosongan tapi dianggap sepi oleh Julia. Pada hari terakhir aku menamatkan praktikal, Julia banyak memberi nasihat pada aku.Sebelum keluar dari bilik Julia, dia menyuruh aku mengambil apa-apa hiasan sebagai hadiah hari perpisahan. Semua yang ada di sini semuanya barang kesayangan saya, saya ikhlas ni kata julia. Aku mengambil dua gambar hiasan di dinding bilik Julia, satu gambar kapal yang meninggal pelabuhan dan gambar sejambak bunga mawar yang begitu menarik. Begitulah ketabahan hati dapat memenangkan segalanya. Orang yang tabah selalu tenang menderita seksaan nasib yang bukan daripada perbuatan sendiri.. Firman ALLAH yang bermaksud:.....sesungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar. ( Al-Anfal:46).....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(Az- Zumar:10)
Bersabar Dalam Berdoa
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)
Huraian Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan hasilnya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

Friday, November 13, 2009
~TRaNSFoRMaSi KeHiDuPaN~
Tahukah anda bahawa burung rajawali adalah burung yang paling panjang usianya!Seekor burung rajawali boleh mencapai umur hingga 70 tahun. Tapi untuk mencapai umur tersebut adalah sebuah pilihan bagi seekor rajawali, apakah dia ingin hidup sampai 70 tahun atau hanya sampai 40 tahun saja.Ketika burung rajawali mencapai umur 40 tahun, maka utk dapat hidup lebih panjang 30 tahun lagi, dia harus melewati proses transformasi tubuh yang sangat menyakitkan dirinya. Dan pada saat inilah seekor rajawali harus menentukan pilihan untuk melewati proses transformasi yang menyakitkan itu atau melewati sisa hidup yang tidak menyakitkan namun singkat menuju kematian.
Pada umur 40 thn paruh rajawali sudah sangat bengkok & panjang hingga mencapai lehernya sehingga ia akan menjadi kesulitan untuk makan. Dan cakar-cakarnya juga sudah tidak tajam lagi. Selain itu bulu pada sayapnya sudah sangat tebal sehingga ia sulit untuk dapat terbang tinggi.Bila seekor rajawali memutuskan untuk melewati proses transformasi tubuh yang menyakitkan tersebut, maka ia harus bersusah-payah terbang mencari pegunungan yang tinggi kemudian membangun sarang di puncak gunung tersebut. Kemudian dia akan mematuk-matuk paruhnya pada bebatuan di gunung sehingga paruhnya lepas. Setelah beberapa lama paruh baru nya akan muncul, dan dengan menggunakan paruhnya yang baru itu ia akan mencabut kukunya satu persatu dan menunggu hingga tumbuh kuku baru yang lebih tajam. Dan ketika kuku-kuku itu telah tumbuh ia akan mencabut bulu sayap nya hingga habis semua dan menunggu bulu-bulu baru tumbuh pada sayapnya. Dan ketika semua itu sudah dilewati rajawali itu dapat terbang kembali dan menjalani kehidupan normalnya selama lebih kurang 30 tahun lagi.Begitulah proses transformasi menyakitkan yang harus dilewati oleh seekor burung rajawali selama kurang lebih setengah tahun.
Kalau burung rajawali ini diibaratkan kita sebagai manusia. Ketika sesuatu masalah datang dalam kehidupan kita dan kita dihadapkan pada pilihan-pilihan yang harus diambil, dan sering dari pilihan yang kita ambil tersebut kita harus melewati suatu proses transformasi kehidupan yang menyakitkan bagi jiwa dan tubuh kita. Namun ditengah kesulitan tersebut kita harus selalu ingat akan adanya Allah yang bersama kita, masih ada masa depan yang Allah sediakan untuk kita diakhir perjuangan kita,suatu kehidupan 30 tahun lebih panjang, suatu kehidupan yang lebih baik, suatu pemulihan hubungan, suatu kesembuhan, suatu sukacita, suatu ketenangan.................... suatu yang anda impikan selama ini.InsyaAllah.

~aDa MaSa HaTi iNi TeRLaLu RaPuH~
Kita sebagai manusia tak lepas dari kecil hati @ terasa hati. Ada masanya kita rasakan kita di pihak yang benar, sedangkan hakikatnya kita di pihak sebaliknya. Ada masanya kita di pihak yang benar kita dituduh sebaliknya pula.Namun hati manusia terlalu rapuh, terlalu lemah untuk menerima teguran dari sesiapa jua. Bila ada campur tangan dari pihak ketiga kadangkala boleh mengeruhkan lagi sesuatu keadaan itu.Kadang- kadang kita tidak kuat untuk menerima ujian dalam perjalanan kehidupan kita, sedangkan sesuatu perkara itu dianggap remeh oleh sesetengah orang .Namun apakan daya hati manusia terlalu rapuh untuk menerima sesuatu perkara itu. Semoga Allah memberikan petunjuk buat kita semua.
Amin
~PeRMuLaaN uNTuK BeRPiNDaH RuMaH BaRu~
1. Melaungkan azan ketika pertama kali masuk pejabat @ rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di umah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “jangan lah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
3. Banyakkan solat dan membaca Al- Quran Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar rumah cara Islam . Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam Bagaimanapun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dari penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.
wallahua'lam.
Monday, November 9, 2009
~HaRi KeLuaRGa KLiNiK PeRGiGiaN aiR iTaM Di PaNTai MiaMi ~
Tengokla aksi anak2 ummi.along sampai baring atas pantai tu.maklumla sekali sekala ummi izinkan.selalunya takat pandang jaa...sampai baju pun xsempat dah nak tukar.
Thursday, November 5, 2009
~BiLa iMPiaN NaK JaDi KeNYaTaaN Ni?~
Hmmmmmmmmmmm
Bila agaknya impian akan jadi kenyataan ni.
Semoga Allah berikan aku keberanian utuk aku cuba
menjadikan impian aku sebuah kenyataan.
Moga aku dapat m-m-nd- k-r-t- pada minggu depan.
-amin-
Tuesday, October 20, 2009
~MaRi BeLaJaR JaHiT MaNiK~
Semenjak Ramadhan tahun lepas aku dh mula belajaq menjahit manik.Yg kat atas tu la "tok Guru" aku.Mak Chaq namanya.
Tapi yang pelik tu dah 2 kali Ramadhan, aku xpandai2 jahit jugak.Tengoklah jahitan manik yang dijahit oleh "tok guru".kemaskan!!
Apa pun terima kasih mak chaq kerana sabaq dalam menurunkan ilmu kepada anak murid yang xberapa pandai ni.terima kasih atas manik2 free yang mak chaq bagi.kiranya aku lah salah seorang murid yang istimewa sebab belajaq jahitan manik dapat sekali dengan manik free.
TERIMA KASIH WAHAI GURUKU
~DaH LaMa X BeRCuTi~
Dah lama rasanya ummi ngn ayah xbawa anak2 pi bercuti.kat sini ummi letakkan gambaq- gambaq lama kenangan masa pi jalan-jalan dulu.insyaAllah nanti kalau ada rezeki ummi dan ayah akan bawa anak2 semua pi bercuti lagi.
Lagipun Siti Adhwa Sakinah (adek) dah pandai tanya "bila nk bawak adik pi hotel yang ada kolam renang lagi"
Untuk Abdul Sufi Aiman (along), Abdul Safwan Afiq (angah) dan Siti Adhwa Sakinah (adek)
insyaAllah nanti ada kelapangan dan rezeki kita pi bercuti lagi ya sayang2 ummi semua.
~5 KaeDaH BaGaiMaNa KeMaRaHaN BoLeH MeNJaDi SaTu PeRKaRa YaNG BaiK~
Pengalaman memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa.Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan.Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita. Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia.Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik:
1. Kemarahan sebagai pelindungApabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan.Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya. Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan manusia terus bertindak serta-merta. Ini sekali gus merupakan kaedah alam atau natural untuk melindungi keluarga daripada sebarang kecederaan.
2. Kemarahan sebagai petandaTujuan kemarahan itu wujud adalah untuk menghapuskan masalah-masalah dalam kehidupan, bukannya perhubungan. Apabila sesuatu memerlukan perubahan dramatik, kemarahan tidak hanya memberitahu anda apa yang perlu diketahui, malah, ia memberi anda kuasa untuk melakukan sesuatu.Misalnya, apabila doktor anak tidak mendengar keluhan anda, maka, menjadi marah mungkin boleh 'merancakkan' suasana dan mencari punca masalah agar ia boleh diselesaikan.
3. Kemarahan mengawalAnak anda membiarkan semua barangan permainannya berselerak di serata rumah lagi! Terlalu penat untuk menengking perlakuan anak itu untuk mendapatkan kerjasamanya, kemarahan mungkin membantu. Perasaan marah boleh memberitahu bahawa anda mempunyai harapan terlalu tinggi atau peraturan yang ditetapkan tidak cukup jelas.Gunakan tenaga daripada kemarahan anda untuk berkomunikasi tentang peraturan tersebut. Disusuli dengan disiplin yang konsisten serta berpatutan, seiring dengan usia anak.
4. Kemarahan sebagai suaraApa yang kita katakan kepada diri biasanya akan menjejaskan tahap emosi. Jika kita memberitahu diri sebagai ibu bapa yang teruk, maka, teruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berkata kepada diri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga situasi, maka, kita akan bertindak tanpa rasa terlalu tertekan.Belajarlah mendengar 'suara kecil' dan cuba mencabar sebahagian persepsi salah yang telah anda terapkan untuk diri dan si anak. Mintalah pandangan jujur daripada rakan-rakan. Jika apa yang anda katakan tentang diri itu benar, maka, gunakan maklumat ini untuk membuat perubahan dalam hubungan anda dan anak.
5. Kemarahan sebagai pengajaranGaya pengurusan kemarahan biasanya diwarisi daripada ibu bapa. Andainya ibu anda merupakan seorang yang suka menengking atau menjerit, maka besar kemungkinan, anda akan mengikut jejaknya. Biarpun setelah anda bersumpah tidak akan bersikap sepertinya.Buangkan idea bahawa kemarahan itu satu perasaan yang buruk. Kemarahan ialah satu proses natural dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pastikan anda faham emosi ini boleh dikawal. Buktinya, menerusi sedikit latihan.Berikan diri anda masa untuk mencari kaedah berdepan dengan cabaran mendidik anak, sama ada melalui bacaan buku ataupun menghadiri kelas mengurus kemarahan.

Thursday, October 15, 2009
~uJiaN KeSaKiTaN~
kadang- kadang aku rasa xkuat dengan ujian kesakitan yang Allah berikan nii.Dari malam raya sampai ke hari ni aku diuji dengan sakit gigi.
Mungkin ini caranya Allah nk kifarah dosa2 ku yang lalu.Aku mohon kepada Allah semoga Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian ni tanpa aku lalai tanggungjawab terhadapMu.

Friday, August 21, 2009
~RaMaDHaN~
Ramadhan
satu nasib tak serupa
peluangnya sama
natijah berbeza
ramadhan mereka gemilang cemerlang
ramadhan kami................
satu nasib tak serupa
peluangnya sama
natijah berbeza
ramadhan mereka gemilang cemerlang
ramadhan kami................
Tuesday, August 18, 2009
~PeRTaNDiNGaN TiLaWaH aLoNG & aNGaH~
15 OGOS 2009
Alhamdulillah, sekali lagi ummi dapat ke tabika anak2.Kali ni ummi dapat tengok Abdul Sufi Aiman (along) Abdul Safwan Afiq (angah) menyertai pertandingan tilawah. Bila tengok anak2 ummi rasa gembira, bangga, sebak dan macam2 lagi.
Apapun ummi sangat berbangga dengan anak2 ummi.Tahniah buat along kerana berjaya mendapat tempat ketiga.Buat angah, ummi berbangga sebab angah langsung tak nangis dan takut masa kt atas pentas walaupun angah sorang saja yg umur 4 thn dlm kelas tu.
Tuesday, June 16, 2009
~HaRi PeNDaFTaRaN~
assalamualaikum
salam perkenalan buat yang belum mengenali dan salam ukhwah buat sahabat- sahabatku.

Subscribe to:
Posts (Atom)