Monday, August 29, 2011

ANGAH OH ANGAH

Entri ummi kali ni berkisar tentang anak bujang ummi yang kedua.
Semalam ummi dan keluarga balik berbuka di rumah mak ummi.
Satu hari ummi demam selsema.Lemah sangat badan.
Bila balik berbuka di rumah mak terasa senang sikit.
Adik ummi tolong uruskan anak-anak.
Berbuka pun ummi makan sikit saja.
Ayah ke masjid untuk solat terawih.
Dalam pukul 10.30 malam ummi terasa lapar.
Sambil makan ummi suapkan along dan angah.
Sedang ummi mencuci pinggan kedengaran suara angah menangis.
Segera ummi cucikan tangan sebab ummi tahu anak bujang ummi ni tidak
akan menangis kalau sakit yang biasa.
Bila ummi tengok angah tangannya tengah menutup matanya.
Bila ummi buka ada kesan darah.
Terus ummi marahkan adek.
Memang ummi cepat melatah kalau anak luka atau sakit.
Mulut ummi cepat bising.
Cepat- cepat ummi tuamkan keliling matanya.
Memang nampak bengkak.
Selepas dituam bengkak itu nampak semakin kurang.
Selepas ayah balik barulah ummi sedar ada kesan darah di dalam mata angah.
Ayah terus ajak ke hospital.
Ummi dah susah hati.Macam- macam ada dalam fikiran ummi.
Kami sampai di hospital dalam pukul 12.00malam.
Angah tidur sepanjang perjalanan dan masih tidur semasa masuk dalam bilik kecemasan.
Lama sungguh kami menunggu di ruang menunggu kerana ada satu kes kritikal.
Ada juga pesakit yang terus masuk tanpa dipanggil kerana terlalu lama menunggu.
Ada juga yang terus pulang tanpa mendapatkan rawatan kerana lama menunggu.
Semasa angah dirawat ummi minta untuk keluar kerana ummi tahu cecair yang akan digunakan untuk mencuci mata akan menyebabkan pedih yang teramat.
Cubaan ayah memujuk angah gagal dan ummi dipanggil masuk.
Ummi memujuk angah tanpa memandang apa yang dilakukan oleh pembantu perubatan tersebut.Memang kuat sungguh rontaan angah dan ummi pasti angah sangat- sangat sakit.
Ummi pujuk kerana cecair tersebut perlu dimasukkan sebanyak 2 kali.
Selepas selesai rawatan ummi terus mendukung angah dan ummi hanya berkata
"kalau angah rasa sakit sangat angah peluk ummi kuat-kuat."
Terus angah memeluk ummi.
Mengikut pembantu perubatan tersebut mata angah luka sedikit dan tidak serius.
Cuma dia memberikan surat untuk berjumpa pakar mata pada esoknya.
Ubat titik diberikan.
Dalam pukul 1.45pagi barulah kami sekeluarga sampai ke rumah.Satu lagi pengalaman baru buat kami sekeluarga.


Mata angah luka disebabkan dihempap bucu meja kecil.
Pagi ni memang nampak sangat bengkak di mata angah.
Dah kurang hensem anak bujang ummi ni.

Thursday, August 11, 2011

MUHASABAH DIRI

Hari ni ummi sangat- sangat sedih. Banyak perkara yang bermain- main di fikiran ummi.Banyak perkataan yang terngiang- ngiang di pendengaran ummi.Kadang- kadang ummi lemah dengan perjuangan ini.Dan ummi sendiri tidak pasti sampai bila ummi akan terus bertahan.

Setiap perkataan itu adalah doa, namun jika perkataan itu berbaur kata- kata kesat?????Telah banyak kali perkara begini berulang.Setiap kebaikan pasti akan disertai pujian yang melangit namun pada setiap kekurangan dan kelemahan pasti akan disusuli dengan cacian, makian serta ungkitan dari setiap perkataan ummi yang lalu.

Ya Allah,
di saat ini ummi rebah, ummi lemah,ummi marah,ummi sedih, ummi pilu.........
pedihnya ummi di saat ini...

TAPI,

di sinilah kesilapan ummi.di sinilah kelemahan ummi.
sepatutnya ummi bangkit dan terus bangkit.
sekiranya kekasaran yang ummi terima ummi perlu membalas dengan kelembutan.
ummi harus sabar dengan setiap ujian itu kerana ummi antara insan yang disayangi kerana ummi mendapat ujian tersebut.

PERLU ADA PERUBAHAN DALAM DIRI UMMI.

moga ummi terus tabah dengan ujian perasaan ini.BANTULAH HAMBAMU INI...YA ALLAH.

Wednesday, August 10, 2011

10 RAMADHAN

Hari ni dah 10 Ramadhan
Banyak lagi yang harus diperbetulkan.
Banyak lagi yang harus ditambah.
Banyak lagi yang harus dikurangkan.

CERITA LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...